Mitos dan cara menangkap Ikan Puyu dan bukan Puyu Muyu.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kali ini Mr.J nak cerita tentang kisah dan pengalaman mengenai Ikan Puyu dan segala jenis "mitos" mengenai Ikan air tawar ini . Ikan puyu banyak terdapat di sekitar sawah , saliran parit , sungai dan juga paya .

Mr. J bolehlah dikatakan seorang peminat sukan memancing tetapi taklah sampai ke peringkat antarabangsa cukup - cukup peringkat kampung sahaja. Ramai orang mengatakan bahawa memancing adalah sia - sia dan membuang masa itu adalah jawapan bagi yang tak minat.


Ok berbalik kepada tajuk asal iaitu Ikan Puyu untuk memancing ikan puyu ini adalah dengan mengunakan mata kail bersaiz kecil dan umpannya adalah cekerik ataupun cacing tanah dan pakai sahaja buluh atau apa jua jenis dahan kayu yang ringan untuk dijadikan joran , tak payahlah nak pakai joran yang mahal-mahal.

Ikan Puyu ini juga adalah sejenis ikan yang agak tahan lasak dan juga mempunyai duri - duri yang sangat tajam jadi tak hairanlah sekiranya pemancing mendapat ikan puyu maka yang disuruh bukakan mata kail dari mulut ikan tersebut adalah orang lain .

Pelbagai Mitos ataupun petua daripada orang Tua mengenai Ikan Puyu ini , iaitu ikan puyu ini dikatakan mempunyai kuasa "mistik" yang tersendiri iaitu dapat menghalau segala jenis "santau" atau menghilangkan ilmu hitam pada badan seseorang itu apabila masuk ke rumah si pemilik ikan puyu lebih kurang sebagai "takal rumah" .

Dahulu semasa kecil , Mr. J kerap memancing ikan puyu bersama rakan - rakan sekampung Mr J tak kira dibawah matahari terik yerlah.. zaman budak - budak mana tahu erti lain yang pasti kepuasan memancing .

Ikan ini kalau digoreng pun sedap , tetapi yang bab malasnya adalah saat menyiang sisik ikan puyu ini dan bagi sesiapa yang tak pernah menyiang ikan puyu ini perlulah bertanya kepada yang pakar kerana didapati ramai yang luka - luka sebab sisik ikan puyu ini juga tajam .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©