e-Novel : Pengerindu Antara"Bangsa" Episod 1 - 13.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
e-Novel ini sebenarnya adalah berdasarkan hampir kepada kisah sebenar seorang pemuda Sarawak yang jatuh cinta kepada seorang wanita Sabah. e-Novel ini telah dibuat sejak tahun 2006 untuk koleksi e-Diari peribadi pemuda tersebut dan hanya dipersiarkan kepada orang ramai secara rasminya pada tahun 2012 bulan oktober setelah melalui beberapa tapisan dibuat. Bagaimanapun e-Novel ini terbengkalai sehingga Episod ke 13 atas sebab yang masih lagi tidak dapat dipastikan. . .

Selamat Membaca..

Episod 1 : Rutin Harian

“im slim shady and im the real Shady , or you….” Bergema musik daripada pembesar suara di Pusat Internet di tempat dimana aku berkerja , waktu itu menunjukkan pada pukul 9:45 mlm , menandakan waktu berkerja aku semakin hampir tamat .

Waktu itu tidak ramai pelangan yang datang , yang ada pun cuma 2 – 3 org remaja bawah 18thn yang berkeliaran mencari ketenangan di alam maya yang bergitu popular dengan ruang sembang seperti MIRC , ataupun sepertimana ruang sembang yang popular di internet .

“AhhCiuuss!!!” tersentak kejutan daripada seorang budak yg bersin mungkin akibat kesejukan dibawa suhu 20 bawah selsius aircond .

Sambil memerhati kearah jam tangan yang semakin dekat pukul 10mlm , aku meneruskan tugasku seperti biasa.

Seperti sudah diarahkan, para pelangan mulai berhenti menatap skrin komputer dan berlakulah sistem pembayaran perkhidmatan yang telah diberikan .

Bergitulah rutin harian sebagai seorang penjaga di sebuah Pusat Internet.

“apakah masa depan aku nanti , adakah aku akan menyara hidupku seperti ini” bicara aku sendirian sambil menutup dan mengunci pintu utama kerana aku akan bercuti selama 1 minggu , sambil berkata dalam hati “apakah perubahan yg berlaku di kampung, tambahan sudah setahun tak balik” .

“woi!! Awal tutup jacky?, kurang r lalu nn tuk” sapa kawanku yang melepak di sebelah kedai.

*R merujuk kepada sejenis minuman beralkohol

“Ala biaselah sok aku nak balik Sarawak hahaha,aku tau kau xdpt balikkan” jawapku sambil mengeluarkan rokok sebatang.


Episod 2 : Pertemuan

"hurmm lama lagi flight saya." keluhan aku , selepas membayar RM50 sebagai ganjaran kepada Pak Uda kerana kesangupan menghantar aku ke Terminal Lapangan Terbang LCCT . Tapi awal sangat , bayangkan jadual penerbangan aku ialah pada pukul 11 pagi tapi waktu sekarang pukul 6.30 pagi .

Nasib saya agak baik pada waktu itu keadaan di LCCT masih lengang dan tanpa berlengah aku terus ke arah MC D. masa itu aku belum sarapan lagi apatah lagi menunggu beberapa jam lagi untuk penerbangan ke Sibu .

"yum... sedap gak burger nih" kataku sambil sebelah tangan aku memegang air mineral yang baru sahaja dibeli .

Seperti rutin harian seorang perokok selepas sahaja makan aku terus menyeluk saku yang menempatkan rokok aku.

"aih mana rokok aku, tadi ada emm.. mesti tertinggal ni" luahku dengan perasaan geram .

Terpaksalah aku ke kaunter yang menempatkan dua wanita comel dan dengan selamber aku bersuara "ambik winston merah 18 satu kay" soalku kepada perempuan tersebut .

"Tut tut " Bunyi msj daripada telefon bimbitku.
"Dini nuan diatu" bicara msj yang berbahasa iban tersebut .

Aku mengendahkan buat seketika kerana pandangan aku terpaku sejenak kepada beberapa Pramugari Air Asia melintas di hadapan ku .

"Bang, semua RM10" hilang dari khayalan seketika apabila gadis kaunter pembayaran menegur aku.

Selepas membayar aku terus keluar dari situ .

Sambil membuka kotak rokok aku fikiran aku asyik terbayangkan kampung halaman tidak sabar rasanya ingin cepat sampai harini 29/6 esok 30/6 perkahwinan kakak aku , macamana rupanya abg ipar aku.

Sebaik selesai menghabiskan sebatang rokok waktu itu pukul 8.30 pagi , masih ada 3 jam lagi.

"em.. lebih baik aku cari port tidur kejap" kataku , aku menuju ke arah tepi yang menempatkan kerusi panjang di bahagian LCCT dan terus membaringkan badan dan beg aku dijadikan bantal.

"hai , balik mana?" sapa seorang gadis yang ku rasakan seperti orang Sabah .
"ahh... kacau nak tidur, tapi xper gak comel gak awek ni , layan je lah" bicaraku sendiri didalam hati .

"Balik Sarawak , tapi Flight awal lagi pukul 11 pagi" balasku .
"Sa mau balik Sabah bah , sambut Kaamatan" bicara gadis itu .

"ooooo orang sabah , Seorang ja? nama sa Heaven" balasku kembali dengan nama samaran sambil memerhatikan wajah ayu gadis Sabah itu .

"Nama sa Alice" balas Gadis itu .

Apa lagi tidurku pun tak jadi , kami rancak berbual tidakku sangka Alice bergitu peramah orangnya.

Tidak ku sangka kami dah berbual berjam - jam lamanya.

Waktu sekarang dah dekat 10.15 pagi , waktu sesuai untuk ku cek in masuk kerana dalam beberapa minit lagi adalah pernerbangan aku .

"bah sa mau pergi sudah ni , emmm ko ada nombor handphone tak" soalku kepada Alice , aku tak nak perkenalan hanya di LCCT sahaja .

"ada , 0138627282 bah kalo ko ada masa , call sa k" balas Alice dengan pernuh keayuan , sesiapa sahaja melihat muka Alice tentu akan jatuh cinta pandang pertama .

"Ok , bha sa pergi bye , jumpa lagi" kataku .

"Bye , Call sa k" kata Alice sambil memberi isyarat menyuruh telefon .


Episod 3 : Sibu, Sarawak.

Tersenyum seketika terbayangkan wajah Pramugari tersebut .

"Cik, mana - mana boleh duduk tak?"keluar pertanyaan daripada aku dengan penuh keraguan , manakan tidak ini kali pertama aku menaiki Air Asia .

"Boleh" jawap Pramugari tersebut yang rupa seiras dengan awek lama aku dulu iaitu Fasha Shada .

Tanpa berlengah aku terus duduk dan mengeluarkan buku yang baru sahaja diberi di Lapangan LCCT sebentar tadi . Dalam keasyikkan membaca tiba - tiba fikiran aku melayang jauh hingga ke rumah sewa aku di Seremban .

"hemm, siapa yang jaga ikan emas" rugutku sendirian .

"Sila pastikan semua peralatan .............." Khayalan aku hilang apabila gemaan di setiap ruangan penumpang dengan bunyi speaker arahan daripada krew - krew kabin Air Asia . Cantik juga Pramugari Air Asia seksi pula tu , itulah pandangan setiap lelaki apabila menaiki Air Asia . Lima minit kemudian Pesawat AK5610 akan berlepas ke SBW , kepenatan seharian menunggu di LCCT menyebabkan aku tertidur.

