Empangan atau Penghapusan Etnik Minoriti Kaum Penan di Sarawak?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert


Lokasi : Long Busang di Ulu Balui. Ulu lagi dari Naha Jalei. Pix : Abun Sui Anyit 
Berginilah Realiti bagaimana Empangan Bakun di Sarawak telah mula beroperasi.. kelihatan seluruh perkampungan masyarakat di situ telah ditengelami air empangan. 

Mungkin ada yang tertanya - tanya apa yang terjadi kepada penduduk disitu? dimanakah mereka sekarang? serta bagaimana kehidupan mereka sekarang? 

Mr.J tidak mampu untuk memberikan jawapan kepada pertanyaan tersebut tetapi hanya mereka yang mengalami nasib tersebut lebih tahu.

Empangan Bakun merupakan salah satu diantara 12 Buah Empangan yang bakal dibina di Sarawak kebanyakkannya dibina dikawasan pendalaman. Jika tidak silap Mr.J , keluasan Empangan Bakun adalah seluas sebuah negara singapura.

Beberapa minggu yang lepas saudara Abun Sui Anyit juga mengetuai bantahan pembinaan Empangan Murum serta menghantar 'memorandum' kepada Perdana Menteri Malaysia. rotes yang dibuat oleh penduduk pendalaman Murum iaitu masyarakat Penan.

Seramai 20 Masyarakat Penan dari pendalaman Sarawak nekad terbang ke Kuala Lumpur.
Apa yang Mr.J lihat disini adalah sikap 'mengabai' atau 'lepas tangan' yang dilakukan oleh pemimpin atau wakil rakyat di kawasan berkenaan. 

Mungkin juga 'hadiah' yang 'besar' bakal diterima oleh sebilangan 'manusia' yang mempunyai kepentingan disitu sekiranya tidak menyokong atau membantu masyarakat penan dalam siri bantahan empangan murum.

Bagaimana pula dengan pihak kerajaan Sarawak? Pihak Kerajaan Sarawak bagaikan telah kehilangan deria pendengaran ataupun telah mengalami penyakit rabun mata tahap kritikal dan disebabkan itulah tiada apa - apa 'tindakkan' positif daripada kerajaan Sarawak sehingga menyebabkan rombongan lingkungan 20 masyarakat Penan bersusah payah untuk terbang ke Kuala Lumpur dengan tujuan menyerahkan 'memorandum' bantahan empangan murum.

Pasukan Bersenjata Penuh dihantar bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini dilakukan oleh Masyarakat Penan. Mr.J hampir tidak percaya dengan satu gambar yang dikongsi oleh ramai pengguna laman sosial dengan menyatakan bahawa "Pasukan" tersebut kelihatan berjaga - jaga di kawasan Murum.

Lengkap bersenjata penuh, bagaikan bertemu dengan musuh negara
Apapun harapan Mr.J kepada Bumi Kenyalang ini adalah semoga perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang aman serta tidak sama langsung melibatkan pertumpahan darah.

Terlalu banyak isu dan cerita yang hendak Mr.J kongsikan tetapi sebilangannya agak P&C untuk Negara Sarawak maka dengan itu Mr.J perlu berhati - hati dalam setiap perkongsian didalam blog ini.

Realiti yang harus diterima mengenai "Kebebasan Bersuara" adalah "Tidak Bebas selepas Bersuara" biarpun apa yang telah suarakan itu perkara yang logik serta mempunyai fakta kukuh .

Tetapi malangnya "Suara" anda tersebut dinilai oleh "Individu" yang berlagak berkuasa dalam segala hal tetapi sebenarnya hanyalah seorang "Pengecut" dan Takutkan "Suara" anda walaupun tahun anda tidak bersenjata.

- Mr.J

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©