Taib Harus bertanggungjawab dengan peningkatan Kemiskinan di Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Nah, Ini adalah satu tamparan hebat kepada kepimpinan kerajaan Taib iaitu ketua menteri Sarawak kerana kegagalannya membasmi kadar kemiskinan di Sarawak .

Pernah Mr J mengulas sedikit mengenai Taib dan peluang pekerjaan di Sarawak di Radio Free Sarawak dan anda boleh memuatturun perbualan Mr J dengan Radio Free Sarawak disini ( Download Sebagai MP3 - 4.1 MB ) .


KUCHING: Kadar kemiskinan dijangka terus meningkat, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Menurutnya, perkara tersebut adalah ekoran daripada keadaan ekonomi global dan peningkatan kos sara hidup di negara ini.

Sabah, Sarawak dan Kelantan merupakan negeri yang mencatat kadar
kemiskinan tertinggi dan dijangkakan kadar kemiskinan pada tahun ini (2011) akan terus meningkat berikutan keadaan ekonomi global yang sudah berubah dan kos sara hidup yang semakin tinggi seperti harga makanan dan sebagainya,” katanya. (Datuk Fatimah Abdullah.) Borneopost
Bagaimana Datuk Fatimah Abdullah boleh berkata demikian? sedangkan Sarawak sememangnya dikenali sebagai sebuah negeri yang kaya suatu ketika dahulu , kaya
dengan sumber - sumber asli tetapi dimanakah sumber asli seperti balak , projek tanaman sawit yang banyak melibatkan tanah NCR dan pelbagai lagi kontroversi yang melibatkan Ketua Menteri Sarawak.

Pelbagai penyelewangan hak - hak pribumi dan juga banyak laporan dan pendedahan daripada pemilik tanah adat yang ditipu seperti mana yang pernah dilaporkan oleh Sarawak Report iaitu sebuah media alternatif yang cukup berani.

Media TV di Malaysia tidak dapat untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan kad
ang kala maklumat yang perlu disampaikan tidak disalurkan sepenuhnya atas sebab kerana kepentingan individu tertentu .

Seperti satu kejadian yang mengemparkan penduduk Sarawak secara khasnya tidak dilaporkan di televisian malah didalam surat khabar kerana media di Sarawak semuanya milik kumpulan tertentu.

Tentu masyarakat Sarawak masih ingat dimana lebih kurang dekat 500 penduduk berkumpul untuk mempertahankan tanah mereka daripada dicerobohi oleh pembalak - pembalak .






TEBEDU: Dua jentera berat, dua lori dan khemah pekerja kem pembalakan di sini semalam musnah dibakar oleh penduduk dari 10 kampung terjejas ketika demonstrasi bantahan keras terhadap aktiviti pembalakan yang memusnahkan tanah pusaka dan tanaman mereka.

Tindakan itu jelas menunjukkan kemuncak kepada kemarahan para penduduk, setelah sebelum ini hanya bertindak merobohkan jambatan balak sebagai gesaan kepada syarikat terlibat mahupun pihak berkuasa berkaitan menghentikan segera aktiviti tersebut.

Malah, demonstrasi yang disertai lebih 500 orang itu bermula sekitar jam 10 pagi nyata tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak, termasuk anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian yang hadir dengan jumlah anggota mencecah 20 orang daripada Unit Antirusuhan. Selanjutnya.

Dimana media yang selama ini kita perlukan? tidak ada satupun media sanggup untuk melaporkan segala kejadian yang berlaku atas sebab kerjaya. Hanya para blogger-blogger yang berani dan sanggup menghadapi apa jua demi kebenaran.

Perjuangan anak muda Sarawak sekarang lebih kepada perjuangan bersuara di media alternatif iaitu Internet , di Facebook tiada satupun Fan page malah groups yang menyokong taib malah fan page ataupun group kebanyakkan ditubuh adalah melibatkan pekara yang "negetif" seperti groups "Kami Mahu Taib berundur" dan banyak lagi .

Malah google telah memaparkan carian yang kurang baik mengenai Taib dan sekiranya anda mencari kata kunci dengan nama "taib mahmud"


Sekirannya pengunduran Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak berlaku ianya akan memberikan sokongan kembali kepada Barisan Nasional . Masyarakat Sarawak telah membuat satu perubahan besar pada PRU yang lepas dimana beberapa Kerusi BN di Sarawak telah berjaya dirampas setelah berdekad lama.

Bersedih sekiranya pengunduran Taib berlaku? Mr J percaya masyarakat Sarawak khasnya anak muda yang lebih dari 50 ribu bermastautin di Semenangjung Malaysia akan merayakan pengunduran Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak .

Anak muda Sarawak menyuarakan dalam banyak ketidakpuasan mereka terhadap kepimpinan Taib dengan Sebuah Lagu khas ditujukan kepada Taib iaitu dengan tajuk " Lagu Anti Taib Mahmud Sarawak"iaitu telah dimasukkan ke youtube oleh individu yang mengunakan nama samaran hambaAllahSelamanya .


Berundur selagi rakyat masih suka , jangan sampai rakyat muak dan benci nanti akan dikenang sebagai satu-satunya pemimpin Sarawak yang penuh kontroversi .

2 comments:

E.N.D berkata...

Taib you will E.N.D . lots young generation awake now.

ShootDown berkata...

Pergi haji lah taib

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©