Setibanya di Sibu, Sarawak

"Encik , Bangun dah sampai Sibu " sapa salah seorang pramugari tersebut.

Bangunku sambil mengosok mata dan memandang ke kiri dan ke kanan , seorang pramugari sempat mencuri tumpuan ku. "Fuh! Seksinye nampak plak tu" bicaraku dalam hati .

Mesti korang tau apa yang aku nampak. Kepenatan seharian dalam penjalanan mula tidak dirasakan apabila menlihat wajah kedua ibubapaku yang menunggu di luar balai ketibaan lapangan terbang Sibu.

"Apoo nama nuan kurus mai diatu" soalan pertama daripada ibuku dalam bahasa Iban.

"nadai , enda cukup belanja meh tuk" Balasku sambil memeluk kedua ibubapaku.

"Aram jampat agik madik nuan kawin pagilak , ka berumban tuk" bagitau ayah ku .

"Aram meh" balasku .

Setibanya aku dirumah di Sibu , aku ingin melenakan mata buat seketika tapi hati ku , fikiran ku asyik terkenangkan gadis yangku jumpa di LCCT pagi tadi.

"Dedek, ambik hp aku ba atas TV diak" jeritku kepada adik ku .

" ooOOOO ambik kendirik ah" balas adik ku dengar suara yang agak kasar sikit.

Dengan malasnya aku berjalan tetapi kerana Gadis yang bernama "Alice" aku sangup berkorban , dengan cepat ku mencuba call nombor yang diberi .

"tuttttttt tutttttt"ah, hampa sekali tidak dijawap.

Dengan rasa yang teramat hampa sekali aku terus menghantar msj kepada kawan rapatku iaitu Ramos .

"Pok , dini kitak, aku dah datai Sibu . Kituk ngirup kitai lama nda bertemu" Sms yang ku hantar kepada kawanku. Jam pula menunjukkan pada tepat pukul 7.30 petang.

"Brommmm brommmm , Oii ebi tuk kami ka gabas bubu kitak" jerit gurauan daripada kawanku dan aku mengenai suara itu.

" o Ramos , niki " pelawaku naik ke rumah.

Teringat kisah kawan aku iaitu Ramos semasa ponteng sekolah dahulu. "Ngirup kitai sampai pagi , pasang lagu Poco - poco diak ka bertanda tuk" soal ramos meminta memainkan lagu Poco - poco . wah, lagu Poco - poco yang popular Tahun ini dulu Aselehe. hahhaa.. .

"ebi, Bisi orang call " Jerit adikku dari arah dapur. Siapa yang call aku .

"Hello Siapa ni"? Soal aku.

"ala awak ni nda kenal sa lagi , sumandak tamparuli bah ni , maaf tadi hp off Charge Bateri .

"buat apa sekarang dah sampai Tamparuli?" soalku kembali.

"bah sudah"jawapnya.

"Ok , lah nanti Jam 1pagi i call Alice k.boleh?" tertiba soalan bergitu terkeluar dari suaraku , atau mungkin aku dah pening sikit .

"bah bulih bah kalau ko. ok lah bye" . Alice Call aku , mcm tak percaya pula ada Sumandak sangup call aku..

Episod 4 : SMS

"akaidai... Pedis mai kepala!!! " tu lah sapa suruh minum banyak semalam , marahku sendiri .. hinga tak perasan pula dah pukul 11pagi .

Mana tak nyer semalam minum bukan main banyak , Ngirup Tuak , langkau putih tabas perut babi campur enggau nenas , perhhhh~ yamai y. Ku gagahi jua bangun mandi pada masa yang sama juga kepalaku terasa amat sakit .

Selesai mandi ku terus ke dapur untuk minum tekak terasa amat kering sekali .

"bendar amai nn ngirup kemarik yau bertanda kitak ney" sapa emak aku dari belakang .

Tanpa mengendahkan sapaan emak aku, aku terus mencari handset .

"Mak bisi meda talipaun aku ?" tanya ku .
"Din ba baruh katil" jawap mak aku.

Terusku ambik telefon bimbit , alamak banyaknya misscall dan sms . Ku buka SMS erk , dari Sumandak sabah yang ku jumpa di terminal LCCT lah , ku baca sms

"bha mana ko , lama sa tunggu sms dari ko . sa call pun nda jawap yalah ko hinsum mana boleh kawan sama sa kan..." bunyi sms tersebut .

Aku pun terus membalas sms "sori bha , sa nda sengaja . mabuk sa semalam aramaiti banyak sangat" .

"makai agik umbas sms sms" tegur mak aku.

Wah... banyak nyer lauk.. ada kasam babi , kasam ensabi , daun cangkuk dan lain lain . Apalagi aku terus makan siap dua pingan sekali wawawa.. sedap oooOO .. tiba - tiba ayahku menlontarkan persoalan.

"Sapa indu ari sabah call nuan kemari maia aku yaut ia madah kaban nuan?" soalan dari ayahku . Erkk... habislah.. camner aku nak jawap.

"oo kaban aku nyak apai , indu dara menua Sabah bajik umbas ia gak" balasku dengan selumber yaya je.. cepat - cepat aku menghabiskan makanan kalau tak alamatnya sepuluh soalan nak kena aku jawap.

Kenyangnyer..

Terusku buka TV dan baring sambil menahan kekenyangan tahap level 10 Dragon Ball . em... rase macam nak sms je dengan Sumandak tu..

"I alice ko dah makan sudah?"

"tutuututu" bunyi sms dan terusku buka

"dah , ermm bolih sa tanya kamu satu soalan? ko ada Gf ke?" soalan cepu emas .

Aku kebingungan serba salah hendak membalas sms dia, nak mengaku aku ini ada kekasih tapi aku ini pengalaman bercinta pun tak pernah .

"ooooooiiiiiiiiiiiii EBIiiiiii ni nuan?Ngintik kitai aram" Jerit kawan aku dari luar.

"oi tuk aku" balasku.

Jeritan tersebut membuatkan aku berhenti daripada khayalan . Kami pun pergi memancing di anak sungai... aderke ikan ? hahaa...Best juga mancing kat sini lama dah tak jenguk tempat ni..

"ni indu iban bebajik ditu?" tanya ku kepada Ramos kawan sekolah ku dulu .

"nadai temu tuju diatu.. dah kawin mangang" balasnya.


Episod 5 : Habis Gawai Dayak

Tinggal dua hari lagi aku dirumah panjang ,cuti aku dah nak habis lusa kena balik K.L . Terasa  malas pula nak balik sana, yerlah kampung sendiri.

"semua utai udah simpan aku tadi , sikda lauk kasam nuan" mak saya berkata.

"auk meh indai , cukup nyak nyakung bala kaban aku ba din , tuak mai 3 butul auk" balasku.

Sambil baring di kerusi panjang aku membelek handsetku.

"kenapa dia tak SMS aku?" keluhku sendiri .

Mungkin dia masih sibuk rasanya ,tinggal dua hari lagi aku disini masa ini aku habiskan untuk borak-borak dengan keluarga aku.
.
"ebie, ngulam kak nuan?,ngulam buah timun kitai" kakakku mencadangkan idea.

"tau gak, aku lama nda ngulam beri pedas - pedas " jawapku.

Aku pun terus call kawan kawanku mengajak mereka join sekali.

