"Kopi" , anjing menyelamatkan Tuannya semasa kebakaran di JB.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Siapa sangka seekor anjing yang selalunya dipandang rendah serta jijik oleh sebilangan masyarakat Malaysia Khasnya kini mempunyai taraf yang lebih tinggi nilai daripada sebilangan manusia . 

Bukan itu sahaja , telah banyak kisah dimana anjing menyelamatkan tuannya , bergitu juga anjing menyelamatkan Pasangan Melayu daripada lemas dan sehingga kini telah membela hampir 500 ekor anjing. 

Semalam iaitu 2 Oktober 2013 , seekor anjing juga menyelamatkan tuannya daripada menjadi mangsa kebakaran .

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas diselamatkan anjing peliharaannya daripada turut menjadi mangsa kebakaran selepas rumah yang didiami sejak lebih 15 tahun lalu hangus terbakar awal pagi, semalam.

Kejadian sekitar jam 1.45 pagi itu ( 2 Oktober 2013 ), mengorbankan seorang mangsa yang tinggal sendirian dipercayai lemas terhidu asap tebal selepas gagal menyelamatkan diri.

Mangsa, Nagi Sakura, 40, yang berasal dari Sarawak ditemui di bahagian dapur rumahnya oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat dalam operasi memadam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada rumahnya.

Jirannya, Lika anak Dugas, 67, berkata, dia bernasib baik kerana terjaga daripada tidur selepas baju dan rambutnya ditarik berkali-kali oleh seekor anjing peliharaannya yang diberi nama Kopi.

Menurutnya, walaupun sedih kerana rumah yang didiami sendirian sejak lebih 15 tahun lalu musnah dalam sekelip mata, namun lega kerana umurnya masih panjang.

Kopi yang menyelamatkan Tuannya.

“Nasib aku agak baik kerana terjaga selepas baju dan rambut ditarik Kopi seolah-olah memberi isyarat supaya aku menyelamatkan diri. Mulanya, aku marah kerana sepanjang lima bulan dibela, Kopi tak pernah bertindak begitu.

“Namun, selepas melihat api yang mula marak membakar rumah jiran sebelah, aku segera mendukung Kopi keluar menyelamatkan diri,” katanya kepada  Sinar Harian, di sini, semalam.

Lika yang tinggal sebatang kara kini buntu mencari tempat berteduh kerana pendapatannya hanya bergantung harap kepada upah mencuci taugeh selepas kematian suami sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, dia berharap ada pihak yang sudi membantunya.

“Upah mencuci taugeh sekadar lepas sesuap nasi, untuk menyewa rumah aku tak mampu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Tahrin Saat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 pagi dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

Menurutnya, seorang lelaki yang difahamkan berkerja sebagai pengawal keselamatan ditemui mati dalam keadaan legam akibat kepanasan dan sedikit melecur.

Keadaan Rumah yang musnah dibakar api.

“Difahamkan, mangsa cuba menyelamatkan diri melalui pintu belakang rumah, tapi terhalang oleh botol plastik yang banyak dikumpulkan di dalam rumah.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Tahrin menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan barangan yang boleh menghalang pintu keluar selain menyimpan alat pemadam api dan alat pengesan asap.

- Mr.J via Sinar Harian .


mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©