Terkini: Tiga Polis dituduh merogol Warga Indonesia di Berek Balai Polis Perai . Dituduh!

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang wanita warga Indonesia di Berek Balai Polis Perai, Jumaat lepas.

Konstabel Remy Anak Dana, 25, Kpl Nik Sim Mat Lazin, 33, dan konstabel Syahiran Romli, 21, didakwa merogol wanita Indonesia berumur 25 tahun itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di antara jam 6.40 pagi hingga jam 7.30 pagi 9 November lepas.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama. 

Bagi pertuduhan rogol, mereka dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan manakala pertuduhan persetubuhan luar tabii mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Nabishah Ibrahim menetapkan 12 Disember ini untuk mengambil kenyataan daripada saksi-saksi, manakala Timbalan Pendakwa Raya adalah Suhaimi Ibrahim dan Nurashikin Mokhtar. 

Peguam Rosli Ismail bertindak sebagai peguam pemerhati. Peguam S Anthonysamy mewakili Remmy manakala peguam Parmjit Singh pula mewakili Nik Sim dan Syahiran.Suhaimi memohon supaya tertuduh ditahan sementara menunggu perbicaraan kerana menurutnya, jika mereka telah dibebaskan dengan ikatjamin, ketiga-tiganya mungkin mengganggu saksi kerana mereka dikenali tertuduh.

Beliau juga memohon supaya kenyataan mangsa diambil di bawah Seksyen 396 Kanun Tatacara Jenayah pada tarikh yang lebih awal daripada tarikh perbicaraan supaya dia boleh kembali ke negaranya.

Nabishah kemudian menetapkan ikat jamin RM25,000 tiap seorang, dan memberi amaran kepada mereka supaya tidak mengganggu saksi.Sejak jam 8 pagi tadi, ramai wartawan telah berkumpul di bangunan mahkamah, menunggu ketibaan suspek.

Mereka akhirnya tiba pada jam 2.15 petang, dan diiringi tiga anggota polis. Ketiga-tiganya memakai pakaian lokap berwarna oren dan menutup muka mereka dengan baju mereka.Sebaik sahaja ternampak ketiga-tiga mereka, kumpulan jurukamera bergegas untuk merakam gambar.Pemangku Ketua Pengarah Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Sofiana Mufidah turut hadir di mahkamah. Kira-kira 30 'penyokong' dalam uniform polis dan pakaian biasa turut hadir.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/214298

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©