Eksklusif bersama Mr.J di " Masih menangiskah Cinta? "

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Eksklusif lagi bersama Mr.J , menangiskah cinta ? . Didalam dunia ini semua pertelingkahan ataupun peperangan nescaya akan dapat diatasi dengan lahirnya perasaan Cinta antara manusia .

Kadang - kadang kita melihat jauh kepada negara yang bergolak dalam peperangan dimana askar - askarnya terpaksa berbunuhan diantara askar lain sedangkan pada masa yang sama askar - askar tersebut tiada menyimpan unsur dendam dan hanya menurut perintah daripada atasan masing - masing. Mereka didalam perasaan "terpaksa" demi negara . Sekiranya dimedan perang mereka harus membunuh ataupun dibunuh.

Baiklah lupakan mengenai kisah Askar tersebut dan terus ke isi penting yang Mr.J hendak sampaikan.

Kali ini mengenai "menangiskah Cinta" dia adalah Linda ( bukan nama sebenar ) adalah seorang penuntut di sebuah kolej swasta dan telah menjalinkan ikatan Cinta bersama insan yang dikenali dan dicintainya sejak beberapa tahun yang lepas.

Sejak semenjak menyambungkan pelajaran jauh daripada kampung halamannya maka hubungan cinta mereka sedikit sebanyak mulai muncul beberapa pertelingkahan yang kadang - kala tidak masuk akal walhal hanya perkara yang kecil sahaja.

Hari demi hari Linda semakin merana dan kadangkala dia menangis bersendirian mengenangkan nasib cintanya , kekasihnya seperti tidak mengendahkan perasaannya .

Keseluruhan Jiwa dan raganya hanya untuk kekasihnya itu walaupun menyedari bahawa kekasihnya semakin menjauhi diri daripadanya tetapi dia tetap mempertahankan bahawa kekasihnya masih menyintainya.

Nasihat demi nasihat diberikan oleh rakan serta sahabar karib Linda supaya meninggalkan sahaja kekasihnya itu dan bukan sekali malah berkali - kali kekasihnya membuatkan hatinya sedih bahkan "meraung" meratapi masalah cintanya tapi jalan tetap buntu.

Sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian untuk Linda dan yang penting sekarang Linda haruslah berubah menerima nasihat rakan - rakannya dengan erti kata lain satu keputusan haruslah dibuat iaitu "Tinggalkan Dia" .

p/s Mr J : Ini adalah kisah sebenar yang berlaku dalam sekeliling kita .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©