"ebie sapa indu kok apai lebuh maia kitai makai kemarik?" soal kakakku sambil memotong timun .

"erk .. ooo indu sabah temu aku ba LCCT , semina kabannya" jawapku terputus - putus .

"Girlfriend ianyak!!" jerit adik perempuanku .

Ciss menyibuk je dia ni.

"aram kitai bertanda , aram...." bunyi telefon bimbitku .

Lantas aku berlari ke ruang tamu mendapatkan telefon bimbitku .

"heloo bha napa ko nda sms sa. sa balik KL lusa ni " suara daripada Alice .

"uiina sa ada sms ko bah , ko nda reply " balasku kembali dengan menafikan .

Perbualan kami dekat 30minit lama . Patutlah dia tak SMS aku , Sms yang aku hantar pending je sebab tak ada Kerdit hehehe...gelakku sendiri. Fikirkan balik dia balik lusa tak kan kebetulan pula.

"oiii ebie aram ngulam dah siap gaga aku " jerit kakak aku dari dapur .

"au au " balasku.
.
Pagi yang mengharukan , pagi ini flight aku akan bertolak pukul 11pagi dari SBW ke KL . Semua telah bersiap untuk menghantar aku ke Lapangan terbang Sibu . Selesai barang dipungah masuk ke kereta kami pun bertolak , dalam masa tidak kurang 20minit kami pun sampai di Lapangan Terbang Sibu .

"nuan anang maio macam ba menua orang , kerja berbadas anang ngaga ulah nda menuku din" nasihat daripada ayahku.

"au meh apai " jawapku .

Kami semua berpelukan . Aku pun melambai tangan ke arah keluargaku berat rasa nak meninggalkan tapi apakah dayaku .

Mencari tempat duduk di dalam kapal terbang tidaklah memeningkan jika anda menaiki Mas Airlines Kerana tempat duduk memang telah disediakan mengikut di ticket anda.

Tempat duduk ku kali ini di tepi tingkap , Ku memandang ke luar terharu rasanya . Sambil menyandarkan badan di Kerusi Sofa empuk aku memandang Pramugari Mas Airline dengan senyuman yang menawan. Dulu cita - citaku nak jadi Pramugara tapi belum sampai lagi .

"Penerbangan akan bertolak dalam 15minit lagi , para penumpang sila pakaikan tali pinggang keselamatan anda" suara dari speaker pesawat. Seperti kebiasaan aku, bila dah kat dalam kapal terbang aku tidur , penerbangan mengambil masa 1 jam 45minit untuk sampai ke KLIA .


Episod 6 : I Love You yang keramat.

Setibanya di lapangan terbang KLIA aku masih lagi terpinga - pinga dengan keadaan yang dipenuhi memori indah tatkala di Sarawak.  Berasa berat hendak meningalkan kampung halaman , tapi apakah dayaku.  Mencari Ilmu untuk Masa depan adalah diperlukan dahulu.

"tutt tuttt tutt" sms berbunyi . Ku buka dan baca .

"sa sudah sampai dah.. tengah tunggu beg ja ni , ko dimana".

Keriangan dihati tidak dapat diungkapkan lagi , setelah berpisah pada jarak , waktu . Perjumpaan dahulu di KLIA juga mengamit rasa yang lain sekali ku rasa, masa itu waktu berkenalan tidaklah sampai 2-3jam... tapi ... emm... memang cinta itu indah sekali jika dihayati.

"jacky!"Jeritan kedengaran dari arah belakangku.

Wah, comel dan cantik apa komen saudara saudari yang membaca blog ini. Ia bukan imanginasi semata-mata , tapi telah dilalui oleh insan seperti ku..

"ko dah makan, sa laparni" tanya ku kepada Alice.

"belum jum gi makan kejap nanti ambik teksi" Balasnya.

Kami berdua pun menjalan mencari restoran makanan segera Mc.D di Sekitar KLIA. Kami hanya memilih untuk membungkus makanan disebabkan tiada tempat duduk. Sambil berjalan aku asyik berfikir "bilalah i nak bagitau yang sememangnya aku telah jatuh hati dekatnya... tapi aku xtau mcamana nak mulakan" fikirku sejenak .

"jom makan kat sana sambil tunggu teksi" kata Alice . aku pun ikut saja..

Sambil makan Burger yang di beli tadi aku curi-curi pandang ke arah wajah Alice, em ... membuatkan hatiku semakin berdebar-debar bilakan masa yang sesuai untukku menyampaikan hasrat yang telah lama tersimpan di lubuk hati ini.

Akhir nya aku mengambil keputusan untuk meluahkan sekarang , ya Sekarang! juga aku akan meluahkan ungkapan "i love u" , tiga perkataan yang cukup Keramat sekali.

"Alice.. em.. i ...i .... iii ...." kataku sambil tersangkut2 .

"i apa?" balas Alice.

"em... ii ii em xpala lah lupa sudah hehehe tu teksi sudah datang" jawapku

Ah.. kenapa begitu sukar sekali untuk meluahkan cinta, lupakan sejenak dan kami masuk ke dalam Teksi .. ku tatap wajah Alice yang kepenatan.. sambil tertidur dan bersandar di bahu aku.


Episod 7: Ungkapan Terungkap?

Pada tepat pukul 7 petang kami tiba di destinasi Iaitu Serdang , Selangor .

"Alice , bangun dah sampai bah ni" kataku sambil memgerakkan Alice yang sedang lena tidur di bahuku.

Selesai membayar tambang sebanyak RM70 dari KLIA ke Serdang , Selangor kami terus berjalan ke arah Restoran Kassim untuk menikmati makanan kerana kepenatan seharian.

"Lepas makan ni ko pegi mana?" soal ku kepada Alice .

"Kejap , i dah janji dengan kawan i bah. pukul 8pm dia sampai sini ambik sa" balas nya sambil sms. Nampaknya aku kena lah berpisah lagi dengan dia.. tapi tak apa lain hari boleh jumpa lagi.

"Ko pula?" tanya Alice .

"sa pula kena ambik bas , dalam 15minit baru sampai rumah" jawapku sambil mengacau milo ais.

Agaknya apakah pandangan Alice terhadapku, haritu tak sempat pula menyatakan 3 ayat keramat , tak kan nak try kat kedai mamak ni ucapkan ungkapan I Love You . fuh~ susahnya.

Adakah dia sepertiku jua ?, menyimpan hasrat yang sama?. semua itu persoalan yang belum dijawap.

"er.... ko ada bf?" tanyaku sambil segan - segan .

"napa ko tanya?, ko mau jadi BF sa kah?" balasnya dengan selamber yaya..

Erk hampir tertelan tulang ayam yang aku nikmati sebentar tadi apabila mendengar jawapan seperti itu.

"nda lah manatau , skrang sa tgh dating sama ko di kedai mamak ni, takut - takut bf ko nampak bah" balas ku sambil kebingungan samada jawapan aku ni betul atau tak.

"ahhhhhh kenyangnye...." rasa macam tak nak bangun je dari kerusi.

Sambil memandang Alice yang sentiasa sibuk SMS , entah dengan sapa dia SMS . Tiba - tiba............

"i Alice lama sudah ko tungu saya" sapa seorang lelaki berjaket hitam .

ahhhhh ini lah yang membuatkan aku terasa tercabar.

"nda lah lama sangat"jawap Alice dengan manja ke arah lelaki yang tidak ku kenali itu.

