Mr.J Review Panasss!! Mengenai Kemenangan Pasukan Sarawak selaku Juara Liga Perdana 2013 . Live? Astro? RTM? .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Panas!!! , itulah yang boleh Mr.J ungkapkan kepada penduduk Sarawak khasnya khususnya Kelab Penyokong Sarawak . Kekecewaan terhadap media malaysia iaitu Astro dan juga RTM yang tidak pernah sama sekali menyiarkan perlawanan secara langsung bila melibatkan Pasukan Sarawak .

Astro = "No Live No Problem"



Sekiranya melibatkan Perlawanan biasa mungkin itu masih boleh diterima tetapi semalam Perlawanan Juara dan Penerimaan Piala Liga Perdana 2013 di Stadium Negeri Sarawak apabila Sarawak muncul juara setelah melibas, membaham , mengunyah skuad Kuala Lumpur dengan 4 berbalas 0 , Pasukan Sarawak juga tidak pernah KALAH sepanjang Perlawanan Liga Perdana 2013.


Pasukan Sarawak yang menang 17 daripada 21 perlawanan yang dicatatkan oleh skuad 'Ngap Sayot' bimbingan Robert Albert itu membolehkan mereka mengumpul 55 mata, berkelebihan empat mata ke atas pencabar terdekat, Sime Darby FC dengan saingan liga berbaki satu perlawanan.


Empat gol skuad 'Ngap Sayot' pada perlawanan di Kuching itu dijaringkan oleh Muamer Salibasic pada minit ke-20, Ronny Harun (minit ke-68), Joseph Kalang Tie (minit ke-85) dan Guy Bwele (minit ke-88).


Khabar angin Bahawa Penyokong Sarawak akan memboikot Astro serta ada yang telah mencabut piring Astro serta membakarnya .

 Gambar yang menarik , pasti tidak akan keluar di Media sebab 'No Live No Problem'

Video Jaringan 4 Gol Sarawak


Pilih Kasih! , ini bukan rancangan Pilih Kasih versi Bolasepak tetapi itulah kenyataan yang diterima penduduk Sarawak. Selalunya kita lihat di media mahupun dikaca TV sekiranya perlawanan yang penting pasti akan keluar secara langsung tetapi tidak bagi skuad Sarawak, atas sebab? hanya mereka dan keluarga astro sahaja yang mengetahui.


Apa - apapun Semangat Rentap Agi Idup Agi Ngelaban! dan juga semakan Puaka Buaya Bujang Senang tetap unggul!! , Liga Super nantikan kemunculan kami!!.


- Mr.J Boikot Astro lebih baik kami di Sarawak pakai Parabola!.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©