Rakyat Sabah & Sarawak kini Bangkit! 300,000 Tandatangan diperlukan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kerajaan ataupun Pakatan Rakyat kini bakal ditentang oleh Kumpulan yang menamakan diri Mereka "SSKM" iaitu Sabah Sarawak Keluar Malaysia , mereka terdiri daripada anak - anak muda Sabah dan Sarawak dan mempunyai pelbagai profesion dan ada diantara mereka adalah peguam , aktivis yang kebanyakkan bermaustatin di Luar Negara.

Kumpulan SSKM bergerak Aktif di dalam Facebook dengan mempunyai ahli seramai 8,000 lebih dan Facebook Groups mereka adalah "private" dan hanya yang betul - betul memahami matlamat sebenar SSKM akan dibenarkan masuk terlebih dahulu keahlian akan ditapis bagi mengelakkan "Talam dua muka".


Sidang perjumpaan dibuat bersama ahli - ahli demi mengeratkan lagi serta memberi banyak kesedaran kenapa perlunya keputusan "Keluar" daripada Malaysia dibentuk. Sebabnya adalah Perjanjian yang dimeterai oleh Tanah Malaya suatu membentuk Malaysia dengan Negara Sabah dan Sarawak iaitu Perkara 18/20 tidak dipatuhi malah Sabah dan Sarawak terus ditindas .

Tetapi tidak lagi kini dan ramai golongan intelektual tinggi Sabah dan Sarawak semakin sedar tentang penindasan "bangsa" dan "Negara" mereka .

Sesuatu bakal berlaku tetapi tidak sekarang atau esok kemungkinan dalam 5 tahun akan datang, suara mereka "SSKM" akan mendapat liputan meluas suatu hari nanti . Kini langkah pertama SSKM adalah mengumpul sebanyak mungkin tandatangan Online yang mengatakan sokongan mengenai Tindakan Keluar daripada Malaysia : http://www.gopetition.com/petitions/sabah-sarawak-rights.html .

Pengagihan Sumber yang berat sebelah .

Sabah dan Sarawak sememangnya Kaya dengan sumber alam dan juga minyak tetapi kenapa sejak kebelakangan ini semakin ramai anak muda rakyat Sabah & Sarawak semakin banyak berhirjah ke Negara lain seperti Singapura , Brunei dan ada juga dikalangan yang berkerja di luar Negara atas taraf hidup yang susah di Sabah dan Sarawak .

GoPetition

Hal ini terbukti apabila "Survey Lisan" yang dijalankan telah mendapat jawapan yang amat mengejutkan dimana perbezaan gaji di Sabah dan Sarawak amatlah ketara sangat perbezaan lingkungan RM300 . Jika gaji Kerani di Semenangjung adalah lingkungan permulaan adalah RM900-RM1200 manakala di Sarawak serta Sabah adalah dalam lingkungan RM600-RM900 .


Apa yang diharapkan oleh Negara Sabah dan Sarawak sewaktu bersama Negara Singapura bergabung dengan Tanah Malaya adalah setiap Gabungan Negara yang membentuk "Malaysia" akan disamatarafkan dan juga perjanjian perlu dipatuhi .

Dokumen Perjalanan Terhad

Tujuan

Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.

Tempoh Sah laku

Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi. http://www.imi.gov.my/
Malaysia telah ditubuhkan atas nama "empat buah negara" (NEGARA) pada mulanya iaitu, Malaya (Tanah Melayu), Sabah (North Borneo), Sarawak dan Singapura. Namun atas sebab-sebab tertentu pada pertimbangan dan rasional Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sendiri sahaja yang tahu kerana ketika itu beliau berada di London pada tahun 1965.
Ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di London, beliau telah mengeluarkan Singapura dari gabungan Malaysia. Justeru, selepas Singapura dikeluarkan dari Malaysia, maka sah Malaysia hanya tinggal tiga buah negara sahaja lagi iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak.
Jadi tidak Mustahilah Jika anda dari Tanah Malaya ( semenangjung Malayasia ) yang ke Sarawak perlu menyimpan satu slip daripada imigresen (seolah - olah passport) .

Perjanjian Perkara 18/20 Sabah , Sarawak dan Tanah Malaya untuk
Pembentukan Malaysia.



