Kisah Benar : Cinta antara "Bangsa" .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kisah bermula di Kotaraya Metropolitan Kuala Lumpur dimana tempat dikatakan lubuk emas bagi sesetengah individu , semua anak - anak kampung berebut - rebut untuk ke kota ini dengan harapan dapat mengubah nasib mereka.

Dan kesempatan ini tidak juga hanya rakyat Malaysia malah rakyat asing juga turut mengejar peluang dan impian di kotaraya Kuala Lumpur.

Diawal perkenalan mereka , kisah cinta mereka sungguh indah seperti mana pasangan yang bercinta tiada pernah ada perkataan yang menyakitkan hati malah lebih indah daripada syurga .

Tapi itu cuma sementara....

Ekin ( bukan nama sebenar ) adalah seorang gadis periang dan berwawasan tinggi serta perwatakan menarik dan juga seorang individu yang berdikari . Dia bekerja disalah sebuah syarikat ternama tinggal di tengah - tengah kota Kuala Lumpur.

Setelah agak lama menyendiri akhirnya ruang hatinya terbuka untuk menerima "cinta" daripada seorang pemuda cuma yang lebih membezakan antara pemuda lain iaitu "Bangsa" pemuda tersebut bukan kerakyatan warganegara.

Pemuda tersebut bernama Filiot ( bukan nama sebenar ) telah hadir kedalam diri Ekin malah hubungan mereka cukup akrab sekali bagaikan "belangkas" kemana sahaja ada mesti berdua.

Yang indah itu hanya sementara..

Setelah setahun lebih mereka bersama - sama melayari bahtera cinta akhirnya mereka berdua semakin serius dan bersedia untuk berkahwin tetapi bergitu banyak cubaan dan juga halangan yang harus ditempuhi .

Setelah naik turun pejabat kerajaan Jabatan Agama serta Jabatan pendaftaran dan juga merujuk kepada Jabatan Imigriseen akhirnya berita buruk yang tak seharusnya didengar oleh mereka iaitu Filiot tidak dibenarkan berkawin dengan wanita negara ini kerana beliau adalah orang asing dan mempunyai "masalah" pada kad masuknya ini kerana kekasih Ekin adalah orang asing.

Punah segala impian yang hendak dicapai , termati "kutu" memikirkan kemana lagi hendak dirujuk . Selang beberapa minggu selepas itu Ekin menyedari bahawa Kekasihnya Filiot tidak kelihatan selama lebih 2 hari malah sebilangan barangannya juga didapati telah tiada di bilik.

"adakah dia pergi meninggalkan aku?" bisik hati Ekin.

Cinta tidak semestinya bersatu ...

Seharian suntuk Ekin mencari kemana hilangnya Filiot , hampir habis kesemua nombor telefon rakan - rakan Filiot di dial tetapi jawapan tetap sama "tidak tahu" .

Fikiran Ekin semakin berserabut dan acap kali melihat profile Filiot di laman muka buku dengan harapan dia "online" tapi malang sekali ternyata ramalan gagal .

Setelah hampir lebih sebulan sebak didada , tidur tak pernah lena kerana hidup Ekin bagaikan Kosong tanpa Filiot akhirnya Ekin cuba untuk mengagahkan diri untuk bangkit kembali setelah mendengar nasihat daripada rakan - rakan .

Keadaan seperti biasa cuma tanpa peneman suka , duka , siang dan malam ..

Suatu hari Ekin mendapat tahu daripada kenalan - kenalan Filiot bahawa dia sekarang berada di Sweden .

"Kenapa dia sanggup dan tergamak meninggalkan aku tanpa satu persoalan?" hati Ekin berbicara lagi.

Kini , Ekin telah pergi ke luar negara dan cuba untuk memadam segala kisahnya itu , Filiot pula kini bersama keluarganya di Sweden dan ( Mr J pula masih berblogging.. )

p/s Mr.J : Kisah ini adalah kisah benar seperti mana yang dilalui oleh penulis iaitu Mr.J watak diatas adalah nama samaran dan sedikit sebanyak kisah telah diubah kembali bagi mengelakkan watak sebenar dikenali .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©