Selamat Hari kemerdekaan ke 55 untuk Tanah Melayu dan ke 49 untuk Sabah . Khas untuk Sarawakian & Sabahan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Kontroversi sungguh sambutan kemerdekaan Tanah Melayu kali ke 55 tahun ini iaitu 2012 , apa tidaknya tahun ini dilihat sebagai tahun yang agak "aneh" kerana tidak seperti beberapa tahun yang lampau dimana kita dapat lihat disetiap kereta mahupun motosikal akan mempunyai Jalur Gemilang iaitu Bendera Malaysia tetapi tahun ini dilihat turun sehingga 70% rata - rata tidak akan mengibarkan Jalur Gemilang.

Bukan sahaja Tanah Melayu malah di Sabah dan Sarawak juga kurang sambutannya , baiklah kita kecualikan Sabah dan Sarawak kerana bagi Mr.J 31 Ogos 1957 tiada kaitannya sambutan kemerdekaan Sabah dan Sarawak kerana kedua - dua "Negara" tersebut mempunyai tarik kemerdekaan tersendiri iaitu 22 July 1963 untuk Sarawak dan 31 Ogos 1963 untuk Sabah atau dikenali sebagai North Borneo suatu ketika dahulu.


Sejak kebelakangan ini atau semenjak dunia dihidangkan dengan pelbagai arus media alternatif seperti Blog , facebook , twitter dan sebagainya sejak itulah minda rakyat lebih keterbukaan dan satu - persatu "kebenaran" muncul dan inilah kelebihan media alternatif berbanding media arus perdana yang hanya memaparkan "kebaikan" yang sedia ada kerajaan.

Persoalan banyak muncul di dunia sosial maya yang kebanyakkan adalah bakal pengundi muda seperti "betulkan Malaysia merdeka pada 31 ogos?" dan " 16 September adalah hari Malaysia?" jadi 31 Ogos bukanlah Hari Malaysia seperti mana yang digembar - gemburkan oleh sesetengah para pemimpin.

( Kemiskinan terus melanda rakya Sarawak & Sabah )

Kita sebenarnya menyambut Hari Kemerdekaan "Tanah Melayu" yang telah Merdeka sejak 31 Ogos 1957 iaitu 55 tahun sekarang dan ramai yang tidak mengetahui bahawa 31 Ogos juga adalah Tarikh kemerdekaan "Negara" North Borneo iaitu Sabah pada 31 Ogos 1963 lantas sepatutnya Tarikh Kemerdekaan Sabah , Sarawak juga tidak harus dilupakan seperti mana Perjanjian Pembentukkan "Malaysia" perkara 18/20 yang telah lama diabaikan.

Tidak payah untuk menimbulkan "rasict" dikalangan Sabahan , Sarawakian dan Tanah Melayu ( Malaya ) seperti contoh FB " Bunuh Rakyat Sarawak Kat Semenangjung" .

Dalam isu ini rakyat ketiga - tiga "negara" ( Tanah Melayu , North Borneo "Sabah" dan Sarawak ) tidak bersalah dalam hal ini dan yang salahnya adalah para pemimpin sekarang yang tidak "sensitif" dengan isu "tarikh merdeka" dan boleh Mr.J katakan bahawa pemimpin juga ada yang "buta sejarah" dan banyak sejarah yang penting seperti Bagaimana pembentukkan 'Malaysia' dan Perjanjian Perkara 18/20 tidak pernah diajar disekolah.

Pemimpin Sabahan serta Sarawakian sendiri ( tidak payahlah saya sebutkan nama )umpama "Mapap/Tambap" ( senggal/pak turut ) yang hanya berani "berkokok" dikampung sendiri dengan mengatakan " Ya , isu ini akan dibawa ke Parlimen " walhalnya bila sampai di Parlimen Kuala Lumpur semua bagaikan "Tin Kosong" sehinggakan Suara Rakyat Sabahan & Sarawakian tidak didengari semua , kenapa ini berlaku? adalahkan "ketakutan" ataupun "Syok Sendiri" di Parlimen.

Ini adalah Fakta , pernahkan kita melihat Wakil - wakil dari Sabahan dan Sarawakian bersuara? Tidak! Jarang sekali kedengaran nada - nada daripada wakil di Malaysia Timur padahal Rakyat kawasan mereka memberikan 200 peratus untuk suara mereka dibentangkan oleh wakil mereka tapi harapan itu "kosong".

Satu lagi yang membuatkan Mr.J "menyampah" dengan sikap sebahagian wakil - wakil rakyat yang "sedia ada" iaitu menjenguk kawasan "bila perlu" . Projek kilat , Projek Atap , Projek "anak manuk" segera. Perlukan Projek "sengal" seperti ini dilaksanakan lagi pada tahun 2012? Bangkitlah Anak Mudah Sabah dan Sarawak dan sepatutnya kemudahan asas ini telah dikecapi 20 tahun dahulu dan bukannya sekarang , inilah dinamakan "harapkan pagar menjaga padi ini pula pagar makan padi" ( Wakil yang diharapkan tetapi Wakil juga yang mengkhianat mereka ).

Semoga berbahagian ke anak cucu - cicit

Hak Kesamarata "1Malaysia" konon - konon untuk semua rakyat , jadi RM900 minimun gaji untuk Semenangjung tetapi RM800 minimun untuk Sabah dan Sarawak ? Jadilah 2Malaysia.

Perutusan Kemerdekaan Sabah yang ke - 49 .

Setakat ini sahaja Mr.J meluahkan apa yang dirasa untuk dikongsi bersama pembaca semua , mungkin anda juga merasakan apa yang dirasakan oleh Mr.J .

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©