Dibawah adalah Petikan yang menarik daripada Malaysia Cronicle.

Bom jangkamasa Sabah dan Sarawak

Situasi yang mungkin adalah Sabah dan Sarawak yang berpotensi untuk meninggalkan Persekutuan Malaysia dalam lima hingga lima belas tahun lagi.

Tanda-tandanya sudah ada dan Putrajaya sedang berkerja keras untuk menunda dan mengelaknya. Ia dijangka berlaku kerana orang bukan Islam daripada keturunan Dusun termasuk Kadazan dan Murut dan komuniti Dayak juga tidak dibenarkan menjadi Ketua Menteri di negeri-negeri ini.

Putrajaya juga seakan-akan menutup mata kepada kebanjiran warga asing secara haram di kedua-dua negeri itu yang masuk untuk menjadi pengundi.

Kerusi Singapura di ambil begitu juga dengan minyak

Dengan keluarnya Singapura, Malaya telah mengambil 15 kerusi dalam Parlimennya dan ia tidak diberi kepada Sabah dan Sarawak.Apa yang dipersetujui pada 1963 adalah Malaya akan mempunyai kurang daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen demi memastikan wilayah lain dalam persekutuan – Sabah, Sarawak, Brunei akan mempunyai kuasa veto.Hari ini, Malaya mempunyai lebih daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen- 165 vs 57 termasuk Labuan berbanding Sabah dan Sarawak.

Inilah sebabnya mengapa agak lemah alasan untuk Sabah dan Sarawak untuk terus berada dalam Persekutuan Malaysia.Semua ini juga akan menjadi lebih getir sekiranya debat mengenai royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak dibuka semula.Perjanjian yang berat sebelah pada 1976 menyaksikan kerajaan Persekutuan dan Petronas , syarikat minyak negara memberi hanya 5% daripada royalti minyak dan gas daripada telaga minyak untuk kawasan persisiran laut. Sedikit daripadanya sudah kering atau semakin mengering.

Tiada pula yang diperolehi daripada telaga minyak yang berada di laut dalam.Disebabkan ini juga, Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun ini telah menjadi antara negeri termiskin di Malaysia.

Sekiranya dikaji balik kini, 5% royalti itu tetap tidak bermakna sekiranya telaga di laut dalam tidak termasuk dalam pengiraan.Sekiranya juga pengkajian semula royalti minyak dibuat, ia harus dilakukan mengambilkira dari tahun 1976 semasa penipuan itu berlaku. Kadar faedah juga harus dibayar begitu juga dengan 8% berkanun setahun serta dikompaun setiap tahun.

Berapa lama mereka boleh senyapkan Sabah dan Sarawak

Ini adalah situasi di mana Kerajaan Persekutuan yang ditadbir UMNO tidak akan menerima walau sejuta tahun sekalipun kerana kekayaan itu telahpun ditelan mereka sejak 1976 lagi ataupun disimpan untuk kegunaan hari esok mereka dan generasi mereka.Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya Sabah dan Sarawak menuntut hak mereka ke atas isu royalti minyak. Ia bukanlah bermaksud jalan buntu untuk mereka.

Contohnya adalah seperti Timor Leste, Acheh dan Sudan Selatan- isu yang berlarutan mengenai Darfur dan Kordofan Selatan- semuanya adalah mengenai minyak. Sejarah membuktikan bahawa undang-undang antarabangsa akan berpihak kepada Sabah dan Sarawak. Timor Leste dan Sudan Selatan menjadi bebas melalui campur tangan Majlis Keselamatan PBB sementara Acheh mendapat autonomi.

Isu ini masih lagi dalam proses penyelesaian di Darfur dan Kordofan Selatan.Adalah tidak benar bahawa hanya negeri yang boleh membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan PBB. Mana-mana parti juga boleh melakukannya seperti yang dibuat oleh parti pembangkang Syria yang sekarang dalam perbincangan di Majlis itu.

Hanya masa yang menentukan bila Sabah dan Sarawak akan membawa isu royalti minyak mereka kepada Majlis Keselamatan PBB. Putrajaya tidak harus terus bergantung kepada Sabah dan Sarawak selamanya.

Sekarang anda faham mengapa Taib Mahmud dan Musa Aman sangat berkuasa.

