Kisah Benar : Bertemu Cinta pada tempat yang tidak dijangkakan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Dadah bersepah - sepah memenuhi ruangan bilik mereka. Mereka berdua bertemu cinta yang tak pasti di dalam persekitaran yang tak disangkakan.

Jasmine ( bukan nama sebenar ) adalah isteri kepada seorang lelaki yang boleh dikatakan tidak mampu memberikan sebuah makna kebahagiaan rumah tangga kepadanya perkahwinan mereka selama 3tahun dan mempunyai 2 orang cahaya mata yang amat comel sekali.

Yang indah itu cuma sementara.

Sekadar gambar hiasan

Tapi malangnya Suami Jasmine tidak mempunyai pekerjaan yang tetap malah terjebak dengan kancah dadah jenis ais ataupun methapetamine .

Hampir boleh dikatakan seminggu sekali Jasmine menerima bebanan dan juga tamparan serta pukulan daripada suaminya , inilah punca dadah dan bila bekalan tidak cukup maka Jasmine menjadi mangsa kepada keganasannya.

Sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda bernama James ( bukan nama sebenar ) muncul ke ruang hidup Jasmine , ini kerana James adalah seorang penagih dadah bukan tegar dan berkawan dengan suaminya tetapi James juga mempunyai masalah peribadi beliau iaitu masalah di tempat kerja sehingga beliau mengunakan Dadah untuk menenangkan segala masalahnya.

James mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan hampir setiap hari James membelanjakan wang simpanannya untuk membeli bekalan dadah untuk suami Jasmine dan disitulah James terasa simpati dengan Jasmine kerana suaminya boleh dikatakan tidak berguna dan sehingga susu anak sendiri pun tidak mampu untuk dibeli.

Disaat suami Jasmine tiada dirumah ketika itulah "cinta" terjalin antara Jasmine dan James , biarpun mereka tahu bahawa segalanya salah tapi James dan Jasmine lebih bahagia menjalinkan cinta terlarang mereka itu.

James sering mempertahankan Jasmine sekiranya suaminya hendak memarahi atau memukulnya.

Cinta mereka berdua amatlah tinggi dan James tak mampu lagi untuk melihat kehidupan Jasmine "susah" daripada sebelumnya lagipun umur Jasmine dalam lingkungan 22 tahun dan James melihat Jasmine masih banyak yang belum dilihat dan mungkin kerana mereka berkawin dalam usia muda menyebabkan Mahligai mereka terumbang - ambing .

Tempat tinggal Jasmine umpama "Penjara dalam penjara" dan memang tidak layak untuknya membesarkan kedua anaknya.

Hubungan James dan Jasmine semakin rapat dan mereka bijak menyembunyikan hubungan tanpa diketahui suami Jasmine.

Biarpun James mengetahui sekiranya "kantoi" maka nyawanya dihujung tanduk tetapi melihat kehidupan Jasmine semakin hari perasaan sayang semakin kuat .

Kini Jasmine hidup bahagian di rumah kedua ibubapanya dan membesarkan anaknya ditempat yang lebih bersih dan aman. Suami Jasmine pula gagal dikesan . James dipercayai berkerja di tempat yang jauh dan mereka masih lagi berhubung walau tidak seintim seakrap yang dulu.



p/s : Ini adalah kisah benar seperti mana diceritakan kembali oleh individu tersebut kepada Mr.J dan diadaptasi dalam bentuk cerpen , watak terpaksa diubah mengikut kesesuaian cerita bagi mengelak individu tersebut dikenali .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

2 comments:

Julia Ciara A berkata...

so sad...btw...very nice story mr.J:)

Mr.J berkata...

@Julia Ciara A .

Thank. .

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©