Bagaimana mencegah pengodam mengetahui Password anda?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Password atau kata laluan adalah amat penting untuk seseorang seperti contoh untuk kegunaan harian seperti ATM dan tidak lupa pula untuk melayari laman sosial seperti Facebook , myspace dan blog serta yang sewaktu dengannya.

Ramai yang memilih kata laluan yang lebih senang untuk diingati seperti nombor kad pengenalan , tarikh lahir , nama kekasih , no telefon dan juga gabungan huruf serta nombor.

80% pengguna internet banyak mengunakan kata laluan berbentuk nombor dan yang paling ramai sekali adalah pengunaan tarikh lahir seperti 710523 dan juga nombor telefon di tempat kedua dan diikuti tempat ketiga adalah nombor kad pengenalan.

Sekiranya anda mengunakan kata laluan berbentuk nombor anda adalah dinasihati untuk menukarkannya kepada gabungan perkataan dan nombor seperti contoh " cintataksemestinya50 " atau 1234567abcdefg " . Bagaimana pula dengan Username ? Selalunya username untuk blogger adalah email maka adalah lebih senang untuk meneka atau mencerobohi blogspot anda.

Kenapa Mr J tidak mengalakkan kata laluan yang berbentuk nombor ? ini kerana bagi para pengodam atau penceroboh sudah pasti mereka memiliki "list" yang disimpan di dalam notepad iaitu urutan nombor bermula daripada 1 sehingga ke 999999999 . Sila lihat contoh dibawah :

Sekiranya kata laluan anda ialah no kad pengenalan ataupun tarikh lahir:


  • 710523 ( nombor kad pengenalan )
  • 230571 ( tarikh lahir )
  • 0134567890 ( nombor telefon bimbit )

Maka kata laluan anda adalah ada didalam "list" 1 hingga 99999999 .

Tentu anda berkata dalam hati " takkanlah dia nak cuba jutaan kali untuk log in bagi mendapatkan kata laluan saya iaitu nombor telefon " . Ya! sudah tentu "dia" ( si penceroboh) tidak akan membuang masanya untuk meng"log in" sebanyak jutaan kali bagi mendapatkan nombor yang betul tetapi tidak dengan pelbagai software yang mampu memudahkan lagi kerja si penceroboh seperti " brute login " serta banyak lagi software - software yang terdapat di dalam sebaran internet.

Oleh itu , mengunakan kata laluan bernombor adalah berisiko untuk dicerobohi . Mungkin artikel ini tidaklah banyak sangat membantu tetapi mungkin artikel ini juga mampu menyedarkan kita sebelum terkena bukan?

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©