Bin/Binti/Bte Tidak semestinya Islam.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Masih ramai penjawatan awan khususnya di JPN iaitu Jabatan Pendaftaran Negara masih lagi "kurang sedar atau peka " dengan masyarakat di Sabah dan Sarawak .

Bumiputra Sabah pun Kena em.... Dorang ingat Binti/Bin/Bte tu mesti Melayu / Islam ?

Untuk pengetahuan semua Sarawak dan Sabah TIADA Agama Rasmi yang mana sesuatu Bangsa Harus menganuti Agama yang diperuntukan, di Sabah & Sarawak bebas memilih Agama masing - masing dan  Agama Islam adalah Agama Rasmi di Persekutuan tetapi tidak di malaysia Borneo .

Sila rujuk kembali Perjanjian Perkara 18/20 Sabah & Sarawak iaitu Perkara Pertama:

Perkara 1: Agama
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.

JPN masih kurang sedar mengenai Masyarakat Sabah & Sarawak. Harus balik sekolah dulu.
Sebilangan masyarakat malaysia amnya masih jahil tentang "Bin/Binti/Bte" di Sabah & Sarawak malah sebelum pembentukkan Negara dalam Negara Malaysia penggunaan "Bin/Binti/Bte" telah digunapakai sejak zaman british malah sebelum kedatangan british lagi.

"Bin/Binti/Bte" mungkin masyarakat melayu semenangjung bukan semua hanya sebilangan sahaja merasakan bahawa penggunaan "Bin/Binti/Bte" adalah merujuk kepada orang melayu dan sekaligus on the spot terus merujuk kepada agama islam .

Nama-nama kristian di Sarawak dan Sabah. 
Gambar diatas adalah nyata dan jika anda mempunyai rakan daripada Sabah sila rujuk Kad Pengenalannya nescaya anda akan terkejut dengan nama yang mempunyai "Bin/Binti/Bte" tetapi bukan islam , dan apakah tindakan anda?

A. Terkejut Beruk
B. Melaporkan kepada Jais bahawa rakan anda murtad?
C. Putuskan hubungan Kawan .

Jadi sekiranya anda memilih ketiga - tiga diatas maka andalah manusia paling 'kurang bergaul' dengan orang luar atau anda tidak pernah ada kawan dari Borneo.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©