Apa itu AMBAL / SIPUT BULUH , bersama Ms DJP

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
~AMBAL/SIPUT BULUH~ bersama MizzDjp.

Ambal -atau lazim nya di kenali sebagai siput buluh atau lala atau nama lain nya berbeza-beza sebutan, bergantung kepada sesebuah tempat dan bangsa adalah sejenis makanan laut yang boleh di temui di sekitar pantai laut.

Di sarawak, ambal seringkali di temui di sekitar pantai asajaya, Kuching terutama pada musim ambal sekitar bulan october hingga februari. Siput buluh ini amat mudah di cari dan memerlukan 'teknik tertentu' kerana ianya bersembunyi di pasir pantai dan jumlah ambal yg bersembunyi bergantung kepada pasang surutnya air laut.

Secara teknikal, pencari ambal akan menggunakan sejenis kayu di reka khas yang di namakan sebagai 'PENUNGGAL' untuk melancarkan proses pencarian ambal dan sejenis buluh kecil kira2 sebesar sebatang pensil yang sudah di isi dengan serbuk kapur untur memaksa ambal keluar dari persembunyian di dalam pasir pantai.

Lazimnya, ambal seringkali mendapat sambutan yg menggalakkan dan boleh di beli di pasar2 basah sekitar kuching sarawak. Pencari ambal dikhabarkan boleh menjana pendapatan seharian yg agak lumayan dengan menjual ambal dan harga pasaran di anggarkan boleh mencecah sehingga RM18 hingga RM30 sekilogram bergantung kepada jenis ambal tersebut.

Di Kuching, ambal boleh kita temui di jual oleh peniaga ditepi-tepi jalan sekitar kawasan tabuan dan kota samarahan dengan harga rm18 sekilogram. Ambal atau siput buluh ini amat Sedap di makan di masak kari, atau kukus cicah bersama sambal,limau dan cili atau cara lain nya bergantung kepada selera individu. Rasanya seakan akan siput sungai dan mudah di makan tanpa perlu menyedut nya terlebih dahulu.

Siput Buluh atau disebut "Ambal" di Sarawak.

~MizzDjp teringin nak mencuba mencari ambal suatu hari nanti. Ambal ialah feveret seafood mizzdjp selain ketam, sotong dan obor-obor.

#MizzDjp

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©