Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Sarawak yang ke-51. (SARAWAK Merdeka pada 22 July 1963)

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hari ini Mr.J hendak berfalsafah berucap dengan mengunakan nada suara seakan - akan seorang sejarahwan dengan rambut yang berserabai dan pakaian yang agak tidak kemas. Ramai Anak Sarawak masih alpa bahkan terpinga - pinga apa yang istimewanya dengan Negaraku Sarawak pada 22 July.

Ketahuilah Sejarah Sarawak.
Baiklah, 22 Julai pada tahun 1963 adalah dimana Sarawak telah Merdeka daripada Jajahan British dan Sarawak adalah sebuah Negara yang Merdeka secara rasminya pada tarikh tersebut. Bagaimana pula kemerdekaan  Malaysia.

Gambar ehsan Agustus Sapen
Bahawa hampir 70% buku teks sekolah menengah tidak menyatakan bahkan menerangkan Sejarah Sarawak secara terperinci. Ramai yang masih tidak tahu hak - hak 'kawalan' serta 'perjanjian perkara 18 - 20'. 

Mr.J cuma nak kongsikan satu skop sahaja hari ini iaitu "Sarawak Merdeka" ada juga slogan seperti "Sarawak Merdeka dalam Malaysia" dimana agak kurang enak didengar bahkan disenangi beberapa pihak pada tahun lepas.

Siapa berhak Memilikki "MALAYSIA"? , ramai yang tidak tahu bahawa Malaysia dibentuk oleh 3 Entiti Tanah yang Merdeka iaitu "Tanah Melayu" , "North Borneo ( Sabah ) ,Sarawak. Ketiga - tiga entiti tersebut bersatu dibawah satu payung besar yang diberi nama "Negara Persekutuan Malaysia" , sila fahami istilah "Persekutuan" sekiranya anda masih belum faham.
Tarikh Penting dalam Negara Persekutuan Malaysia :
  1. Kemerdekaan Tanah Melayu ( Malaya ) : 31 Ogos 1957
  2. Kemerdekaan Sarawak : 22 Julai 1963
  3. Kemerdekaan Sabah ( North Borneo ) : 31 Ogos 1963 
Negara Persekutuan Malaysia Dibentuk pada "16 September 1963" hasil daripada Persetujuan Negara Sabah & Negara Sarawak bersama Tanah Melayu untuk membentuk Sebuah "Negara Persekutuan" yang dinamakan Malaysia. 
Kesedaran sejarah Sarawak, anak muda berhimpun di seluruh bandar utama di Sarawak menjelang 22 Julai.
22 Julai seharusnya merupakan sebuah cuti umum kepada Rakyat Sarawak kerana ianya untuk mengingati sebuah nilai sejarah yang amat tinggi nilainya kerana bermula 22 Julai 1963 Negara Sarawak Merdeka sepenuhnya.

Mr.J
+Bio Mr.J | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | sarawak | sabahseen in

Kisah Sabah dan Sarawak setelah 50 membentuk "Malaysia". Apakah Status Taraf Sabah & Sarawak?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Sebuah Nukilan "Bebas" tentang ketidakpuasan hati terhadap sistem pemerintahan di Sebuah Negara Persekutuan yang diangotai oleh 3 Wilayah. Dan mungkin para Menteri hanya akan menjawap "you tak suka kerajaan sekarang u sila keluar Malaysia....

25 Tahun yang lepas kita masih dihargai 
sebagai taraf sebuah "Negara" di Negara 
Bersekutu "Malaysia" serta kita sama taraf
dengan Tanah Melayu dan Singapura.

Tetapi mungkin Sabah & Sarawak "Alpa" dan 
tidak sedar bahawa dalam tempoh 50 tahun
kita telah di"brainwash" termasuk beberapa
sejarah penting Sabah & Sarawak tidak diajar
buku sekolah. 

Kita diajar bahawa 16 september 1963 itu 
bukan tarikh penting dan yang penting adalah
31 Ogos 1957 dan turut diubah bahawa malaysia
merdeka 31 ogos.

Sedangkan Itu tarikh kemerdekaan Tanah Melayu
Iaitu Rakan Kongsi Kita dalam Persekutuan "Malaysia"

Sabah Merdeka = 31 Ogos 1963
Sarawak Merdeka = 22 July 1963
Malaya Merdeka = 31 Ogos 1957

:: 16 September 1963 ::
Lahirnya Negara Persekutuan "Malaysia"
(Sabah,Sarawak,Singapura,Malaya)

:: 7 Ogos 1965 ::
Singapura Keluar dari Gagasan "Malaysia"

:: 8 Ogos 1965 ::
Singapura Merdeka sepenuhnya.

Sekarang Sabah & Sarawak sudah turun "Status"
Dari Sebuah Negara kepada Negeri ke 12 , 13.

Kini Usia "Pertunangan" Sabah , Sarawak dalam 
"Persekutuan Malaysia" baru sahaja 50 tahun..

50 tahun menjadi Anggota di "Malaysia".
Kita sedekahkan pelbagai hasil 
untuk bersama majukan "Malaysia"...
Kita sedekahkan sumber petroleom...
Kita sedekahkan hasil hutan...
Kita sedekahkan hasil pelancongan...

