Keputusan Piala Malaysia 24/8/2013 : Juara Liga Super LionsXII ( Singapura ) Kecundang dibaham Juara Liga Perdana Sarawak!!

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pasukan Sarawak yang dihina Dj Radio di sebuah stesen radio yang dikatakan hanya mampu mengalahkan Pasukan Cap Ayam ternyata tidak boleh dipandang rendah.

Pasukan LionsXII cukup digerunni oleh mana - mana Pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia tetapi Tidak bagi Pasukan Sarawak yang cukup dikenali Pasukan yang sungguh Misteri suatu ketika dahulu.


Pemain Pasukan Sarawak bagaikan diserap oleh semangat Bujang Senang dan kemarahan yang sangat luarbiasa hari ini . 

Bermain di Lubuk sendiri , Bujang Senang tidak menghampakan para penyokong apabila berjaya menganas melibas serta membaham Sang Singa sebanyak 2 kali dan hanya dibalas 1 kali sahaja.

Gol Pertama Skuad Bujang Senang disebabkan oleh kesilapan pemain LionsXII iaitu Shakir Hamzah pada minit ke 11 separuh masa pertama.


Babak separuh masa kedua dimana pasukan LionsXII bergansak kubu Sarawak tetapi atas kesilapan para pemain LionsXII menyebabkan Sarawak diberi sepakkan Penalti dan Pemain lincah iaitu Joseph Kalang Tie tidak mensia - siakan peluang dan berjaya menyumbat gol kedua Sarawak pada minit ke 70.


Setelah berhempas pulas mengawal libasan Sang Bujang Senang akhirnya Sang Singa berjaya mencuri 1 gol dan gol tersebut dijaringkan oleh Safuwan Baharudin pada minit ke 76.



Banner Protes Johan Bangsat 'X CEN' Lawak Bodo ( Gambar diatas ) yang mencuri tumpuan ramai ekoran Dj Radio Era menghina Pasukan Sarawak. 

Senarai Penjaring Gol dalam Perlawanan Sarawak vs LionsXII:
Shakir Hamzah ( LionsXII ) Minit ke 11 - Gol Sendiri.
Joseph Kalang Tie ( Sarawak ) - Minit ke 70 - P.Gol
Safuwan Baharudin ( LionsXII ) - Minit ke 76 

Carta Kumpulan D selepas 2 Perlawanan . - 24 August 2013

Perlawanan melibatkan Kumpulan yang sama iaitu Kedah dan Perak seri 1 gol.

Ini merupakan sebuah permulaan yang baik apabila berjaya menumpaskan Singapura.  Dalam Pusingan Pertama , Sarawak akan menentang Pasukan Kedah pada 27 August ini di Stadium Kedah.

Senarai Keputusan Pasukan Sarawak yang lepas:

Untuk mengekalkan rentak yang baik , Pasukan Sarawak perlu menang sekurangya 2 Perlawanan dalam Pusingan Pertama dan yang pasti Pasukan Sarawak wajib mengalahkan Kedah untuk memudahkan sedikit perjalan didalam Pusingan Kedua.

Jadual untuk Pusingan Kedua 

Pada Pusingan kedua pula , Pasukan Sarawak sekali lagi akan menentang Kedah tapi kali ini adalah di Lubuk Bujang Senang sendiri di Kuching iaitu pada 31 August 2013 .

Seterusnya pada 18 September 2013 Sarawak akan berkunjung ke Sarang Sang Singa iaitu LionsXII dan yang pasti Pasukan LionsXII mahu membalas dendam atas kekalahan mereka tempoh hari di Sarawak.

Dan yang terakhir adalah pada 21 September 2013 iaitu Pasukan Sarawak akan menanti di Lubuk mereka dan cuba untuk membalas dendam ke atas kekalahan pertama mereka tempoh hari menentang Perak .

Video Jaringan Sarawak 2 - 1 Lions XII

Andai Sarawak mampu memenangi 2 Perlawan di setiap pusingan Mr.J yakin bahawa Pasukan Ngap Sayot Agi Idup Agi Ngelaban mampu ke peringkat seterusnya.

- Mr.J ambik kau cap ayam~

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©