"Berita Baik" untuk Penjawat Awam ( Kereja Perintah ) di Sarawak. - Dilarang ada Akaun Facebook -

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Ini adalah "Berita Baik" kepada Se-loroh Penjawat Awam di Sarawak dan ianya salah satu contoh yang baik sepertimana Menteri - Menteri di Sarawak sememangnya yang kita tahu tiada mempunyai satupun Akaun Facebook.

Ketiadaan Akaun Facebook mahupun Twitter bagi para Menteri Kerajaan di Sarawak-lah yang telah menjadi punca bagaimana Parti Pembangkang telah berjaya menambah beberapa kerusi di Sarawak. Hal ini terjadi kerana rakyat generasi kini lebih suka untuk mendapatkan Info yang pantas daripada "wakil-wakil" kawasan mereka mahupun dari Pembangkang ataupun dari Pemerintah.


Fakta atau Auta , Menteri-menteri di Sarawak kebanyakkan Buta IT atau lebih teruk lagi adalah ada diantara mereka tidak tahu 'menaip' ataupun mengetahui tentang komputer biarpun 'asasnya'.

Bagi Mr.J , para Menteri di Sarawak khususnya yang sudah mendekati usia "expired" harus meletak jawatan dan serahkan kepada generasi muda yang lebih berfikiran "kehadapan" dan lebih "kreatif, inovatif serta terbuka" daripada Menteri yang telahpun ber-uban rambutnya. 

Berikut dibawah ini adalah cadangan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani : 
KUCHING: Penjawat awam dilarang membuka akaun Facebook (FB) rasmi tanpa arahan ketua jabatan ma-sing-masing bagi mengelak sebarang masalah timbul berikutan penglibatan dalam penggunaan laman sosial itu. 
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, perintah itu termaktub di dalam Perintah Am dan mana-mana penjawat awam yang melanggar perintah tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib. 
“Seperti semua sedia maklum, Perintah Am ada menjelaskan penjawat awam di negara ini adalah dilarang untuk membuka akaun rasmi FB, dan sekiranya didapati mereka melanggar perintah ini, maka pihak kerajaan berhak mengambil tindakan tatatertib. 
“Namun, ia merupakan di luar kawalan kerajaan seandainya mereka masih membuka akaun FB peribadi di luar pengetahuan kami. 
“Setakat hari ini, pihak kami belum menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara ini,” katanya pada sidang media Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-30 di sini, semalam. 
Beliau berkata, setiap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilengkapi dengan portal rasmi yang boleh dilayari oleh orang awam yang ingin mengetahui sebarang maklumat terbaharu daripada jabatan tersebut. 
Justeru, menurutnya, JPA tidak memerlukan sebarang akaun FB memandangkan portal rasmi itu sudah memadai untuk kegunaan orang awam. 
Beliau menyokong ulasan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini berkenaan isu penglibatan orang awam dalam penggunaan laman sosial FB yang boleh memudaratkan sekiranya tidak dipantau. 
Selain itu, katanya, penglibatan orang awam dalam jaringan sosial itu kini menjadi cabaran kepada kerajaan ter-utama dalam usaha mengawal penggunaannya agar tidak mengundang masalah kepada kehidupan seharian. 
“Pihak kerajaan akan mengkaji serta membuat pantauan secara berterusan agar sebarang masalah yang timbul berkaitan laman sosial ini boleh dielakkan. Pada masa sama, saya menyeru orang ramai agar mengguna-kan laman Internet dengan sebaik-baiknya,” katanya. - Borneo Post

- Mr.J
mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©