Konco-konco Bujang Sebelak diburu dan dibakar oleh Embol Asum iaitu suami mangsa serangan Ketua Buaya Bujang Seblak

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
"Saya mendapat mimpi didatangi isteri saya dan mendiang meninggalkan pesanan untuk membunuh konco-konco Bujang Sebelak menyebabkan dendam kesumat terhadap reptilia ganas itu kembali membuak-buak.

"Menerusi ilmu yang dipelajari daripada Pawang Indet, saya berjaya menangkap dan membunuh beberapa ekor buaya termasuk seekor yang panjangnya tiga meter semalam sebelum haiwan itu dibakar dan dimakan dagingnya," katanya ketika ditemui di kediamannya dekat sini semalam.


Berikut adalah rentetan kisah Dendam antara manusia Sarawak dan Buaya Jelmaan.

Serangan Pertama daripada Bujang Seblak di Roban .
SARATOK 2 Julai - Genap 14 hari selepas membaham seorang wanita, Siah Munsong, seekor buaya ganas yang digelar Bujang Seblak seberat lebih 200 kilogram tumpas di tangan pawang buaya tersohor dari Betong, Indet Sanabong, 49. Baca Kisah Lanjut : Bujang Seblak (Tamatnya Riwayat)


Tidak sampai 1 minggu Buaya Bujang Seblak berjaya dibunuh tiba - tiba serangan dendam oleh saudara Buaya Bujang iaitu "Bujang Saribas" .

BETONG - Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini pagi semalam.Kali ini mangsa terbaharu ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali, 55, yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi. Baca Kisah Lanjut Bujang Saribas.

Sarawak cukup terkenal dengan keunikkannya adakah anda pernah mendengar Kisah Perjanjian Buaya Jelmaan dengan Rakyat Sarawak?

Maka Keturunan Bujang Senang telah membuat "perjanjian" dengan masyarakat Dayak khasnya Dayak Iban bahawa barang siapa yang "membunuh" keturunan mereka maka mereka juga akan membalas dengan "kematian"
.…Buaya yang paling tersohor di Sarawak ini Buaya Hitam Putih yang diberi nama Bujang Senang. Bujang Senang menjadi mashur apabila sekumpulan buaya jenis ini mengamuk dan membaham manusia di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman, pada awal tahun 1990-an.
Perjanjian" itu telah dipersetujui oleh ketua masyarakat Dayak Iban dengan Ketua Keturunan Bujang Senang.Keturunan Bujang Senang akan tetap memburu "dendamnya" walaupun hingga ke generasi yang lain sehingganya dendamnya terbalas.

Dari kisah lisan yang lain juga , Keturunan Bujang Senang ( Manusia yang disumpah menjadi Buaya ) akan naik ke daratan menjelma menjadi seorang yang sangat kacak pada waktu bulan purnama . Baca Lagi di Sini.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©