Kisah saya semalam, Mercun pop , Chang Beer , Kal Ho Naa Ho? dan Ikan Patin masak Kari - Mr.J

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Ada sesetengah pengujung bertanyakan soalan kepada Mr.J mengenai keraguannya tentang blog ini , ya tidak dinafikan bahawa blog ini dilihat secara keseluruhannya tidak tertakluk kepada satu kategori sahaja bahkan blog ini juga menjadi medium Mr.J untuk berinteraksi dengan rakan alam maya. 

Eh , nampaknya Mr.J dah lari daripada tajuk asal , ingatkan nak cerita pasal mercum pop pop . Semalam adalah hari rehat bagi Mr.J jadi setelah bangun dari tidur maka bersiap terus ke kedai runcit untuk membeli sedikit lauk , biasalah orang bujang kalau tak masak sendiri alamatnya makan magie sajalah.

Sedang asyik membelek - belek sayur Mr.J tertarik dengan satu kotak mercun yang Mr.J pernah main semasa zaman 4U2C kira Mr.J ini kelahiran 80an . Dulu teringin sangat nak dapatkan mercun tersebut tapi itu cerita dulu - dulu , apalagi Mr.J pun belilah mercun Pop Pop tersebut dan terus ke kaunter bayaran.

"amboi abang , umuq hang dah tua main juga benda ni?" kata jurujual tersebut 

Mr.J pun beredar tanpa memberi jawapan yang sahih dan hanya memberikan senyuman yang menusuk kekabu.


Harganya adalah 1.50myr untuk sekotak agak mahal jika dibandingkan dengan sewaktu zaman Mr.J iaitu 20sen sekotak dan bila Mr.J buka nampak pelik sangat sebab dulu mercun pop pop ini dia macam dalam balutan tisu kecil dan terus baling tetapi kini dia dalam bentuk tiub kecil yang mudah pecah bila dibaling . Nampaknya zaman telah jauh berubah.

Semalam yang indah . Ingatkan nak letak tajuk seperti itu tetapi disebabkan semalam agak tidak indah dan agak mengharukan akibat tertangih dengan Filem Hindustan iaitu Ka Ho Naa Ho serius seganas - ganasnya Mr.J akhirnya kelelakian Mr.J tercabar dengan filem tersebut ada ke patut Datuk S mati sakit jantung , feeling punya pasal tak sedar Mr.J berjaya menghabiskan menonton filem tersebut dengan durasi 3 Jam lebih.

Juadah tengahari iaitu semalam hanyalah memasak kari Ikan Patin , dah lama dalam peti sejuk tak dimasak akhirnya semalam jari jemari ini rasa gatal hendak memasak  . Bab yang Mr.J malas adalah memotong Ikan Patin siap guna tukul lagi dan lauk tersebut akan dimakan untuk makan malam juga.


Sedang Mr.J menaip sekarang , kepala agak masih sakit ekoran kena penangan Beer Chang dan juga beberapa tin beer panjang , jadi hari ini cuba untuk merehatkan kepala bak kata orang sama 'masih kogutan'.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©