Kepercayaan dan Mitos : "Hanya Bunyi Guruh dan Petir sahaja yang akan melepaskan Gigitan Kura dan Lelabi".

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hidup bersama dengan pelbagai etnik kaum di Sarawak cukup membuatkan anda mendapatkan pelbagai cerita menarik bahkan amalan serta budaya yang unik sekali.

Kali ini Mr.J hendak berceritakan sedikit mengenai satu *kepercayaan ( tidak pasti sama ada mitos ) mengenai "Gigitan Kura - Kura ataupun Lelabi".

Sewaktu kecil dahulu Mr.J sering diperdengarkan kisah ataupun Pantang Larang sebegini iaitu:
"jari jaga enggai ke diketup lelabi / kura , bunyi guntur kilat baru 'ia' ngeleka ke jari nuan" maksudnya adalah berbunyi "sila jaga jari anda bila menjenguk / menlihat kura/labi-labi kerana khuartir akan digigit 'nya' , hanya bunyi guruh serta kilat barulah 'dia' akan melepaskan jari anda" .

Ini pula dicium labi - labi.
Telah menjadi kebiasaan bagi kanak - kanak apabila melihat sesuatu haiwan di kandang akan berasa teruja bahkan suka menyentuh , mungkin ianya adalah sejenis 'amaran nasihat' kepada kanak - kanak nakal supaya tidak menganggu haiwan tersebut.

Tapi tidak dinafikan bahawa gigitan Kura - Kura mahupun Labi - Labi cukup sakit sekali bahkan ada beberapa berita pernah menyiarkan bahawa gigitan haiwan tersebut mampu memutuskan jari anda. 

Jadi, sila awasi anak anda sekiranya anda anda membela haiwan peliharaan seperti labi - labi ataupun kura - kura kerana bila terkena gigit hanya bunyi guruh serta kilat yang mampu membuatkan haiwan tersebut melepaskan gigitan tersebut.

Mr.J

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©