"kenalkan kawan sa Jacky yang sa sms sama ko dulu tu bha.. yang jumpa di LCCT" bagitau Alice. Lelaki itu memperkenalkan dirinya Sham .

Selesai bersalaman kami berborak. Tapi diaorang macam tak nampak aku je time borak. HUh~ .

"bha dah lewatni" Sham berkata .

"Ko nda balik lagi"sapa Sham sekali lagi ke arah aku.

Cis macam menghalau ja dia nih. aku lepang kang~ baru tau.

"sa dengan Sham nak balik, Sham antar sa balik nanti2 mlm sikit sa sms ko k" beritahu Alice kepadaku.

"Ok xperlah kalau i penat mana tau tertidur". Selesai membayar Makanan Alice Dengan Sham pun bertolak dengan Kereta Camrynya.

"ahhh menunjuklah tu. mentang aku jalan kaki je." marahku sendirian.


Episod 8 : Kasam Janik .

"tok tok tok " em kenapa x ada orang je ni? mana member rumah aku ni? hampeh betul ada ke xder.

"kejappp Kejappp , sapa tu"

Aper punye kawan suara aku pun xkenal , ni mesti buat projek kat rumah , mentang - mentang aku tak ada. "akulah hitrik roshan , farid kamil , dll" gurau ku .

"ceh perasan nak mampus konon " balas kawanku . Ko balik apsal x bagitau? kalau ko bagi tau awal - awal boleh lah i belikan makanan . Yerlah tu makanan ape.. ko apsal lambat bukan pintu ni mesti ada benda sebalik pintu nih.

"ko ade bawa Kasam janik ke? " soal Eric . Kejap lah aku penat ni , dahlah awek tadi melepas . Aku terus ke dapur meletakkan barang yang dibawa dari Sarawak dan terus menuju ke bilik merebahkan diri di atas katil ku..

"ahhh sedapnye baring.. penat betul harini " apalah si Alice buat sekarang dgn si Sham , Cis potong trip langsung . Aku terus mencapai Hp dan Terus SMS Alice .

"i sa sudah sampai rumah , ko dimana sekarang?"taipku .

"Oiiii Jacky ko lapar x , aku lapar ni nak masak apa mlm ni" jerit Eric dari arah dapur. Ah... mengangu je , bile aku nak senang ada je ganguan huh~ .

"Ko masaklah apa-apa " balasku. Kenapa ALice tak balas - balas SMS i ni, ni yang malas ni. Malas untuk memikirkan lagi , i terus ke ruang tamu On kan TV , layan TV lagi best. TV pun xbestlah pula... emm... ahak.. Ada VCD 7 Perhentian ha.. best juga citer ni...


Bab 9: Pagi yang malang

"Suasana nan indah dimalam hari , langit terang diterangi bintang
malam , tiupan angin malam sedikit sebanyak mendirikan bulu romaku.
Sambil merokok di beradah aku mengelamun jauh kepada detik – detik
indah bersama seorang wanita yang tidak pernah kusangka telahpun
memberi impak yang cukup besar ke dalam kehidupanku."

Terusku menglangkah ke kamar beraduku, sambil membayangi nasib masa depanku dan masih tergiang – giang bermain di minda siapakah Sham yang bersama Alice sewaktu kami makan bersama di sebuah restoran mamak berdekatan dengan stesen Komuter serdang. .

“ahh tidur lagi best“ bisik hatiku ini.

“Bro rokok sebatang" sergah eric di depan pintu.

ahhh mengangu betullah mamat poyoni.

"nah ko ambik sendiri kat atas tv tu, ada 2 batang lagi tinggal kot" jawapku dengan nada malas.

"Bro lupe nak kasitau , tadi time ko mandi ada awek call pastu aku jawaplah dia cakap dia cari ko " ucap eric sambil menghembuskan asap rokok .

"lerr awat ko xbagitau aku.." jawapku kecewa. " aku tengok ko penat tadi tu lah malas pastu aku lupe plak.. tapi i lupe tanya sapa nama" kata eric.

"huh siapakah ngerangan awek tu" bisik hatiku. Lantas aku bangun dan mengambil telefon bimbitku yang diletakkan diruang tamu , aku tekan butang Misscall , tetera nama carolyn . " emm ingatkan Alice yang call rupa - rupanya minah Carolyn ni, apa dia nak lagi kat aku. Semua dah tamat antara dia dan aku" kataku seorang diri.

"huarrrrggggggg" jam menunjukkan pukul 10 pagi . Terusku bangkit dari tidur dan terus ke kamar mandi. Ini merupakan hari pertama setelah aku sampai di serdang. Harini planning ingin jalan - jalan di sekitar petaling street sebab aku memang dah M sangat dengan satu kasut sejak bulan lepas lagi.

"alamak , potong stim betullah mamatni , hoii.. eric cepatlah mandi aku dah lambatni" jeritku sambil mengetuk pintu bilik mandi."Jappp bro, perut aku memulaslah semalam makan magge" balas eric.

Terusku capai kotak rokokku yang masih mengandungi 2 batang rokok, ku bakar dan sedup sedalam - dalamnya sambil bermain dengan asap rokok yang dibentuk seperti huruf O .

"tutttt tutt ututttt" bunyi sms .

Terusku berlari ke dalam bilik dan membuka sms tersebut .

" hai awak, xkan xnak sms i lagi, i tau semua salah i , i minta maaf ok ,i janji i xkan buat u marah lagi , i rindu sesangat kat u b " sms dari perempuan yang pernah menghancurkan harapan ku dahulu iaitu Carolyn , perempuan sial , i ingatkan Alice yang sms , tanpa berlengah aku terus membalas sms tersebut dengan " maaf carolyn , i bukan b yang u fikirkan dahulu . i xmacam dulu . sila lupkan i ok" hah biar dia sedar bahawa aku ada harga diri lagi , ingat aku ni jenis yang senang dipermainkan.

"Brooo ko dah siap mandi ka!!" jeritku . "5 minit wait k " balas eric.

"wahhh ramainya orang kat mines shopping fair ni" ujarku kepada eric . Eric tanpa mengendahkanku dan terus ke arah SongBOx sambil membayar rm10 di kaunter .

"Jacky, 10 lagu tadi, ko pilih 5 aku 5 ." kata eric sambil membelek2 buku lagu .

"aku mencintaimuuu lebih dari ~.........."nyanyianku.

Jam menunjukkan pukul 2 petang tanpa disedari sambil melalak bak artis akademi fantasia di dalam songBox perlu pula menyanyikan lagu keroncong. Kami pun beredar dari Songbox dan terus ke arah Food Court .

"uii bisi bajik indu iban maia nuan pulai empai lama " ujar eric dalam bahasa iban.

"bisi a.. semadi jayau batu bulan enda ditan aku, enti enda kada enda lekat 2 iko "gurauku . "tuuuutttuuutuutuut" sms berbunyi .

"hai, buatpa? sa baru ja lepas masak , ko dah makan" sms Alice. Cepat - cepat aku balas " sa tengah makan lah ni dengan Eric di Mines " balasku .


Episod 10 : Khayalan Menjelma

Sedang aku asyik memerhatikan permandangan sekitar Mines shopping Complex, aku mula mengingatkan kembali detik bersama kawan seperjuangan semasa masih menuntut dahulu , disinilah kami menghabiskan masa cuti’.

“Bro , lepas ni nak gi mana?,aku kalau dah kenyang rasa nak tengok wayang”. Sergah Eric. Amboiiii, mentang- mentanglah aku baru balik kampong, dia ingat aku bawa balik duit berjuta – juta ke.

