Misteri Villa Nabila, 'Roh' Nabila tiada kaitan dengan 'kehilangan' budak bawah umur itu.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Tertarik pula Mr.J dengan kisah Villa Nabila iaitu sebuah Banglo lama yang terbiar di Johor Bahru dan telah di iktirafkan sebagai sebuah tempat paling berpuaka di peringkat antarabangsa. Kerajaan perlulah berbanga dengan pencapaian ini , bukan calang - calang tempat dapat kenal hantu made in malaysia. 
Banglo Villa Nabila adalah tempat terseram lapor sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.   
Beberapa hari ini pelbagai situasi serta sebaran yang cukup menarik untuk dibaca di laman sosial dimana mengatakan lebih 20 budak bawah umur memasukki perkarangan Banglo Villa Nabila , mungkin kerana hendak mengambil 'feel' sebelum menonton filem 'Highland Tower' ataupun sekadar menguji daya tahan mental yang baru sahaja meningkat dewasa.

fb page dipercayai milik budak terencat akal
Jika anda 'google' mengenai Banglo Villa Nabila ini maka akan keluar pelbagai versi untuk dibaca dan yang pasti tiada sumber yang mengesahkan apa yang dicerita di sekitar internet.

Nabila dibunuh oleh orang gajinya.
Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. 

Dirompak dan dirogol serta dibunuh.
Ada beberapa cerita banyak mengatakan bahawa Keluarga Nabila telah dirompak oleh sekumpulan penyamun. Ketika itu keluarga Nabila tiada dirumah dan hanya tinggal Nabila seorang, Nasib tidak menyebelahi apabila Nabila bukan sahaja disamun tetapi dirogol bergilir - gilir dan dibunuh dengan kejam kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut. 

Bapa Nabila Mengamuk lalu membunuh semua ahli keluarganya. 
Turut banyak diceritakan Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya ( seperti kebiasaan cerita seram ) Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Nama sebenar Nabila adalah Christine.
Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Ini boleh 'disahihkan' dengan adanya pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit berdekatan dengan Banglo Villa Nabila.

Dan apa yang anda baca sebentar tadi adalah daripada beberapa sumber yang Mr.J cari di internet, terlalu banyak sub-story Villa Nabila ini. Seperti kisah - kisah yang lain juga semuanya dan perkara misteri harus dikaitkan dengan pembunuhan ataupun bunuh diri.

Baiklah , berbalik kepada kes terkini iaitu dikatakan seorang budak bawah umur yang ghaib selepas dikatakan mengikut rombongan pendek akal ke Villa Nabila sebaik sahaja mereka memasukki perkarangan Banglo tersebut dikatakan beberapa orang rakan mereka histeria dan kena rasuk dan budak - budak bawah umur tersebut terus berlari ketakutan.

Sehinggalah ketika itu dipercayai seorang lagi budak tertinggal di dalam Banglo tersebut dan hilang yang pasti Hantu Tetek tidak terlibat dalam insiden ini.

Teka - teki kehilangan budak bawah umur tersebut akhirnya terjawap apabila dia dijumpai disorokkan oleh Hantu Pontianak Harum Sundal Malam di Desa Mutiara pada sekitar pukul 2 pagi tadi 19/11/13.

Berikut adalah kenyataan daripada Ketua Polis Johor.
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Shariff mengesahkan remaja berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang kononnya disorokkan di Villa Nabila ditemui bersama teman wanitanya di Desa Mutiara pada jam 12 tengah malam tadi. Harian Metro

Masih menjadi Misteri bagaimana budak tersebut 'mengeluarkan' diri daripada kumpulan budak poyo sehingga muncul di Desa Mutiara dan berada di Desa Mutiara bersama teman wanitanya yang pasti telah disahkan bukan pontianak mahupun hantu tetek di kediaman kekasihnya itu.  Macam sweet jer pasangan kekasih bawah umur ini.

- Mr.J 
mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©