Eksklusif bersama Mr.J : Bagaimana mengetahui "lelaki" yang mula menyintai anda dalam diam?. "SMS" tersirat .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Eksklusif ke? . Baiklah kali ini Mr.J nak bongkarkan rahsia yang selalu bermain di minda wanita iaitu "Bagaimana mengetahui bahawa lelaki mula menaruh harapan cinta kepada anda". Tips ini Eksklusif dari Mr.J kepada golongan yang lemah erkk.. yelah kaum wanitakan penuh dengan sifat lemah lembut.

Kes seperti ini sering terjadi diantara anda dengan kenalan anda seperti contoh kawan sepejabat atau rakan kepada rakan anda.


Kalau dilihat pada zaman ini segalanya lebih bermula daripada "sms" dan juga "no telefon" , Mr.J tak nak masukkan "facebook" dalam kes ini disebabkan jaringan "facebook" terlalu meluas dan tidak boleh dibawa masuk kedalam kajian kes Mr.J ini.

Andai si lelaki tersebut mulai menaruh harapan ataupun mula menyintai wanita yang menjadi pilihannya selalunya lelaki tersebut agak lambat untuk 'acting' kerana lelaki apabila menaruh harapan terhadap seorang wanita dia akan merasa gelabah atau "segan" yang teramat sangat walhal dalam hatinya berkobar - kobar rasa 'cinta' .

Selalunya telefon bimbit memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia dan juga telefon bimbit boleh dijadikan salah satu gadjet untuk si lelaki tersebut menyatakan perasaannya dalam bentuk 'sms' ataupun 'panggilan' .


Tidak semudah ABC untuk menyatakan " I love You " kerana ianya umpama sebuah ungkapan yang melibatkan masa depannya tetapi lelaki yang benar - benar ingin menyintai wanita pilihannya akan mengunakan sifat 'tersirat' mereka untuk meluahkannya iaitu SMS ataupun mendail no anda.

Penggunaan SMS :

Lelaki yang benar menyintai anda akan menulis 'sms' kepada anda selalunya perkataan 'cinta' dalam 'sms' agak lambat untuk dikeluarkan dan ianya dalam bentuk tersirat seperti lelaki tersebut selalu mengirimkan 'sms' berbentuk keprihatinan atau 'sms' berbentuk mengambil berat tentang anda .

Jika setiap hari anda menerima 'sms' lebih daripada 4 kali daripada lelaki yang sama maka anda haruslah 'alert' atau 'sedar' bahawa lelaki tersebut mula menaruh cinta kepada anda tetapi wanita kadang - kala akan merasa rimas dengan prilaku seperti ini tetapi itulah kebenaran 'tersirat' dalam perasaan lelaki .

Ketahui jenis 'sms' tersirat lelaki :

Pagi : Dia akan 'sms' anda awal pagi untuk menyatakan "Good Morning".
Tengahari : Dah lunch x?
Petang : How ur day / dah balik keje / bz tak keje" dan sebagainya.
Malam : Awak dah makan? , Goodnight.

Lelaki tersebut hanya menanyakan sesuatu pertanyaan seolah - olah dia mengambil berat tentang anda tapi wanita tidak akan menyedari isi dan makna 'tersirat' si lelaki tapi mungkin selepas Mr.J bongkarkan lagi lanjut maka Mr.J berharap kaum wanita mula sedar .

Panggilan Telefon :

Menghubungi wanita yang bakal dicintai si lelaki tidak semudah yang disangka , lelaki secara amnya amat lemah dalam subjek "cinta" tapi itu lelaki lain tidak bagi Mr.J erkkk .

Lelaki bila disebut mengenai 'cinta' maka itulah perkataan yang mampu melemahkan semangat mereka seolah - olah berubah terus menjadi 'sotong' maaf bukan 'lelaki lembut' tapi terus tidak bermaya apatah lagi untuk mendail no telefon wanita yang bakal dicintainya bahkan sikap 'gelabah' dalam segi perbualan . Walhal lelaki ini sering dinyatakan sifat sebagai pelindung wanita , perkasa dan sebagainya.

Bila mendail no telefon anda , si lelaki itu sebenarnya telah membuang masanya selama lebih daripada 2 jam dengan memegang telefon.

Dalam fikirannya bermain jutaan perasaan yang ingin diluahkan tapi apabila mula mendail dan berbual dengan anda maka segalanya hilang seperti kecelaruan minda , blur berlaku dan disebabkan itulah lelaki yang menyintai anda dalam diam cuma menanyakan khabar berita yang ringkas sahaja dan tempoh perbualan itu adalah singkat. Sebab lelaki tersebut akan jadi blur bila mendengar suara wanita yang diminatinya tapi tidak Mr.J erkkk.

Hakikatnya masih ramai lagi wanita diluar sana lambat 'pick up' isi tersirat lelaki ini maka mungkin sebab itulah terciptanya lagu "No Women No Cry" daripada Bob Marley. Kerana wanita lelaki keluar airmata. Sekali lagi tidak bagi Mr.J erkkkk.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

2 comments:

zahidahwahid berkata...

owh... baru tahu... kekeke

Mr.J berkata...

@zahidahwahid.

Sekarang anda mesti dah tau siapa yg admired kan.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©