Kisah Benar : Sebuah kisah Cinta kenangan silam yang - lebih 10 tahun dahulu.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam kembali , lama juga Mr.J tidak membahaskan segmen "Cinta" dan hari ini Mr.J seakan - akan terpanggil untuk berkongsi mengenai sepasang kekasih yang sungguh saling menyintai satu sama lain.

Ketika itu usia muda bukan penghalang untuk menjalinkan "cinta" walaupun masih boleh dikatakan dalam usia "under age" tapi memori itu tetap indah dan tersemat disanubari si kekasih wanita tersebut.

Berbalik kepada kisah Cinta Remaja mereka , si kekasih wanita tersebut benar - benar sungguh menyintai kekasihnya.

Kebetulan rumah mereka berdekatan dan hampir setiap minggu ataupun hujung minggu si lelaki tersebut menunggu dengan penuh rasa teruja dan boleh dikatakan hampir setiap malam dia tidur awal hanya kerana menunggu ketibaan hujung minggu dan tidak sabar untuk berjumpa dengan kekasihnya itu , maklumlah kekasihnya bersekolah ditempat lain dan hanya akan balik ke "sibu" sarawak pada setiap hujung minggu ataupun cuti sekolah.

Cinta si lelaki tersebut cukuplah mendalam hingga setiap hari beliau akan meronda mengunakan motosikal "kapchai" hanya sekadar melalui rumah si kekasihnya itu dengan harapan adakah si dia telah balik dan adakah dia ada dirumah .

Khidmat "Posmen" digunakan bagi tujuan untuk perjumpaan dengan erti kata lain "dating" lebih - lebih lagi "posmen" tersebut merupakan kawan yang rapat si wanita tersebut kerana waktu itu tidak mampu memilikki telefon bimbit.

Mereka berjumpa setelah surat dibalas dan tempat dipersetujui dan si lelaki tersebut cukup terasa "bahagia" sungguh kerana dapat bertemu walaupun dihurungi oleh nyamuk tapi disebabkan cinta maka gigitan nyamuk tidak dirasa lagipun ada bawa bekalan "ubat nyamuk".


Sebuah Padang yang berdekatan menjadi sejarah dimana saat itu mereka berdua bersama dan berborak "indah" sungguh dan si lelaki sempat memberikan "ciuman" pertama walaupun itulah cinta pertama lelaki tersebut dan keaadan agak menakutkan bagi lelaki tersebut kerana di mindanya bermain seribu persoalan adakah "tamparan" yang bakal diberikan sekiranya dia memberikan sebuah "kissing" biarpun pengalaman masih mentah lagi.

Semakin hari semakin rindu dan semakin banyak surat yang dikarang khas untuk wanita yang dicintainya biarpun hampir lebih daripada 20 kali menulis surat dan hanya yang terbaik sahaja dipilih, ternyata keikhlasan ayat - ayat cinta dengan harapan si dia akan berasa gembira.

Semuanya tidak bertahan lama dan semakin hari si wanita tersebut semakin tidak menghiraukannya dan lelaki tersebut terpingga dan memikirkan apakah kesalahan yang dilakukannya .

Si lelaki akhirnya pasrah kerana itulah Cinta pertamanya dan kehidupannya boleh dikatakan agak "terngangu" kerana menyedari "ditinggalkan" tanpa mengetahui sebab punca yang pasti.

Hampir setiap malam lelaki tersebut bersedih..

Pernah sekali sekala mereka berdua tersempak tapi saling diam seribu makna , keinginan lelaki tersebut inginkan jawapan yang pasti tapi "halangan" terbaru muncul bila melihat "si dia" bersama lelaki lain membonceng motosikal yang agak "moden" sedikit berbanding dengannya yang hanya mampu memilikki motosikal "kapchai" itupun kepunyaan bapanya.


Masa berlalu bergitu pantas dan seperti waktu itu hanya semalam semuanya terjadi dan selepas lebih 10 tahun mereka berpisah dan si lelaki tersebut mendapat tahu bahawa si dia telah pun mempunyai keluarga sendiri dan mempunyai cahaya mata .

Jarak kisah cinta mereka semakin jauh dan tak mungkin segalanya kembali seperti dahulu tetapi Cinta si lelaki tersebut masih lagi kuat tapi "aptb" ( apa pun tak boleh ) .

Lebih 10 tahun kemudia si lelaki tersebut dengan tidak sengaja terjumpa Facebook kekasihnya itu dan cuba memberanikan diri untuk "add" dan seterusnya bertanya "kenapakah dan sebab dia ditinggalkan tanpa jawapan" .

