Kisah Benar yang menyayat hati Cinta Ucok pemuda orang asli dengan Lina si gadis bandar.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Melanjutkan Pelajaran ke Menara Gading adalah merupakan impian setiap anak muda pada zaman sekarang lebih - lebih lagi lagi dengan Ucok ( bukan nama sebenar ) yang merupakan satu - satunya pemuda orang asli daripada suku Temiang dan Ucok juga adalah harapan besar bagi kedua ibubapanya yang telah bersusah payah menjual hasil hutan seperti rotan dan sayur hutan .

Gambar Hiasan
Setelah menghabiskan STPM , Ucok sering ke hutan membantu ibubapanya mencari duit sampingan dan diwaktu malam hanya ditemani cahaya pelita Ucok juga membuat kelas tuisyen tanpa bayaran kepada anak - anak orang asli di kampungnya .

Pada suatu hari , Ucok menerima satu surat tawaran untuk menyambung pelajaran ke sebuah institusi yang terkenal di Kuala Lumpur . Berita tersebut cukup mengembirakan Ucok dan seluruh rakan - rakan Ucok disitu tetapi apa yang merisaukan Ucok adalah masalah kewangan untuk menampung pembelajarannya di sana kelak .

Tidak disangka - sangka seluruh masyarakat kampungnya menyumbangkan pelbagai sokongan termasuklah duit simpanan mereka sendiri dan ada juga memberi beras serta sebahagian keperluan untuk Ucok , ini kerana Ucok adalah seperti seorang Wira Orang Asli yang akan meneruskan pengajian di Kota dengan harapan Suatu hari nanti Ucok akan memartabatkan Hak serta melindungi Orang Asli sepertinya.

Sampainya di Kuala Lumpur dan setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar baru , Ucok merasa kini dia menangung bebanan yang cukup besar sekali untuk kaumnya. Setelah mengharungi semester pertama dengan keputusan yang cukup membanggakan Ucok semakin pernuh yakin untuk meneruskan sehingga ke tamat pengajian. 

Sudah menjadi Lumrah hidup manusia dimana perasaan cinta akan wujud, Lina ( bukan nama sebenar ) merupakan seorang gadis kota yang hidup dengan kemewahan dan tidak pernah ada kekurangan . Lina akan  membawa kereta setiap hari ke kolej manakala Ucok setiap pagi bersesak di dalam bas.

Beginilah rupa rumah si Ucok ( sekadar gambar hiasan )
Kisah Cinta mereka berdua berputik apabila bersama mengulangkaji pelajaran dimana Lina Lemah dalam Prinsip Perakaunan tetapi tidak bagi Ucok dan Ucok pula lemah dalam subjek yang melibatkan pengunaan Bahasa English jadi dengan itu kekerapan bersama mengulangkaji sedikit sebanyak melahirkan rasa sayang dan Cinta.

Tetapi rakan - rakan Lina 'memulau' kan Lina kerana mereka beranggapan bahawa Orang Asli ini terkenal dengan permainan mistik seperti mengunakan "guna - guna / jampi serapah" untuk mendekati Lina, dengan rasa rendah diri dan demi kehidupan Lina maka si Ucok mula untuk menjauhkan dirinya daripada Lina kerana Ucok sedar dia hanyalah kaum Pribumi Orang Asli yang kolot malah tiada punya harta dunia berlainan dengan keberadaan keluarga Lina.

Semakin Ucok menjauhkan diri semakinlah Lina cuba untuk mendekati Ucok dan akhirnya Ucok mengalah dan mereka kembali bersama tetapi disangkakan badai baru sahaja melanda namun kali ini rintangan yang paling besar iaitu Ayah si Lina ke kolej untuk berjumpa dengan Ucok mengenai hubungan mereka berdua dan meminta Ucok untuk tidak bersama Lina dan meminta Ucok untuk sedar bahawa dia hanyalah seorang pemuda orang asli yang tak layak untuk menjadi pasangan kekasih lina dan tidak mampu memberi kebahagian kepada Lina.


Akhirnya Ucok sedar bahawa apa yang lebih penting adalah beban serta harapan besar untuk kaumnya di kampung berbanding dengan cintanya dengan Lina. Ucok terpaksa menipu perasaannya dengan Lina dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah ada perasaan sayang malah cinta dengan Lina demi menjaga Kehormatan Keluarga Lina terutama Ayahnya. Berlinangan airmata Lina mendengar ungkapan daripada Ucok dan kini mereka berpisah membawa haluan masing - masing.


* Kisah ini adalah diadaptasikan daripada kisah benar seperti mana diceritakan balik kepada Mr.J di e-mail dan juga melalui perbualan dengan Gadis Lina ( bukan nama sebenar ) tersebut di Yahoo Messenger. Menurut Lina , setelah habis pengajian barulah dia diberitahu bahawa Ayahnya telah memujuk serta meminta Ucok untuk menjauhkan diri daripadanya dan kini Ucok tidak dapat dikesan dimana dia berada lagi.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©