Kurang Oksigen dalam Otak? Kurang Darah? Darah Tinggi? Atau "Pansak Utai"?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam Sejahtera , hari ini Mr.J tidak mahu bercerita mengenai BR1M ataupun Sosio-Politik mahupun mengenai kisah Si katak kedek.

Mr.J hendak bercerita mengenai kesihatan tetapi yang peliknya Mr.J kurang menjaga kesihatan kerana bagi Mr.J sesuatu kesakitan adalah satu kurnia ataupun cubaan daya tahan badan terhadap kita.

Selagi kuat kesakitan itu dirasakan dan selagi itu Mr.J boleh melawannya maka endingnya sekira Mr.J mampu mengalahkan sesuatu penyakit tersebut tanpa bantuan Doktor maka disitu Mr.J akan merasakan Nikmat yang tak terhingga kerana berjaya mengalahkan 'Penyakit' .

Kucing ini tiada kena mengena dalam kisah Mr.J
Seperti biasa semua perkara ada negetif dan positif jadi setiap penyakit yang terjadi Mr.J akan lawan walaupun kadang - kala kesakitnya tak terhingga.

Baiklah, ini kisah Mr.J semalam dan dalam lingkungan sekitar jam 3 - 4 pagi Mr.J terbangun dari tidur dan bergegas ke tandas.

Tiba - tiba kepala Mr.J rasa berat dan Mr.J cuba untuk melihat keatas dan badan  bergoyang dan sedar tak sedar Mr.J dah sedang terbaring di dalam tandas dan telah pengsan dan tidak pasti berapa lama.

Ini bukanlah kali pertama terjadi kepada Mr.J tetapi ianya terjadi sebanyak 4 kali dan kali terakhir adalah pada tahun lepas dimana di dapur sehingga kepala Mr.J benjol akibat jatuh pengsan dan terhantuk di meja dapur.

Ada rakan yang mengatakan bahawa otak mengalami kekurangan oksigen ada juga yang kata kekurangan darah , darah tinggi dan rakan Mr.J mengikut kepercayaan orang iban kata ianya "Pansak Utai" .

Kalau kekurangan darah selalunya Mr.J akan membeli darah babi ( selepas disejuk ianya berbentuk seperti Tauhu ) dan dimasak dicampur dengan taugeh bagi menambahkan darah dalam badan, masyarakat cina juga mengamalkannya.

Setiap penyakit harus dilawan dan bukanya mengalah dengan ubat. - Mr.J
Mr.J adalah seorang yang amat tidak suka berjumpa dengan doktor kerana bagi Mr.J mereka hanya 'meramalkan' sesuatu penyakit kerana mereka tidak dapat merasa apa yang pesakit itu rasa.

Hal ini terbukti suatu ketika dahulu ketika Mr.J masih agak nakal dengan meminum sebotol cola - cola dan pergi ke klinik dengan alasan sakit perut dengan tujuan mendapatkan surat M.C.

Mesti ramai pembaca disini bertanya apakah itu "Pansak Utai"? adakah ianya sejenis penyakit ataupun sebaliknya. Mungkin rakan - rakan Iban yang membaca disini boleh terangkan diruangan komen dibawah.


+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©