Suara Hati Anak Sarawak yang berketurunan Melayu beragama Islam mengenai 'Isu Allah' di S.Malaysia ( Malaya ).

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Bukan hanya sekadar masyarakat Kristian di Sarawak bahkan masyarakat Melayu Islam Sarawak juga 'menyelar' tindakkan sebuah badan NGO yang bercita-cita seperti mat jenin yang ingin mempeluaskan 'jajahan' Ketuanan mereka ke Sabah dan Sarawak kerana ia umpama menganggu-gugat sebuah ketenteraman antara agama serta kaum yang telah lebih ratusan tahun terjalin di Sarawak bahkan Sabah.

Berikut di bawah adalah 'luahan' seorang anak muda Sarawak yang beragama Islam. Mr.J percaya bahkan ramai lagi penganut Islam di Sarawak juga berpendapat sama.:
-
Ini adalah suara hati saya sebagai anak Sarawak yang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Namun begitu saya lebih suka dipanggil Bangsa Sarawak. 

Kenapa Bangsa Sarawak? Kerana disamping berketurunan Melayu Muslim saya juga mempunyai uncle auntie sepupu sepapat nenek datuk yang berbangsa Melanau, Bidayuh, Iban, Cina dan Orang Ulu. Dan ada antara keluarga saya masih lagi menganuti agama Kristian, Buddha dan pagan. 

Adakah itu menyebabkan saya mahupun sepupu ataupun anak saudara saya yang lain tidak tahu membezakan yang mana satu Isa yang mana satu Muhammad. Jauh sekali tidak kerana segalanya terletak kepada ketakwaan dan pegangan agama yang utuh. 

Sarawak yang terdiri daripada lebih daripada 30 Etnik , pelbagai agama tidak pernah ada 
berlakunya Rusuhan 'Agama'.

Kami merayakan kesemua perayaan besar di dalam Malaysia daripada Hariraya Aidilfitri, Hariraya Haji, Krismas, Gawai dan Tahun Baru China. Adakah kami yang muslim ini kufur? Allah hanya satu dan DIA YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA MENGETAHUI. 

Saya tidak mahu mentaliti 'mereka' yang desperado dan cuba untuk mempengaruhi penghidupan kami yang hidup utuh sebagai 1 Bangsa Sarawak diganggu gugat oleh golongan seperti ini. 

Ketahuilah Agama itu boleh ditukar tetapi bolehkah hubungan keluarga darah yang mengalir boleh ditukar. Untuk kesekian kalinya saya memohon Anak Sarawak Bangsa Sarawak bersatu dibawah Panji Bendera Sarawak dan Jata Sarawak. Kita Perangi mereka yang adanya Unsur seperti ingin memijak Bumi Kenyalang kita.. 

1 SARAWAK sudah lama kami amalkan sejak di era Dinasti Era Rajah Putih kami Rajah Brooke dan jangan kerana kami bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia maka KAMU YANG BUKAN ANAK SARAWAK CUBA UNTUK MENGATUR PENGHIDUPAN KAMI DI SARAWAK. 

Jangan mendesak kami Bangsa Sarawak untuk mula mengiyakan kata-kata Tun Jugah kami. 
"Anang Malaysia baka tebu, Manis ba pun, Tabar ba ujung" "Jangan Malaysia ibarat tebu, Manis di pangkal, Tawar di hujung" .
Dari , Alex Has , Anak Sarawak

Bukan itu sahaja , satu laman sosial Anak Sarawak (Kamek Miak Sarawak) juga menjelaskan sedikit mengenai isu tersebut bagi mereka yang tidak pernah ke Sarawak dan tidak pernah melihat secara keseluruhannya bagaimana Perpaduan Agama serta Kaum di sana.




- Mr.J

  mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©