Kenapa sebilangan Masyarakat Luar sering mengatakan "orang sarawak" banyak pakai ilmu hitam?.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sarawak , sebuah tempat yang cukup misteri dari dahulu bahkan sering dikaitkan dengan penggunaan ilmu hitam yang terunggul sekali sehingga mampu menyantau ataupun menyihir anak gadis dari tempat lain khususnya gadis - gadis di semenangjung malaysia.

Suatu ketika dahulu , kehadiran rakyat - rakyat pemuda pemudi Sarawak ke Semenangjung Malaysia amat tidak disenangi oleh masyarakat disekeliling bahkan ada yang 'memomokkan' anak - anak mereka tentang penggunaan Ilmu Sihir dalam masyarakat Sarawak.

"...orang sarawak ini banyak pakai ilmu...kalau pergi ke sarawak nanti anak dara kita tak akan mahu balik sini lagi...jangan berkawan dengan orang sarawak...." 

Itu adalah sebahagian kata - kata sinis daripada masyarakat luar terhadap Rakyat Sarawak. Mr.J tidak tahu kenapa mentaliti sebilangan masyarakat tersebut masih lagi dibawah tahap kurang sedar atau lebih senang Mr.J katakan adalah mentaliti tahap "badigol".

Mungkin mereka lihat dari sejarah lampau iaitu melibatkan tradisi amalan pemburuan kepala dan justeru itu pelbagai andaian dibuat seolah direka bagi menakut - nakutkan anak - anak gadis mereka terhadap orang sarawak terutama seperti Mr.J yang berwajah seakan Pasha Biru ( ini dah keluar tajuk nih ..).

Mr.J tidak mahu mengulas lebih panjang disini kerana Mr.J tahu mungkin anda mempunyai kisah tersendiri yang seakan sama dengan apa yang Mr.J tuliskan.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter  | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©