Jaya Ramba Wulan , "Kami Bukan Warga Cawat" kini menumbuh Kelab penyokong UMNO?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Aku pula cuba meminggirkan diri dari kesesakan. Namun, seseorang memegang tanganku. Aku tidak berpaling, cuma sempat memandang beberapa orang bangsaku menitis air mata. Aku tahu, mereka kecewa kerana mereka terlalu kecewa. Mereka bangsa bermaruah, bukan bangsa yang ketinggalan. Mereka bencikan berpolitik.

Mereka bangsa asalnya keturunan yang beradat. Bangsa kaya budaya! Bangsa yang sudah maju! Aku terus melangkah, mencari keasingan yang tanpa manusia.



Politik membunuh perpaduan! Politik mencipta perpecahan! Politik penindasan! Politik tidak berbudaya! Parti bintang ialah parti jumud! Parti bintang jalang!!!” Aku melangkah dalam keadaan telingaku masih dilesit kata-kata tegas dari belakang.

Kami bukan warga cawat!!!” Berkali-kali suara tegas, nyaring itu berkumandang.


Apa yang anda baca diatas tadi adalah artikel sumbangan daripada Jaya Ramba Wulan yang bertajuk "Kami Bukan Warga Cawat!" suatu ketika dahulu di www.pengerindu.com . Dahulu kami mempunyai Komunitas Dayak World iaitu mempunyai rangkaian sahabat Keturunan Dayak dari seluruh dunia khususnya Borneo .

Banyak juga yang kami tekankan di komunitas tersebut diantaranya aspek politik , penjajahan dan juga kemusnahan Hutan di Borneo tetapi kini komuniti itu telah lama padam atas sebab masalah pengunaan "hosting" percuma , Mr J dalam perancangan untuk membangunkan kembali laman sosial tersebut .

Bergitu banyak persoalan bermain dikalangan pengikut Jaya Ramba Wulan adakah "wang" jika ia kemungkinan beliau perlu memikirkan mengenai maruah atau juga masalah dalaman PKR sendiri menyebabkan beliau menarik diri daripada parti tersebut.

“Walaupun berpihak kepada BN selepas keluar daripada Keadilan, namun buat masa ini saya masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana parti komponen BN di peringkat negeri.

“Namun saya mengakui ada menerima tawaran daripada parti komponen BN namun belum mempertimbangkannya.

“Bagaimanapun buat masa ini saya telah dilantik menjadi wakil untuk menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di sini. Pada masa ini kelab tersebut hanya ada di Kuching dan Miri yang dijangka ditubuhkan dalam masa terdekat,” katanya. petikan daripada Sabahkini.net
JAYA RAMBA dengan nama pena Jay R Miri. Lahir di daerah rimba Long Teru Tinjar Baram. Mendapat pendidikan awal di SK Long Teru. Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1-5 di SMK Marudi dan kemudian ke tingkatan 6 di SMK Lutong. Memperolehi Sarjana Muda Pentadbiran di sebuah Universiti tempatan. Pernah bertugas di Carigali dan kini berkhidmatan di Lembaga Air Kawasan Utara Sarawak di jabatan Kewangan.

Lebih 10 buah novel telah dihasilkan dan diantaranya ialah Senja Cinta Warisan, Dendam Asmara, Sempadan Dendam dan Bara Yang Menyala.

Pernah memenangi hadiah pertama cerpen Jubli Perak Negeri Sarawak berjudul "Pahat Masih Berbunyi". Juga memenangi hadiah ketiga pertandingan Novel DBP-SHELL. Juga menang hadiah penghargaan Penulis Sarawak pada tahun 2004, 2005 dan 2006.

Menang tempat ke-2 peraduan menulis cerpen pelbagai kaum Malaysia dengan judul "Mendulang" Menang hadiah utama menulis cerita legenda Miri 2006.

Menang menulis rencana sempena Miri ke arah Bandaraya Miri 2005. Menang 2 buah cerpen peraduan Penulisan Kreatif peringkat Negeri Sarawak 2005. Sumber Jaya Ramba Blog


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©