Sehingga berdirinya Menara Berkembar Petronas...
Dimana Hasilnya daripada kita...
Bagi Kita.. Menara itu berkembar...
Kerana ia melambangkan Titik Peluh..
Sabah & Sarawak....

Tapi sayang...tabung hasil kita dikorek
Sehingga kering kontang..
Kita menjadi Termiskin sekali..
Sedangkan mereka bermegah dengan hasil kita..

Tapi Cinta itu tak semestinya indah...

Kita diserang pelbagai isu...
Kita dicaci dihina sebagai masyarakat tak bertamadun..
Kita "masih tinggal dalam gua"....
Kita "masih lagi bercawat".....
Kita "Mengamalkan Ilmu Hitam"....

Semakin hari kita mudah lupa... 
Ayuh Sabahan & Sarawakian...
Misi kita baru bermula...
Biarpun mengambil masa yang lama..
Tahap kesabaran ada hadnya...

Kita mahu merasai nikmat Kemerdekaan Mutlak..
Tanpa "Jajahan" luar...

Sabah for Sabahan!
Sarawak for Sarawakian!



mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Nilai Matawang Ringgit (RM) menurun membuatkan rakyat Singapura gembira.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hari ini iaitu pada 5 September 2013, nilai matawang ringgit malaysia (RM) mengalami kemerosotan iaitu 1 SD bersamaan dengan 2.50 RM .


Jika anda menukar duit Singapura di mana - mana premis pertukaran wang maka nilainya 1 SD adalah diantara 2.20 - 2.50 RM. Diramalkan ringgit akan berkekalan selama 6 bulan akan datang , kemungkinan akan terus merosot kepada 1SD/3MYR @ 3MYR/1SD pada masa yang akan datang. 


Jangan risau, kita ada barisan kabinet yang cukup bijak, cemerlang, terbilang, tersohor, pakar ekonomi memerintah negara . 

- Mr.J

  mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

Selamat Hari Kemerdekaan ke 50 Negara Sarawak. - Masukkan Skop Sejarah Kemerdekaan Sabah & Sarawak dalam Sekolah.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
50 Tahun Sarawak Merdeka / Gemilang 'dalam' Malaysia? , itulah beberapa tajuk yang dipaparkan di sebilangan akhbar online

Taniah disebabkan 'kesedaran' yang tinggi dikalangan anak muda Sarawak yang bersungguh menerangkan serta memberitahu 'Sejarah Sebenar' Sarawak tidak kira di Blog atau di Laman Sosial.


Secara lazimnya di malaysia , kita tidak pernah diajar mengenai apa itu Sejarah Sarawak serta tarikh penting Sarawak dan juga Status Sarawak sebenar adalah sebuah 'Negara' yang berdaulat bergitu juga Negara Sabah atau dikenali sebagai North Borneo sewaktu ketika dahulu.

Kerajaan seharusnya lebih peka kepada 'Sejarah' Penting yang ada seperti contoh memperingatan 4 Tarikh Penting Negara iaitu :



Tarikh Kemerdekaan Negara dalam 'Negara Persekutuan' :
Negara Tanah Melayu ( Malaya ) = 31 Ogos 1957
Negara Sarawak = 22 July 1963
Negara Sabah ( North Borneo ) = 31 Ogos 1963

Tertubuhnya Kerajaan 'Gabungan' atau Negara 'Persekutuan' yang diberi nama 'Malaysia'


Pembentukkan Malaysia = ( Tanah Melayu + Sarawak + Sabah ) = 16 September 1963

Kenapa baru sekarang Hari Kemerdekaan Sarawak disambut walaupun tidak diberi cuti umum Sarawak , 5 tahun yang lepas tiada sesiapa pedulikan hal Sarawak lebih - lebih lagi Sejarah Penting Sarawak.


Itulah Istimewanya 2 Buah Negara tersebut iaitu Sabah & Sarawak kerana mereka ada Perjanjian 18 & 20 Perkara Penting yang perlu dipatuhi oleh Tanah Melayu. 

Mr.J cadangkan supaya Pihak Kementerian Pendidikkan mewujudkan 1 silibus sejarah untuk Sabah & Sarawak supaya anak - anak generasi depan akan lebih memahami kenapa Sabah dan Sarawak agak berlainan dari segi so-sio sosial, dan kenapa ada Tarikh Kemerdekaan sendiri .

Bergitu juga para perwakilan seperti contoh YB Sabah & Sarawak yang dipilih rakyat haruslah lebih peka mengenai isu sejarah Sarawak dan harus memberi penekanan mengenai Sejarah bila berada di Parlimen dan bukannya bergaduh serta bertekak sehingga Sejarah sendiri diabai.


Bergitu juga dengan Iklan di Media sering mengaitkan Sabah & Sarawak agak 'primitif' sering menyiarkan suasana 'hutan' ( bahkan kita tahu bahawa Sarawak kehilangan Hutan Aslinya diganti dengan Hutan Kelapa Sawit ) sehingga kadang kala sebilangan orang luar mengangap Orang Sarawak 'duduk' atas pokok dan tidak pasti ianya berbentuk 'ejekkan terlampau' kepada Orang Sarawak .

Tanpa Sabah & Sarawak tiadanya Menara Petronas serta KLCC.

- Mr.J


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©