Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Sarawak yang ke-51. (SARAWAK Merdeka pada 22 July 1963)

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hari ini Mr.J hendak berfalsafah berucap dengan mengunakan nada suara seakan - akan seorang sejarahwan dengan rambut yang berserabai dan pakaian yang agak tidak kemas. Ramai Anak Sarawak masih alpa bahkan terpinga - pinga apa yang istimewanya dengan Negaraku Sarawak pada 22 July.

Ketahuilah Sejarah Sarawak.
Baiklah, 22 Julai pada tahun 1963 adalah dimana Sarawak telah Merdeka daripada Jajahan British dan Sarawak adalah sebuah Negara yang Merdeka secara rasminya pada tarikh tersebut. Bagaimana pula kemerdekaan  Malaysia.

Gambar ehsan Agustus Sapen
Bahawa hampir 70% buku teks sekolah menengah tidak menyatakan bahkan menerangkan Sejarah Sarawak secara terperinci. Ramai yang masih tidak tahu hak - hak 'kawalan' serta 'perjanjian perkara 18 - 20'. 

Mr.J cuma nak kongsikan satu skop sahaja hari ini iaitu "Sarawak Merdeka" ada juga slogan seperti "Sarawak Merdeka dalam Malaysia" dimana agak kurang enak didengar bahkan disenangi beberapa pihak pada tahun lepas.

Siapa berhak Memilikki "MALAYSIA"? , ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia dibentuk oleh 3 Entiti Tanah yang Merdeka iaitu "Tanah Melayu" , "North Borneo ( Sabah ) ,Sarawak. Ketiga - tiga entiti tersebut bersatu dibawah satu payung besar yang diberi nama "Negara Persekutuan Malaysia" , sila fahami istilah "Persekutuan" sekiranya anda masih belum faham.
Tarikh Penting dalam Negara Persekutuan Malaysia :
  1. Kemerdekaan Tanah Melayu ( Malaya ) : 31 Ogos 1957
  2. Kemerdekaan Sarawak : 22 Julai 1963
  3. Kemerdekaan Sabah ( North Borneo ) : 31 Ogos 1963 
Negara Persekutuan Malaysia Dibentuk pada "16 September 1963" hasil daripada Persetujuan Negara Sabah & Negara Sarawak bersama Tanah Melayu untuk membentuk Sebuah "Negara Persekutuan" yang dinamakan Malaysia. 
Kesedaran sejarah Sarawak, anak muda berhimpun di seluruh bandar utama di Sarawak menjelang 22 Julai.
22 Julai seharusnya merupakan sebuah cuti umum kepada Rakyat Sarawak kerana ianya untuk mengingati sebuah nilai sejarah yang amat tinggi nilainya kerana bermula 22 Julai 1963 Negara Sarawak Merdeka sepenuhnya.

Mr.J
+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©