Revolusi Telefon Bimbit Dulu hingga Sekarang

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Evolusi Telefon Bimbit

Telefon Bimbit tidak asing lagi bagi kita sekarang , bahkan murid - murid sekolah rendah juga mampu memiliki sebuah telefon bimbit. Tidak seperti zaman Mr J dahulu bukannya kenal sangat handphone yang Mr J kenal dulu handphone ciptaan sendiri iaitu " telefon Tin sardin yang disambung dengan tali" . Sebelum ketibaan Telefon Bimbit , Mr J adalah pengumpul "Kad phone" tau tak apa itu kad phone ? Kad telefon selalunya ada bernilai RM10 sehinggalah ke Rm100 , kad ini kita guna kat telefon awam dan kalau nak bergayut tak payah bawa banyak siling yang penting ada kad ini. Zaman bawa siling sampai 1 plastik pun Mr J sempat sampaikan bawa kerusi duduk bawah telefon awam .


Telefon Bimbit (botol air):

Kenapa Mr J memanggil telefon tersebut dengan jolokan " telefon bimbit Botol Air' ? , yerlah kalau kemana - mana mesrti nampak telefon tersebut disangkut di tali pinggang dan saiznya agak besar kalau sesiapa yang memiliki telefon ini boleh dikatakan seorang Taukey balak terutamanya di Sarawak dan kalau ditempat lain mungkin seorang businessman dan harganya lebih kurang seribu ke 3 ribu lebih dan line dia juga kuat , kalau tak silap Mr J nombor paling popular dahulu adalah 010 , 011 , 018 sebelum wujubnya syarikat lain seperti celcom , hotlink , digi dan lain - lain.



Cik Nokia , Minah Sagem , Mat Motorola dan Abg Ericson :

Tidak lama selepas itu wujudlah telefon bimbit jenis separa besar lebih kurang berukuran 8cm dan tebal dalam2 1/2 cm senang cerita telefon bimbit jenis Nokia 3310 , ha , kalau nak tahu dulu harga dia dalam lingkungan Rm 450 , boleh dikatakan agak mahal , Mr J masih ingat handphone pertama Mr J adalah Sagem masa tu tingkatan 4 kerdit kosong selalu memanjang je yerlah masa tu topup kerdit bukannya ada Rm10 paling kurang pun cuma Rm30 - RM50 dan "network" pertama Mr J pakai adalah TM Touch , dulu sms bukannya murah macam sekarang sekali sms lebih kurang 30sen , sekarang 1sen je sms (kalau macamtu ada tak alasan nak cakap dengan awek kerdit habis?) .


Telefon Bimbit ber ‘ringtone’ mono dan infrared”:

Selepas bosan dengan bunyi ringtone biasa macam Nokia 3310 tidak lama juga selepas itu timbul lagi jenis – jenis handphone yang bunyi nada dering mono’ dan juga skrin yang ada warna tapi taklah clear sangat warnanya. Kalau untuk infrared dulu Mr J main lawan ular dengan kawan .


Telefon Bimbit “Mp3, MMS , belutuf / bluetooth :

Hah, yang kes ni agak lucu sedikit , dulu Mr J ada juga terikut – ikut MMS ini dan pernah juga hantar gambar kat ruangan berkenalan kat Majalah Kreko , korang tau ke majalah Kreko? Kalau tak tahu Tanya Pak Cik google. Mula – mula Mr J tak reti pakai MMS dan bluetooth ini ada satu ketika Mr J ambik gambar dan lepas tu ada ke patut hantar MMS kat kawan Mr J bukannya jauh sangat sebelah je sebab Mr J tak tahu apa guna belutuf , nak pindah gambar ke hp kawan sampai habis kerdit gara – gara tak tahu guna belutuf . Lepas tu barulah terfikir menyesal tak guna belutuf .

http://artiku.com/pic/815T_2.jpg


Telefon Bimbit “ internet , 3G" :

2 tahun yang lepas Mr J pakai Nokia N70 , bukan main lagi Mr J ber “3G” dengan kawan masa tu 3G belum ada pakej lagi masih mahal lepas tu on YM dalam handphone dan download game , buka friendster , myspace dan lain – lain lepas tu sambung handphone ke PC untuk update antivirus tapi kerdit pun laju gak mengalir . Tapi keburukkan 3G adalah bila Mr J nak klentong Awek susah juga nak cakap kat umah tengok kat luar isk susah susah , tapi N70 Mr J tinggal kenangan selepas rumah Mr J di Serdang ada kes kecurian , Hp , dompet hilang kena curi.

http://www.slipperybrick.com/wp-content/uploads/2008/05/handphone_uxjdh_54.jpg


Dan Telefon Bimbit Mr J sekarang:

Sekarang Mr J pakai handphone yang simple , adik beradik kepada Nokia 3310 senang tak banyak aplikasi Cuma sms dan jawap panggilan sahaja dah 5 kali masuk dalam longkang 4 kali jatuh dari tingkat 3 tapi masih power lagi berbaloi – baloi , kalau pakai yang canggih – canggih rasanya tak dapat lawan telefon lama seperti Nokia 3310 kalau tak percaya cuba rendam Handphone y’all dalam air selama 5minit kita tengok dapat hidup lagi atau tidak? ..




Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]
Link to this Post :

1 comments:

LiN IBRAHIM berkata...

haha. tipon botol aek. klaka sora kuat2. mok padah dirik orang kaya masa ya haha. nang mengamit kenangan mensia lah. 3310 ng tahan. k nukuk lepeh pernah! haha

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©