“eh.. nak gi mana lagi, gi mampuslah hahahah” ujarku. Selesai sahaja makan kami pun beredar .

Gelagat manusia memang macam – macam, aku suka melihat karenah – karenah anak muda sewaktu belasan tahun , mempunyai style yang berbagai – bagai , bayangkan sekumpulan anak muda berpakaian hitam ditambah pula neck – tai merah menyala, macam ada orang meninggal pula dan tidak ketinggalan pula gelagat yang perempuan , macam macam ada. Sedang asyik berjalai di sekitar mines aku terlihat sebuat kedai “Kenny Rogers” ….

“ala , u nak makan apa?, cakap lah jangan malu2” soalku kepada Carolyn.

Gadis yang pernah ku cintai suatu ketika dahulu , waktu itu sungguh romantic, ah! Itu romantic buatan bukannya ikhlas . Masa itu bercinta bagai nak rak tapi sekarang ia hanya sebuah kisah klasik dan juga menjadi pengajaran bagiku bahawa cinta yang sejati bukan lahir dari luaran seseorang malah kita perlu menilai dari segi dalaman .

“biarlah semua kenangan aku bersama Carolyn hanya tersimpan rapi dalam sebuah memori cip” bisikku. Tapi kemunculan sms bersiri yang dilemparkan oleh Carolyn benar – benar mencabar aku , tapi bagaimana pula Alice, isk, aku sendiri masih lagi dibelenggu bayangan tersendiri , Carol gadis yang ku kenali setahun lepas, indah pada khabar tapi dibelakang… dan Alice, gadis yang baru beberapa minggu ku kenali , cukup ayu tapi adakah sangat terlalu awal untuk aku mengucapkan kata cinta, berberapa siri kesempatan ingin ku luahkan tapi tidak berhasil.

“oiii, ni apsal mengelamun disiang hari , nak kata tak tidur bangun tadi lewat plak” sergah Eric dari belakang.

“Astaga", kalau yek pun biarlah aku habis dalam lamunan sekejap , ni tak , setiap kali aku nak syiok berkhayal mesti ada ko . Ko mana tau aku tengah imagine borak dengan Fasha Sandha” . ujarku

Aku dengan eric beredar dan keluar dari sesakkan manusia di dalam Mines Shopping Complex serdang, Selangor.

“huh.. baru lega sikit… Ericc!! Cepatlah, tegede – gedek macam penguin , tu ha abe teksi sampai” .

“Nak gi mana” soal Abe teksi .

“Pangsapuri Kenari , naik atas , U- turn balakong taming jaya , pastu dekat dengan sekolah baru tu.. ada Flat.. situ je lah…” jawap ku .

Aku menjenguk ke luar tingkap dan melihat disatu penjuru hentian bas ..

“kalau i balik dari U.K nanti u macamana?” soal Carolyn .

“I , I akan tetap setia menunggumu Carol” . balasku sambil melihat mata Carol dengan pernuh makna , tapi di hati ini memang tidak mahu merelakan walaupun sedetik perpisahan antara aku dan Carol .

“jalan ni ke dik” soal pemandu teksi . “aduh, aku mengelamun lagi rupanya” “ ya bang, jalan terus kejap lagi Nampak sign board sekolah u belok kanan” balasku jadi pemandu arah.


Episod 11 : Online Sekarang

“Aduiiiiiyaiii penatnyer… xsangka ramai pula org di Mines , kalau aku tau malas nak jalan harini..” . ujarku sendiri . Ku lihat kearah jam dinding , alamak dah pukul 6petang pula , seperti ada sesuatu yang membuatkan aku resah nak baring pun tak dapat puasku cuba fikirkan apa yang membuatkan aku bingung adakah…..

“oiiiiii Jacky, ko ingat aku ni orang gaji ko ker, ni ha.. baju ko berlambak ba mesin basuh diak. Huh! “ jerit Eric dari bilik air.

Ler…. Patutlah aku rasa lain semacam je, nak baring pun tak senang apalagi nak tidur petang pun tak dapat , rupanya baju aku belum dicuci lagi . hahaha..

“ok bro, hahah enda ingat aku tadi, mandi lok nuan, aku kak nuci gari aku lagik” ujarku kepada eric menyuruhnya mandi dahulu dalam bahasa Iban. .

“….asapai kungai tuchum matkulat manaheiii idonno y what happen……..” ringtone sms aku berbunyi.

Terus ku bangun mencari hpku

“hai, kenapa lama tak sms i?, ko ni dah lupa ko sama sa…"sms dari Alice.

Oh! Alice , wanita dusun dari sabah dan saya pun balas sms tersebut.

 “uinna , manila tau kan ko dah lupa sama sa, sa kan nda hensem macam si Sham ko tu” balas ku.

Akhirnya kami pun saling berbalas sms sehinggalah anak raja aka Eric siap mandi , mandi mengalahkan perempuan huh.

“bah, nanti2 kita sms lagi k, sa mau mandi kajap, baju sa banyak lagi tu belum cuci. Maklumlah bujang.. ihhihi” sms taipku kepada Alice. Terus ku mencapai Tuala mandiku dan mandi sambil menyanyikan lagu “Isabella” . Kenapa Isabella?.

“Akhirnyaaa aku berjaya basuh bajuku dengan begitu cepat sekali , huh, bilalah mesin basuh ni ok” rugutku .

Tangan dah lah lenguh hihi kalau ada awek boleh lah sekali sekala tolong basuhkan . Sedang asyik melihat baju – baju ku yang telah selesai dijemur aku tiba – tiba teringatkan kisah indah dahulu waktu itu kami bergitu mesra sekali bah kan jika tidak seharian bergurau senda memang tak sah bagi kami.

"la.. macamana nak kawin nanti basuh baju I pun xreti , sini I ajarkan cara – cara yang sepatutnya” kataku kepada Carol .

“ala, bukan tak retilah saying ,Cuma tak biasa basuh baju lelaki” balas Carol . Masa itu bergitu indah, dan masa itu juga berlalu bergitu pantas, segala yang dilalui detik – detik romantis Cuma tinggal dalam kenangan terindah.

Ku buka computer dan terus sahaja log in Mirc , Yahoo Messenger , Msn .. haha itu senarai wajib kalau I online, tak lupa pula Blog I belum lagi social network seperti http://ibanborneo.ning.com , http://ibansarawak.ning.com , httttpppp arr banyaknya http . Ini lah sebab aku taksub internet, tapi studies biar ok, “ding!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” bunyi YM aku di Buzz oleh seseorang . apalagi aku layan sebentar .

