Melikin : Penolong Pengurus Kanan Syarikat Ladang Sawit Cedera DITEMBAK manakala seorang MAUT!

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Danau Melikin, apa yang pasti kes ini kemungkinan ada kaitan dengan beberapa siri kes pencerobohan Tanah Adat NCR . 

Kerana sebelum itu Mr.J pernah mengupas tentang isu Pencerobohan Tanah NCR serta perkhidmatan Samseng Upahan syarikat 'ladang' dan beberapa siri dimana para penduduk Melikin ber'kampung' mengadakan Upacara "Miring" demi mempertahankan tanah mereka. 

Pada Tahun Lepas , seorang penduduk juga menjadi mangsa keganasan Samseng 'Ladang' Upahan. Seorang petani berusia 67 tahun dan penduduk kampung Kampung Tasik Krangas, Serian Surik Anak Muntal, diserang kejam di luar Sekolah Sg Menyan semalam, segera dimasukkan ke hospital Serian dan dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak akibat kecederaan serius yang dialami, dengan pergelangan tangan patah, kedua-dua kaki luka patah dan pelbagai.

Berikut adalah berita daripada Borneo Post 13/2/14

SERIAN: Seorang daripada tiga pekerja sebuah syarikat perladangan kelapa sawit di Melikin di sini yang ditembak dipercayai dengan senapang patah meninggal dunia akibat tembakan di dada serta mukanya, semalam.

Mangsa yang maut ialah John Wong Toh Kiong, 46, berasal dari Nyebong Padi, Sarikei manakala dua yang tercedera ialah penolong pengurus kanan syarikat berkenaan Andrew Wong King Kiat, 40, dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagi Law.
Flash Back 2013: Siapakah Andrew Wong King Kiat? Kita baca dahulu biodatanya yang pernah mengugut dan mencederakan seorang penduduk Melikin dengan Senjata Tajam! # March 2013 # : Berita Tanah NCR: United TeamTrade Sdn Bhd mengupah Samseng untuk 'cubaan' membunuh Penduduk Danau Melikin di Serian. "Surik mengalami patah pergelangan tangan apabila beliau memegang tangan beliau untuk menyekat parang yang mengayunkan ke arah lehernya." - suspek bernama "(((Andrew Wong Kin Kit)))" ditahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Serian, DSP Mohd Jamali Umi semasa kejadian John bersama dua lagi mangsa dalam perjalanan menuju ke pejabat mereka menaiki sebuah pikap jenis Toyota Hilux sekitar jam 12.10 tengah hari.

“Ketiga-tiga mangsa menaiki kenderaan jenis Hilux di jalan utama ladang sawit berkenaan menuju ke pejabat mereka yang terletak kira-kira satu kilometer di hadapan sebelum berlaku tembakan disyaki dari atas bukit sehingga terkena ketiga-tiga mangsa,” kata Jamali.

Menurutnya, John yang juga pemandu pikap tersebut terkena tembakan di bahagian dada dan muka meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Law dan Andrew yang juga terkena tembakan di dada serta tangan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

“Pihak kita masih menjalankan siasatan di tempat kejadian dengan bantuan daripada Unit Forensik serta Pasukan Gerakan Am (PGA), selain turut membuat sekatan jalan raya di beberapa lokasi untuk menjejaki suspek,” ujarnya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman semasa dihubungi memberitahu pihaknya masih menyiasat motif kejadian tersebut.

“Motif masih dalam siasatan tetapi kita percaya mungkin tidak ada kaitan dengan isu tanah kerana difahamkan kebanyakan pekerja di ladang sawit berkenaan juga adalah penduduk kampung di kawasan berkenaan,” katanya.

Sejak setahun lalu, penduduk kampung di Melikin mendakwa tanah adat mereka telah dicerobohi secara haram dan mereka menjadi mangsa keganasan dan ugutan samseng yang didakwa diupah oleh syarikat perladangan.

Selain itu, mereka turut menuduh polis tempatan gagal bertindak terhadap laporan polis yang dibuat oleh mereka, tetapi ia disangkal oleh Jamali dalam satu sidang media pada November tahun lepas.

Menurut Jamali, mereka telah melakukan serbuan pada 30 September lepas di mana beberapa senjata berbahaya termasuk senapang dan peluru hidup telah dirampas daripada kuarters pekerja di ladang kelapa sawit di Balai Ringin.

-

Gambar "Gengster" Ladang Sawit yang ditemabk oleh "Melikin anonymous" , Sebelum ini beberapa siri ugutan pernah dilakukan oleh mereka keatas penduduk Melikin dalam siri tuntutan Tanah Adat NCR serta pencerobohan Syarikat Perladangan Sawit.. serta Samseng Upahan.

Dayaks People Keep Calm.. tapi kalau dijolok "Maut" menanti anda.. jangan pandan rendah Dayaks .. jangan ambil tanah kami.. kamu pukul kami tahan.. kamu ceroboh tanah adat kami.. kami sabar.. tapi gunung berapi tersimpan banyak larva meletus jua..

Dipercayai adalah "Samseng" yang selalu mengangu penduduk Danau Melikin.

+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©