Sebab hasil yang mungkin adalah Sabah dan Sarawak akan keluar daripada Malaysia. Hanya kebebasan daripada Malaysia yang akan membawa Sabah dan Sarawak kepada nasib sebenar mereka di komuniti antarabangsa.

Maka tidak hairanlah Ketua Menteri Sarawak seperti Taib Mahmud dan Sabah seperti Musa Aman telah dibiarkan untuk terus merompak negeri mereka walaupun banyak laporan dibuat dan juga beserta bukti rasuah termasuk mencuri tanah, pembalakan dan merogol wanita peribumi oleh pekerja syarikat-syarikat kroni mereka.

Tanpa mereka untuk mengawal kemaraan orang Sarawak dan Sabah, kedua-dua negeri itu berkemungkinan sudah lama keluar daripada Malaysia akibat dibuli UMNO. Petikan daripada Malaysia Chronicle.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

9 comments:

Capo Grande berkata...

saya sokong SSKM...dah lebih 50 tahun rakyat Sabah Sarawak diperah dan diperas. Hasil bumi yang terkaya di Malaysia, tapi rakyat paling miskin. Infra yang tak memuaskan (air, letrik, pengangkutan, sekolah dll).

SAYA SOKONG SKMM!!

Tukar Taib Mahmud dan Musa Aman!!!

Mr.J berkata...

@Capo Grande.

Terima Kasih! . Semangat Sungguh~

Tanpa Nama berkata...

Saya merupakan seorang pereka grafik yang bekerja di semenanjung. Gaji permulaan saya di sini adalah RM2000 tetapi kawan saya di Sarawak yang juga merupakan pereka grafik hanya dapat RM600. APA NI? 3 kali ganda lebih rendah? Kenapa ini boleh berlaku?

Jawapannya senang. Keluar Malaysia sekarang, memanggil anak-anak sabahdan sarawak supaya balik kepulauan borneo untuk berkhidmat.

Mr.J berkata...

@Anonymous.

Inilah kenyataan!.

dusun bukit berkata...

sia rasa bagus ni tompinai,sia rasa maju kita semua,bagi sia sia suka kita keluar malaysia,urang urang sabah/serawak ramai sudah yang pintar pintar bah.yang penting kita bersatu hati semua,

Tanpa Nama berkata...

boleh ka berjaya sskm ni?..saya sokong dengan apa yang ingin di perjauangkan anda tapi bukan senang nak laksanakan perkara ini.. jadi saya harap anda semua yang ingin melakukan sskm inimembawa sarawak dan sabah lebih maju dari mana2 negara di asia ini...

Tanpa Nama berkata...

Kalau Sarawak keluar Malaysia, siapa pulak jadi Perdana Menteri Sarawak.? atau Presiden Sarawak.?....sapa pulak yg akan jaga minyak sarawak..mungkin hari ni boleh cakap "alaaa anak sarawak kan ada, suruh lah mereka jaga"...jangan2 pasal minyak pun gaduh jugak nanti...dalam sarawak ada pelbagai daerah dan bahagian. kalau setiap bahagian atau daerah menuntut untuk keluar Sarawak bagaimana? ditubuhkan pula Pasukan Daerah Keluar Sarawak (PDKS)..lepas tu kumpul tandantangan secara online..haaaa..

Tanpa Nama berkata...

saya tertanya-tanya, siapakah ketua program SSKM ini, saya kurang jelas dgn pergerakan ini. jika ianya dijelaskan org2 yg berperanan mungkin lagi bagus untuk meyakinkan sabahan dan sarawakian. mau jga saya terus behubung dgn org kuat atau yg pusat khidmat diaorg ni supaya kita boleh sama2 berjuang. Apa pun selamat maju jaya dan semoga Berjaya God Bless!!!

Tanpa Nama berkata...

@Anonymous .

Saya pun kurang jelas dgn identiti awak dan identiti saya pun Anonymous rasa kita sama juga. SSKM tiada Ketua dan siapa sahaja boleh jadi Ketua pernah dengar mengenai "Anonymous Operation?" . SSKM tiada Ketua , Tiada sesiapa , SSKM mungkin boleh jadi anda , saya , keluarga anda mahupun rakan anda.

We are Anonymous. We are Legion. We do not forgive. We do not forget. Expect us

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©