Isu pengunaan perkataan "Allah" hanyalah di Malaya dan tidak di Sabah & Sarawak kerana mereka lebih 'Matang'.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Malaysia terbahagi kepada dua Peraturan , Satu Peraturan dan Undang-undang khas untuk S.Malaysia (Malaysia Barat) dan yang satu lagi adalah khas untuk Sabah & Sarawak ( Malaysia Timur ) .


Ketua biskop Malaysia Timur berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan tetap menyembah "Allah".

Pihak Hakim dari Semenangjung Malaysia tidak boleh mempertikaikan mengenai 'Agama' untuk Sabah & Sarawak kerana itu telah termaktub dalam Perjanjian 18/20 Pembentukkan Sebuah Negara 'Persekutuan'. 
Perkara 1: Agama  
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.
Jadi, boleh atau tidak Pengunaan 'Allah' oleh orang Kristian di Semenangjung adalah bergantung kepada 'budi bicara' mereka disana. 


Manakala Di Sabah & Sarawak boleh tetap meneruskan menggunakan Perkataan "Allah" dalam kehidupan seharian sepertimana telah dipratikkan sejak lebih 100 tahun dan terbukti tidak pernah ada 'pengaduhan antara Agama' di Sabah & Sarawak 

Gambar Hiasan

Berkat Toleransi yang Tinggi diantara penduduknya yang lebih daripada 50 Etnik tidak seperti 'disebuah tempat' yang majoriti mempunya 3 Bangsa utama tetapi sering 'bertelingkah' serta mempunyai sejarah rusuhan 'kaum' dahulu.
Pendirian Sarawak dalam Isu ini. 
Penganut Kristian Sarawak tetap dengan pendirian untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bahasa Melayu daninjil bahasa tempatan serta dalam penerbitan gereja walaupun Mahkamah Rayuan hari ini telah membuat keputusan sebaliknya, kata Menteri Pembangunan Tanah negeri Tan Sri Dr James Masing. 
Masing menyifatkan keputusan penghakiman tersebut sebagai "tidak asli" kerana asas penggunaan kalimah Allah wujud sebelum kedatangan Islam, serta menegaskan keputusan mahkamah itu akan memberi kesan negatif kepada bukan Muslim bukan hanya di Sabah dan Sarawak. The Malaysian Insider 

Rekod Dunia telah dicatatkan oleh malaysia hari 14/10/13 ini iaitu satu-satunya negara di dunia yang membuat 'undang-undang' menghakimi serta 'memilih' atau mengkhususkan bahawa 'Allah' itu milik mutlak sesetengah masyarakat.

Bahkan Nabi-Nabi yang lahir atau diturunkan di Negara Arab tidak menghalang orang Kristian untuk menggunakan 'Allah' dalam doa mereka.

Manakala , Masyarakat di Sarawak & Sabah khususnya berugama Islam tidak 'menyokong' serta gembira dengan keputusan tersebut kerana khuatir 'ideologi' dan 'fahaman politik agama' yang dimainkan oleh Ngo-Ngo semenangjung (malaysia barat) akan memporakkan serta merosakkan perpaduan etnik yang telah berkurun harmoni di malaysia timur (sabah&sarawak).

Anak kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia memberi pandangan mengenai isu ini. 

Bagi Mereka Isu seperti ini tidak perlu dikeluarkan kerana situasi di semenangjung malaysia adalah TIDAK SAMA sekali dengan keadaan persekitaran masyarakat di Sabah & Sarawak .


Rata-rata penguna laman sosial menyelar NGO yang bercita-cita mahu menyebarkan 'undang-undang' s.malaysia ke Sabah & Sarawak.

Kenyataan bahawasanya cara pemikiran Sabah & Sarawak lebih matang dalam Isu ini.

Jika ini berlaku maka Tanah Melayu (Malaya) telah secara tidak sedari melanggar Perkara 1 Perjanjian Pembentukkan Negara Persekutuan diantara Sabah & Sarawak iaitu berkaitan dengan Agama.

Maka tidak mustahil Intergriti Nasional akan tergugat.

Ada yang mempersoalkan kenapa Sabah & Sarawak dikecuali , Tidak Perlu dipersoalkan Kenapa Sabah & Sarawak dibenarkan dalam isu ini. Andai anda rakyat malaysia dan pernah belajar sejarah  pembentukkan 'malaysia' maka anda tahu apa itu "Perjanjian Perkara 18/20 Sabah dan Sarawak" 1963  . Google dan Rujuk kepada Perkara Pertama iaitu 'Agama' .

Dr Asri Penjelasan Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Bukan Islam

Perkara 1: Agama  
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya TIDAK BOLEH diguna pakai di Borneo.

Kini hangat di laman sosial bahawa rakyat Sarawak mendesak Kerajaan Sarawak menghalang Kemasukkan beberapa NGO dari Malaya iaitu NGO seperti Ikatan Muslimin Malaysia dan PERKASA serta kumpulan fanatik agama lain dihalang dari memasuki negeri itu.


Seorang anak muda Islam di Sarawak juga menyelar / memberi pesanan kepada golongan Pelampau 'Agama' khusunya di Malaya.


- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©