Lyna hangat: buzzzzz!!!!!!!!
Bungaipengrindu: uiiiiii
Lyna hangat:  hihiihih… busy ke lama xonline..Bungaipengrindu: uiiiiiiLyna hangat:  hihiihih… busy ke lama xonline..Jbuatper…
Bungaipengrindu: busylah sikit2 nih, ni pun baru je sampai sini dari Sarawak.
Lyna hangat: ohh.. ada bawa ole2 xuntuk sayer… ihhiih..
Bungaipengerindu: cit, xder maknernye.. aku spender pun sempat beli jhuahuahuahuaha.
Lyna hangat: hu loya buruk yer xper ada ubi ada batas…
Bungaipengerindu: ihhihi ada ubi ada lauk apalagi ada batas .. hihihihi.. uii I ada kerja jap.
Lyna hangat: emm selalu je macam ni.. ok lah. TC…
Bungaipengrindu: da… di douuu..
Bungaipengrindu: busylah sikit2 nih, ni pun baru je sampai sini dari Sarawak.Lyna hangat: ohh.. ada bawa ole2 xuntuk sayer… ihhiih..Bungaipengerindu: cit, xder maknernye.. aku spender pun sempat beli jhuahuahuahuaha.Lyna hangat: hu loya buruk yer xper ada ubi ada batas… Bungaipengerindu: ihhihi ada ubi ada lauk apalagi ada batas .. hihihihi.. uii I ada kerja jap.Lyna hangat: emm selalu je macam ni.. ok lah. TC… Bungaipengrindu: da… di douuu.. 
Bungaipengrindu appears to be offline and will receive your messages after signing in
Mengangu betullah tak boleh tengok aku aman damai bila nak surf internet nih , rasenye nak kena invisible status baru lah aman sikit ihhihi.. Seterusnya Friendster plak nak buka aku terus log in Fs aku , emm ramai juga yang add comment ni .

“piwitttttt… awekkk wooooo.. indu dini nyak cak” sergah Eric .

“Alamak , ko ni xboleh tunggu time aku privacy, bile nak online ko ade , huuhuhhu.., indu lah nya ukai pundan, ni nuan kak milih aja diak. Hu~ ” balasku .

Kenapa harini terasa sangat boring bila online, selalunya kalau online ada juga topic - topic baru yang akan i discusse dengan member - member cyber i .

"tutttt tuttt" Bunyi Sms .

"hai buatpa ko sana, tadi cakap nak sambung sms bila ko dah habis mandi" sms dari Alice .

Alamak aku terlupa bahawa janji nak sms dengan Alice tadi , cepat - cepat aku reply sms dia.

"ohh, sorry tadi banyak sangat baju nak basuh penat sikit, ni sekarang tengah baring je" balasku , sedangkan aku bukanya baring pun .

"x ada , saja ja sms u, malam ni bosan sangat lah i baru lepas online sekarang tengah download movie Ada apa dengan cinta . lama sgt" sms Alice . Alamak dia tengah online sekarang , dari sms lebih baik aku aja dia online boleh cam 2 cam .

"Online?, i pun tengah online juga sekarang cek email saja. u ada YM x? kalau ada ko add sa Ym id bungaipengrindu " balasku dengan pantas sekali .

"Dia online ke tak ni?, dah add Id aku ke belum .. hurm.. sms aku tadi pun tak dibalas " ujarku.

Ah.. tertiba pula perutku berbunyi heavy metal ala keroncong klasik. oh, tidak aku kelaparan, terus ku ke bilik Eric manatau kot - kot dia rajin nak jadi chef malam ni. Kat bilik pun tak ada, mana pula si Eric ni pergi . . .

"Oi, ko cari aku ke? , aku turun kejap beli topup tadi , nak mesej awek ler.. hihihi" katanya .

"ler , kenapa xbeli topup dari aku, aku kan ada jual topup juga lupeke Web i sms u dulu masa i kat sarawak http://prepaid4u.net/?id=jacky , hah , aku daftar ahli cuma Rm65 seumur hidup " .

Kataku sambil mempremosikan sedikit bisness kecilan aku.

"erk.. sorry i xminat" jawap eric selambe je.

Aku terus ke dapur menyelongkar almari seumpama seekor kucing parsi yang kelaparan mencari makanan.

"Eric , nama dinner tua malam tuk? , domino pizza baru? " kataku kepada eric dalam bahasa Iban.

"no no no way man, makai asi aja lah, haha .. manduk Ayam ok, aku bisi meli perencah ia , tang nuan potong ayam dulu" . Balas Eric.

Dengan perasaan yang hiba aku gagahi juga ke dapur dan memotong Daging Ayam satu persatu dan Eric terus hilang entah kemana sungguh ghaibnya beliau .

fuh~ , habis juga ayam ni aku potong , bawang , dan segala mak nenek perencah Resepi Ayam . Selesai ku basuh , ku terus mencari Eric sekali lagi dan ku jumpe beliau tengah menggunakan computer aku .

"wah seronok nampak , chat dengan sape?" sergahku membuatkan Eric terkejut. 

"erkk!! ni ada awek ni Id Alice dia chat cakap lama tunggu u, so i reply untuk u dulu sambil u habiskan sesi memotong ayam ihhihi" balas Eric .

Bertuah punya kawan huhu. .. cepat-cepat aku ambil alih tempat Eric dan melihat paparan di skrin aduhai.. Eric siap straight to the ampang point ayat die. Alamak ape i nak balas ni. adake patut Eric taip cakap nak ajak keluar esok , aduhh!!! .
Alice: So u setuju tak keluar besok? , u janji nak belanje i Kfc then tengok wayang..
bungaipengrindu: ler aperlah sangat kfc tu. Bapak Kfc pun i sangup belanje u.. ihihi
Alice: So esok pukul 4pm kite jumpe u kat dataran mederka bulih?
bungaipengrindu: bulih bha kalo ko...
bungaipengrindu: ler aperlah sangat kfc tu. Bapak Kfc pun i sangup belanje u.. ihihiAlice: So esok pukul 4pm kite jumpe u kat dataran mederka bulih?bungaipengrindu: bulih bha kalo ko...
Alice: oklah, janji apa2 esok sa call ko ok, i dah nak log out ni. tc GBU. 
Alice appears to be offline and will receive your messages after signing in

Kenapalah Eric tak bagitau aku.." Ericc!!! where are uu babeh!" jeritku.. bertuah sangat - sangat lah aku ada kawan macam dia.


Episod 12 : Date aku yang pertama kali .

"alamak macamana ni, baju ape nak pakai untuk 1st date aku nih" rugutku sendiri .

Sehinggakan habis satu almari aku selokar untuk mencari baju yang bersesuaian sempena perjumpaan dengan sumandak dari Sabah , ini semua Eric punye pasal tak kena2 aku pula yang binggung atau.... adakah aku perlu memberitahu dan mengatakan bahaya 1st Date ini sebenarnya batal kerana bukan aku yang merancang? atau aku teruskan juga perjumpaan ini mungkin ada khimah di sebalik kejadian ketidak terancangan yang dibuat oleh Eric . huh~ betuah punya kawan.

1st date mesti kena rancang betul - betul , tempat dan waktu , kalau boleh nak yang suasana romantik , xkan nak kedai mamak kot . Tapi , dia nak 1st date buat kat KFC? , biar betul . Ape punye Eric , kenape lah xcakap kat Tepi Pantai ke atau kedai warung ha.. save sikit budget aku .

Keesokkan hari.
Sejurus bangun dari tidur aku melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul 2pm , sudah jadi kebiasaan bagiku bangun selepas tengahari apabila tiada aktiviti lagipun semalam lewat pula tidur , yelah mengemaskini blog aku dan yang sewaktu dengannya.

"oii, amacam date ko , jadi ke tak?" soal Eric . Date ape plak? alamak , baru aku teringat bahawa aku ada date pukul 3 petang ni dengan sumandak , eisehmen . Terusku berlari ke arah ampaian baju jemuran mana tahu kot - kot baju istimewa aku kaler merah dah kering .

"Yes, dah kering pun baju aku, ni lah satu - satunya baju istimewa aku . haha" gelak ku sendiri.

