Terkini : Mayat Andrian Thomas dijumpai, manakala "Bujang Sebelak" Tidak Tewas kepada pawang buaya tersohor dari Betong.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Mr.J sering mengikuti berita yang mengaitkan "Buaya" di Sarawak dan juga siri serangannya ternyata setiap tahun jumlahnya akan meningkat , adakah sesiapa diantara 'Keturunan' Mr.J iaitu Kaum Dayak Iban khasnya  telah terlanggar "Janji" diantara Keturunan "Bujang Senang" atau sebaliknya?. 
Saratok: Mayat mangsa serangan buaya, Andrian Thomas, 32, yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di Lubuk Emplaie, Sungai Sebalak di Roban, di sini berjaya ditemui kira-kira jam 9.30 pagi (28.11.13) tadi berhampiran tempat kejadian.  Mayat dibawa ke Hospital Seratok untuk bedah siasat.  Berita harian 28/11/13.
Kejadian keganasan serangan Sang Bujang tersebut telah mengejutkan ramai masyarakat setempat kerana pada tahun lepas iaitu sekitar akhir Jun dan awal Julai 2012 seorang Pawang yang dikatakan Tersohor di Betong telah mengatakan "Berakhirnya Bujang Sebelak" setelah Buaya tersebut berjaya ditundukkannya dengan umpan seekor anjing serta beberapa mantera.

Untuk pengetahuan semua khususnya masyarakat luar Sarawak, ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku di Sungai Seblak dianggarkan sebanyak 7 orang mangsa dalam tahun ini telah terkorban dek "Bujang Seblak" .

Disini Mr.J ada mencatatkan beberapa siri serangan 'dendam' Bujang Sebelak. Masyarakat sekitar 'menarik' nafas lega apabila mendengar berita bahawa Bujang Sebelak berjaya ditangkap tetapi ramai yang masih tertanya adakah Dendam ataupun Sumpahan Perjanjian diantara Masyarakat  Keturunan Iban dengan Keturunan "Bujang Senang" berakhir?

SARATOK 2 Julai 2012 - Genap 14 hari selepas membaham seorang wanita, Siah Munsong, seekor buaya ganas yang digelar Bujang Seblak seberat lebih 200 kilogram tumpas di tangan pawang buaya tersohor dari Betong, Indet Sanabong, 49 . Baca Kisah selanjutnya.


Tahun lepas iaitu 2012, "Bujang Seblak ditangkap, tapi adakah ianya benar-benar BUJANG Sebelak?.
Tiba - Tiba , selepas "Bujang Sebelak" dikatakan berjaya ditangkap malangnya Muncul pula "Bujang Saribas" dan ianya Tidak sampai 1 minggu Buaya Bujang Seblak berjaya dibunuh dan dikatakan bahawa serangan tersebut bermotifkan untuk membalas dendam kematian rakannya di Roban iaitu "Bujang Sebelak".
BETONG - Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini pagi semalam. 
Kali ini mangsa ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali, 55, yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi. Baca Kisah Lanjut Bujang Saribas. 
Sedikit "Mitos" atau cerita lisan di Sarawak mengenai Perjanjian "Bujang Senang".

Buaya atau dipanggil Bujang Senang mahupun pelbagai gelaran diberi sudah mampu mengerunkan mangsanya.

"Enti nitih janji asal (lisan/jerita tuai) mensia enggau baya munya,sapa dulu mungkal dulu nanjal,sida ya deka tulah lalu tau dbunuh penangka ulih munas ke bansa ke dulu mungkal..dendam nya deka dibai sepemanjai purih cda ia... tang enti mensia speneka ati dulu mungkal dulu nanjal bebunuh ke jelu tok ngulih ke djual nya ke salah. xnemu sumber lisan ke bukai gak." Genesis D Lang

Seperti kisah lisan yang disampaikan oleh orang Iban iaitu Buaya ini adalah bersifat pendendam .

Menurut kisah lisan yang disampaikan , bahawasanya Bujang Senang ( Buaya Sarawak ) ini adalah manusia yang disumpah kerana telah melakukan sesuatu kesalahan yang amat besar .

Maka Keturunan Bujang Senang telah membuat "perjanjian" dengan masyarakat Dayak khasnya Dayak Iban bahawa barang siapa yang "membunuh" keturunan mereka maka mereka juga akan membalas dengan "kematian" .

…...Buaya yang paling tersohor di Sarawak ini Buaya Hitam Putih yang diberi nama Bujang Senang.... 

Bujang Senang menjadi mashur apabila sekumpulan buaya jenis ini mengamuk dan membaham manusia di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman, pada awal tahun 1990-an.

Perjanjian itu telah dipersetujui oleh ketua masyarakat Dayak Iban dengan Ketua Keturunan Bujang Senang.

Keturunan Bujang Senang akan tetap memburu "dendamnya" walaupun hingga ke generasi yang lain sehingganya dendamnya terbalas.

Dari kisah lisan yang lain juga , Keturunan Bujang Senang ( Manusia yang disumpah menjadi Buaya ) akan naik ke daratan menjelma menjadi seorang yang sangat kacak pada waktu bulan purnama .

Mungkin Kisah tersebut akan ada perbezaannya mengikut lokasi para penduduk dan juga jenis aliran sungai di Sarawak.

- Mr.J


  mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©