Akhirnya semua persoalan selama lebih 10 tahun terjawap iaitu salah seorang "sahabat baiknya" mengatakan bahawa si lelaki tersebut hanyalah cuma ingin bermain - main dengan cintanya biarpun kesahihan tidak dipastikan dan yang pasti ketika itu lelaki tersebut tidak pernah jatuh cinta dengan sesiapa dan hanyalah kepada "dia" sahaja.

Harapan yang tak pasti . Andai kisah ini terjadi kepada anda apakah yang anda patut lakukan.

p/s Mr.J : Ini adalah sebuah kisah benar dan nama "mereka" tidak disiarkan kerana menjaga kepentingan individu tersebut.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

13 comments:

Tanpa Nama berkata...

:)

faridah berkata...

X semestinya pompuan tu akan bahagia bila kawen dengan lelaki yang tergila-gilakan dia tu.. Itu semua perangai bila belum dapat atau x dapat. Macam saya bila kekasih lama bertandang kembali, saya menerimanya dengan doa semoga kami akan bahagia. X sangka rupanya kita hanya tempat pelarian sementara dirinya bermasalah dan dia nak ego menunjuk kat semua orang bahawa dia masih berjaya tawan saya walaupun sudah 20 tahun x jumpa. Paling malang sekali apabila dia tidak mahu hargai saya mahupun hati saya, segalanya berkenaan 'ego dia' sahaja. Nyesal saya terima lamaran dia. Kalo tau diri saya x dihargai.. dari dulu lagi saya reject dia.

Shima Sheila berkata...

Sedihlah bila baca posting Mr.J ni. Kisah benar siapa pula ni? . tapi kesian dgn si lelaki tersebut.. kuat sungguh cinta diakan.. i rasa nak menangis pun ada lah. 10 tahun baru lelaki tu dapat tahu sebab... aduii..

Tanpa Nama berkata...

"Akhirnya semua persoalan selama lebih 10 tahun terjawap iaitu salah seorang "sahabat baiknya" mengatakan bahawa si lelaki"

Mr.J ini kisah kawan makan kawan atau kawan wanita itu cemburu kot. btw i really like this posting. Sharul - Sikamat.

Mr.J berkata...

@Shima Sheila .

Adalah kisah orang itu . tak perlu diberitahu sebab org tu tgh baca juga kisah ni.jgnlah nages2.. yg mengalaminya rasanya dah kering berdarah air mata pun.

Mr.J berkata...

@faridah . Maybe itu dikatakan Hukum Karma kak. so sekarang masih lagi bersama? . 20 tahun penantian yang amat panjang sekali..

Mr.J berkata...

@Anonymous .

Yang ni Mr.J tak pandai sangat nak komen ... hanya sidia dan dia sahaja yang tahu.

Tanpa Nama berkata...

Silent speak thousands word... Mgkin sidia bgitu bkecil hati hingga mendiamkan diri...lagi2x jauh smua boleh tjadi... Kdg2x hnya kita mampu tuk myatakn yg kita hnya mampu mrancang nmun tuhan mnentukan..... Wlaupun kekasih wanitanya tlh myendiri...tetapi wanita itu still hormatkan sikekasih lelaki nya n menyayangi beliau Dan dia sentiasa redho Dan bhgia kekasih lamanya bhgia dgn org baru... Jika kita syg seseorang kita hanya mahu sidia happy even bukan dengan kita.... :)

Mr.J berkata...

@Anonymous .

Mun mek pergi jgn tak nangis sayang,
Tak pun tauk nak cinta kamek utk kitak sorg,
Aek mata mek dah kerin waktu bepisah dolok,
Sik pernah mek sangka cerita cinta kita jadi camtok,

Mr.J berkata...

@Silent speak thousands word ,

Si dia berkecil hati disebabkan salah faham dan tidak pernah menyatakan hal yang sebenar, sedangkan si lelaki terpingga2 mencari kesalahan apa yang telah dia lakukan.. akhirnya sedar tak sedar kisah 10thn tersebut menjadi igaun si lelaki tersebut setiap hari..

Shiela berkata...

Andaiku tahu....apakah dosa dosaku...~ sungguh terharu weh bila ang baca kisah cinta ni. Mr.J macam tau sangat kisah depa .. jgn2 ang punya story ka? meh story mory kat sheila.

cik ruru ahiru berkata...

mungkin nasib saya lebih baik kerana kami telah berjanji akan sentiasa selesaikan masalah dengan berbincang .. so bila ada yang saya tak suka atau kecil hati atas perbuatannya atau dengar cerita tak baik tentangnya daripada kawan-kawan sekerja,saya terus mengadu padanya dan dia cuba selesaikan dengan cara baik .. yang paling penting , kena percaya pada pasangan sendiri baru la takkan timbul isu seperti ni ..

Mr.J berkata...

@cik ruru ahiru.

Yang penting persefahaman kena ada , jangan hanya mendengar dari telinga kena sahihkan sesuatu dari mulut pihak. :)

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©