Pukul 2.30 petang

Sempat ke tak ni , isk atau aku masih ragu - ragu untuk berjumpa tapi kali ini biar special sikit .

"Ericccc!!!! disebabkan kau punye pasal apa kata ko beri aku nasihat macamana dan bagaimana?" Soalku .

Tapi kadangkala kawan aku cakap aku ni susah nak ramal entahlah betul ke tidak.

" Ala ko ikutkan petua buku yang i kasi iaitu Bagaimana menawan hati seorang wanita , senang je" . Balas Eric dengan muka selamber. Lerr, nak ikut petua dari buku pula.. "

Eric apa kata ko pinjam kat i rm100 ok, rm100 je... esok ,lusa i bayar lah tanpa cagaran. heheh, lagipun date ni bukan aku nak , ko telah merancang konpirasi secara telus sekali " Pujukku kepada eric .

Akhirnya Eric mengalah dia telah mengeluarkan RM100 kepadaku .

Pukul 3.30pm

Alamak ramainya orang kat Dataran Mederka , aku berjalan keseorangan sambil mataku memandang kesekeliling kawasan ramai nya couple tengah date - date . Sedang asyik memadang keadaan di Dataran Mederka aku terlihat sebuah kedai patung - patung , macam - macam ada , ada teddy bear lah.

Apa kata kalau aku beli 1 untuk Alice , beli teddy bear yang kecil pun cukuplah janji ikhlas, ikhlas ker.. ihhiih ". Aku memilih patung teddy bear yang ada memengang "Love" saiznya tak juga besar dan tak juga kecil aku terus meminta cashier membungkusnya sebijik ala - ala hari Velentine pula .

"ko dimana sudah, sa dalam KFC ni sebelah dataran dekat tmn" sms dari Alice.

Terusku bergegas membalas "ok i dah nak sampai dekat je , i ada surprise.." taipku.

Aku gelisah dan jantungku berdegup kencang umpama persis lagu dap dip dup~ , tak pernah aku merasakan situasi seperti ini , apatah lagi aku menghadiahkan seekor teddy bear yang kecil cuma aku risau apakah tangapan Alice nanti , ahh, biarlah nanti kita tengok respon Alice.

Aku semakin dekat dengan perkarangan KFC yang disebut tadi dan aku merasakan ada naluri atau magnet untuk menarik aku terus menglangkah masuk ke dalam secepat mungkin ,

"jeng jeng jeng" bisiku . Aku melihat Alice dengan pakaian berwarna merah bergitu angun sekali .

"hai, lama tunggu? macam dah planing je kite pakai baju sama." sapaku kepada Alice . "manada lama , bah mau makan apa lapar sudah sa ni " balas Alice sambil melemparkan senyuman yang cukup indah sekali .

Aku kaku sejenak melihat dan dapatku rasakan bahawa mungkin ini waktu sesuai untuk ku mencuba menglafazkan ungkapan 'I LOVE U' yang telah lama inginku ucapkan kepada Alice. " elo, nak makan ke? " kata Alice.

Erk, aku mengelamun lagi aduhai... .

"ok sebelum makan sa mau kasi satu hadiah ok, ni i ada hadiah untuk u sempena 1st date kita " kataku sambil menberikan sebuah kotak kecil yang berisi Teddy Bear tadi.

"oh.. so sweet , thank ." balas Alice.

"Ok sekarang baru boleh makan, u nak makan apa? , i simple je Dinner plate satu" soalku .

"i nak 1 juga Dinner plate , kalau tak habis nanti u tolong i makan boleh?" balasnya .

"Boleh bah kalu ko" balasku kembali .

Indahnya saat itu , umpama sepasang merpati yang sedang asyik bercinta, tanpa ganguan masa itu aku bagaikan berada di alam lain bersama seorang Puteri dihadapanku , kami bergitu mesra sekali walhal saya masih belum mengucapkan "Aku Cinta Padamu" . Ayat agung sejak dari dulu lagi .

Kadang - kadang aku mencuri melihat dan memandang ke arah nya dan melihat riak mukanya , kadang - kadang aku merasakan aku telah menjadi lumpuh setiap kata yang keluar dari mulutnya aku bagaikan terpukau , senyuman , gelak ketawa dan lirikkan matanya. Sempat juga aku bertanya kepada hati ini , adakah aku telah dilamun cinta? atau tidak terlalu pantaskah jika aku membuat keputusan "I LOVE U" padanya. Setiap kali bertentang mata aku akan menjadi kaku .

"dah , dah kalau u jadi Putera katak sa memang nda mau cium ko macam di dalam movie tu" gurau Alice.
"eleh, lepas u cium katak tu u mesti jatuh sinta sama Putera katak " balasku kembali .
Makanan pun habis , masa berlalu bergitu pantas sekali jam juga telah menunjukkan pukul 7 petang .
" Lepas ni kita nak pergi mana ? " soal Alice kepadaku . Aku pun blur nak pergi mana , em aku bukan nya ada duit banyak hiihhi .
"Apa kata kita jalan - jalan sekitar Dataran Mederka sekejap lepas tu sa hantar u balik kat stesen bas depan sana ok" balasku .

Kami pun berjalan seiringan di sekitar Dataran Mederka dan melihat gelagat manusia . Tiba - tiba tak diduga Alice telah memegang tanganku dan kepalanya diletakan di bahuku , aku merasa sedikit rimas mungkin kerana tidak pernah tangan perempuan yang memegang tanganku.
Tapi rasa macam best jer . "best bah keluar sama ko , ko ni luculah, tak bosan sa keluar dengan u " kata Alice. Aku apa lagi kembang kecut hidungku mendengar pujian dari seorang wanita lebih - lebih lagi orang yang aku admire .

"Puji ikhlas ke ni" balas ku . Kami pun saling tak tumpah seperti pasangan yang sedang asyik bercinta dan aku rasa ini lah peluang yang sebaik mungkin untuk ku ucapkan cinta pada Alice . Tapi tidakkah terlalu awal untuk mengucapkan cinta? .

" btw, u kerja apa? " soal Alice .

Lerr dia tak tahu ke aku ni kerja CC je.

" i ni kerja Cyber cafe je jaga cc sambil tunggu convocation i tak lama lagi , i ni manalah kaya sangat yang disangka" balasku .

" ok bah tu, boleh online lama - lama internet pun free , nanti sa datang tempat ko kerja ko kasi sa main free ok" balas Alice.

Kami pun duduk di tepi taman Dataran Mederka dan sambil bercerita mengenai diri masing - masing dan yang bestnya i dapat tahu yang Alice masing single dan mungkin ini peluang bagiku.

Jam pula menunjukkan dan dekat 9 malam , suasana di Dataran Merdeka begitu indah diterangi kelipan dan lampun neon yang berwarna warni . 

"jam dah pukul 9 malam dah , jom hantar i kat stesen bas depan tu boleh x? nanti ada masa kita jumpa lagi ya." kata Alice . 

Aku pun menghantar Alice ke arah stesen bas berdekatan dan menemani menunggu bas tiba. 

"nak sa hantar sampai depan rumah or dalam rumah pun boleh" gurauku kepada Alice . 

"ihhihi, nanti - nanti bah tu, terimah kasih k teman i jalan harini best juga jalan dengan ko and terima kasih pasal hadiah tadi k , tak sabar nak buka" ucap Alice. 

