Apa itu "Tajau" serta kegunaannya dalam Masyarakat Iban di Sarawak. - Ms DJP

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Benda yang seakan - akan berbentuk pasu bunga gergasi ini di namakan sebagai Tajau ( bahasa iban )
Salah satu benda yang wajib ada di dalam sesebuah pintu bilik atau keluarga di dlm rumah panjang org iban.

Tajau melambangkan keistimewaan dan bakat kreatif orang zaman dulu - dulu dalam mencipta barang antik dengan menggunakan tangan dan bahan - bahan semula jadi seperti tanah atau kayu sahaja.

Tajau cukup bernilai tinggi dalam 'Darjat'.
Lazimnya, tajau yg akan anda jumpa di rumah panjang orang iban adalah seperti yg ada di dlm gambar: berwarna putih dengan ukiran naga berwarna biru atau berwarna jingga seakan2 warna tanah. Boleh juga kita lihat dalam pelbagai saiz, bentuk, warna serta ukiran nya.

Pada zaman dahulu tajau ini sangat berguna untuk menyimpan barang2 berharga ataupun barang makanan seperti beras ataupun pekasam dan sangat bagus untuk menyimpan air pengayu/tuak supaya tahan lama dan selamat.

Sehingga kini sebahagian rumah - rumah panjang org iban masih lagi menyimpan tajau dari zaman nenek moyang mereka dulu2. Itupun kalau rumah panjang lama belum hangus lagi.

-MizzDjp- zaman kecik2 suka bersembunyi berjam2 lamanya dlm tajau nenek yg paling besar kalau merajuk.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©