Kisah Mr.J, Sarah Jane, Chelle & Ariana bercuti di Genting Highland .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pada Bulan lepas iaitu 26-28/9/2012 Mr.J menemani rakan dari Sarawak yang datang bercuti di sekitar Kuala Lumpur , Batu Caves dan Genting Highland.

Perjanjian telah dibuat beberapa bulan lebih awal dan Mr.J bersetuju untuk menemani mereka, disebabkan kesemua mereka adalah kaum hawa maka Mr.J secara langsung terus menerima pelawaan tanpa berfikir lagi.


Mr.J telah mengambil cuti selama 3 hari iaitu 26-28 September.


                          Chell , Sarah Jane & Mr.J di Sekitar Jalan Alor , Bukit Bintang. 

Perjalanan daripada Seremban ke Lcct untuk menemui rakan Mr.J mengalami beberapa kisah lucu dan
menarik untuk dikongsi bersama .

Mr.J mengambil tren dari Stesen Seremban ke Stesen Nilai dan seterusnya mengambil bas dari Nilai ke Lcct .

Bas tersebut mengambil masa lingkungan 30 minit tetapi seperti tidak diduga dalam perjalanan Mr.J terasa nak "terkucir" dan Mr.J cuba untuk menahan akhirnya tidak kesampaian dan Mr.J terus menekan loceng untuk bas berhenti dan terus berlari ke arah kedai makan untuk menunaikan hajat .


Di Kedai Makan ( Lupa Nama ) Kampung Baru , Kuala Lumpur.

Setelah hajat dilepaskan maka Mr.J terasa risau bahawa pernerbangan rakan Mr.J daripada Miri telah tiba padahal Mr.J terpaksa menunggu untuk mengambil teksi .  ( Kepada 3 rakan Mr.J , sorry k... terpaksa menipu sedikit atas kelewatan )


Baiklah untuk pendekkan kisah Mr.J setelah menemui rakan - rakan Mr.J di lcct dan kami terus menaikki Bas dari lcct - KL Sentral . 1 Malam di Irish Hotel , Bukit Bintang.

Keesokan harinya iaitu 27/9 pagi lingkungan 10am maka kami berempat terus dari Bukit Bintang ke KL Sentral dan mencari Bas Go Genting berdasarkan panduan dari Internet tetapi ada sedikit perubahan seperti mana dibagitahu bahawa Beg yang besar dan sebagainya akan di'cas' dalam Bas Go Genting . Nasib kami baik apabila bertemu dengan sebuah Teksi Tourism dan pemandunya juga kebetulan adalah orang borneo iaitu asal daripada Sabah dan telah 20 tahun membawa teksi jadi tiada rasa janggal tambahan pula orangnya cukup ramah sekali. 

Pemandu teksi tersebut turut menawarkan pakej tambang berjumlah RM120 dari KL Sentral ke Genting Highland dengan 4 perhentian untuk kami mengambil gambar kenangan iaitu , Istana Negara , Batu Caves, dan sebagainya .



Mr.J merangkap sebagai pemandu pelancong yang tak diiktiraf dan juga sebagai "bodyguard" yang sentiasa peka untuk memerhatikan keadaan sekeliling demi keselamatan 'wanita' jagaan Mr.J ( ayat tak bleh blah~ )

Mr.J dan rakan - rakan sempat mengujungi Batu Caves iaitu tempat suci bagi Penganut Agama Hindu.

Ada satu kisah lucu dimana monyet merampas makanan daripada pelancong disana. Tidak lupa juga permandangan yang mengangumkan.

Tempoh Perjalanan dari KL Sentral ke Genting Highland tidak dapat dianggarkan kerana kami banyak berhenti dibeberapa lokasi untuk gambar kenang - kenangan .


Mr.J hanya berseluar pendek dan berbaju T-shirt sahaja dan cuba menguji tahan kekebalan Badan menahan kesejukan . Sarah kelihatan gumbira yang amat sangat dan Ariana sibuk dengan tabnya.

Setibanya di Genting Highland kami menginap di First World Hotel selama semalam , belum pun sempat badan berlabuh kepenatan si kecil comel bak umpama lipas kudung iaitu Sarah tidak sabar - sabar untuk berjalan di sekitar Genting Highland dan kami terus mengambil pas untuk bermain semua permainan disitu.


Kelihatan Muka Sarah Jane "cuak" dia sempat berkata umpama telah menjenguk "Pintu Sebayan" selepas dilontarkan ke angkasa oleh mesin "Space Shot" . Anda akan merasakan bagaimana bila 'dicampak' dari bangunan tinggi. 

Mr.J , Ariana , Sarah & Chell

Kelihatan Kabus sangat tebas umpama di kaki gunung everest tetapi Mr.J masih lagi mampu melawan kesejukan tersebut . 

Lupa hendak bagitahu sila tapau makanan atau bawalah mee segera kerana makanan di Genting Highland adalah 3-4 kali ganda , Nasi Lemak dah 8.50 sebungkus..

Sarah Jane , Mr.J , Kuda , Chell & Ariana di Istana Negara.

Kepada Ariana , Sarah Jane & Chell Terima Kasih banyak - banyak dan semoga kita berjumpa lagi ! . Love Mr.J .

Video Slide HD : Kisah Sarah Jane, Chelle, Ariana + Mr.J di Genting Highland. 

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©