"tak apa , kasih dipertimbangkan, hihihi " gurauku lagi. Tidak lama setelah itu bas pun tiba dan Alice masuk ke dalam bas sambil melambaikan tangan kepadaku dan aku membalas lambaiannya.

"ku menyintaiimu .. lebihhh dariii apapun..." ringtone aku berbunyi dan kulihat Eric pula call huh~ nasib baik ko call lepas habis date. 

"yup , ada aper.. " soalku . 

"meli ke aku nasi ayam , ayam lebih and teh ais limau ok. tapau , lapar tuk " balas Eric menyuruhku tapau makanan . 

" Ok, kelaparan ker...." aku pun bergerak ..

Episod 13 : Carolyn

Sedang dalam perjalanan balik ke rumah , fikiranku berubah sambil membayangkan keinginan suasana lebih romantik dan bukannya Dataran Merdeka dan aku juga masih terfikir - fikir tentang hadiah Teddy Bear yang ku beri tadi , adakah Alice akan menerima? atau sengaja menerima untuk menjaga hati aku atau dengan kata lain iaitu menerima dengan tidak iklhas. "I Love You" kenapa seringkali aku tidak mampu untuk mengucapkan kata itu kepada Alice , mungkin aku sendiri belum bersedia tapi keinginan untuk bercinta lagi masih belum terbuka pada hati ini .

" ah... apa yang aku fikir ni? , makin pelik - pelik pula " bisik hatiku .

" tak ramai juga orang dalam tren malam ni " kataku sendiri . 

Ku merenung jauh ke luar tingkap semakin lama pandanganku semakin kabur . 

" bang , sebelah ada orang tak ? " sapa seorang gadis . " tak ada , kenapa? " balasku , aduh tetiba aku boleh jawap "kenapa? " isk ternyata memang tak nak bagi tempat duduk . 

" tak ada saja tanya sebab nak jual sayur nak bukan kedai kat tempat duduk sebelah you" balas gadis tersebut dengan gimik muka yang sedikit berang . 

" oh, hiihhi.. macam tu , sorry - sorry duduklah " balasku dengan muka malu .

"cik , next stesen apa ? " soalku kebingungan . " next stesen seputeh cik abang , terlelap ke tadi ?. " balas gadis tersebut tanpa memandang saya . 

Muka boleh tahan , pakaian up to date style memang orang bandar dan kaki yang cantik tapi tak sangka pula sudi balas pertanyaan saya , betul cakap orang tua - tua dahulu muka garang tak semestinya melambangkan identiti individu tersebut . 

" oh, seputeh nasib baik belum limpas serdang , cik ni nak kemana tak sangka ingatkan garang tadi , by the way nama i Jacky " . balasku sambil memperkenalkan diri dan mencuba untuk membuka ruang untuk berborak . " nak balik ke UKM.

"ting~~ stesen Mid Valley , stesen Mid Valley" bunyi pengumuman stesen berikutnya . 

Aku tersentak dan terkejut seketika , rupanya aku terlelap tadi , kenapa sejak akhir - akhir ini aku asyik terbayangkan wajah bekas kekasih lamaku dan di dalam KTM inilah pertemuan pertama kali dan kami berkenalan tapi semua itu tiada lagi dan tiada kata seindah dahulu . 

Setibanya di stesen KTM Serdang aku kena pula berjalan kaki sejauh 1 kilomenter untuk sampai ke rumah , penat juga tapi tak terasa sebab dikelilingi pelbagai restoran dan melimpasi Mines Shopping Fair . "Alamak... Eric punya tapau nasi macamana , malasnya aku jalan dekat nak sampai rumah" rugutku sendiri . Terpaksalah aku U-turn balik pergi ke arah Kedai mamak yang terdekat .

"Ericccccccccccc!!! yuhuuuu anybody home ? or somebody? " jeritku di luar pintu rumah . 

" Aku busy ni bukalah pintu sendiri ko kan ada kunci" suara didalam menjerit . Cis, aku ni malas sikit nak buka pintu hiihhi kunci ada so terpaksalah aku mengalah. 

"nak nasi ko" sapa ku kepada Eric . Aku terus membaringkan badan ke atas tilam , badanku kepenatan seharian berjalan bersama Alice dan itu juga merupakan kenangan terindah yang tak akan aku lupakan . 

" Hoi, berangan lagi yerr.. amacam best tak dating2? , ada kiss - kiss ka? hihihiih" soalan Eric yang menyebabkan urat saraf tunjang memori cip kepala aku sedikit terngangu . 

" ko ni Eric , tak boleh tengok aku senang sikit , ni baru mahu menikmati replay memori date tadi " balasku slumber sambil jari ku ligat menaip sms kepada Alice mengatakan bahawa saya sudah sampai di rumah .

Selesai sahaja mandi aku terus terus buka computer dan online dan aku tidak sabar - sabar untuk berchatting dengan Alice tapi dia belum online lagi dan aku merasakan dia memang tak akan online harini entah mengapa , sedang asyik online aku dikejutkan satu BUZZ dari sesorang yang pernah aku kenali iaitu bekas kekasih aku dahulu iaitu Carolyn :

carolyn: BUZZ!!!
carolyn: syg , buatapa? . xreply sms i , jauh lagi kalau call.
bungaipengrindu: syg ? u salah orang kot , kita tak ada apa apa lagi .
carolyn: :( xkan masih marah i, ala i tau u masih ada perasaan kat i lagi kan.
bungaipengrindu: perasaan? atau u yang perasan .
bungaipengrindu: by the word start with E end with D ok .
carolyn: u mean E N D?
bungaipengrindu: yup :| , kenapa u tiba - tiba muncul balik?
carolyn: y? u tak suka i muncul? btw kita sudah janji nak bersama right??
bungaipengrindu: itu dulu , slps itu siapa yang tinggalkan janji? u or i???
carolyn: i tau i salah b, but please maafkan i . ok .
carolyn: ok . u there? .
carolyn: maafkan i ok , i will waiting for u.
carolyn: elor?
carolyn: BUZZ!!!
carolyn: BUZZ!!! 
bungaipengrindu appears to be offline and will receive your messages after signing in
Aku sengaja offkan YM aku dan aku rasakan bagaikan di ekori bayangan Carolyn , ini satu hal lagi , Alice tak lagi online dan aku cuba beranikan diri sms " i , ko dimana lama bha sa tunggu ko di YM, btw u suka tak hadiah i?" sms ku kepada Alice . Aku masih lagi online melayari blog kawanku yang lain sambil menungu sms dari Alice.

Tiba - tiba , " cak , enda puas datingkah? xkan xpuas kot sambung balik dalam YM ka?" sergah Eric dalam bahasa Iban mengusikku sambil mengatakan bahawa adakah aku masih tidak puas lagi dating dan sambung date dalam YM. " Cis , ko ni tak ada kerja lain, cubalah buat apa yang patut aaaa macam masak -masak ka, lipat baju ka " balasku . Nampaknya SMS aku masih tidak dibalas Alice. Atau mungkin Alice busy atau mungkin mengenai hadiah Teaddy Bear aku? atau mungkin aku ada membuat Alice tersinggung semasa date siang tadi ....

- Tamat -
To be continued
Sesiapa yang didapati mencetak dan menyebarkan siri e-NovelPengerindu Antara"Bangsa" atau www.pengerindu.com tanpa kebenarkan terlebih dahulu akan didakwa atas Akta Cetak Rompak dan Hak Persendirian.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©