BERET HIJAU : Budak Iban dulu tak sama dengan Budak Iban sekarang.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
BERET HIJAU iaitu sebuah Drama bercirikan atau mengisahkan tentang kehidupan anggota Tentera terutamanya "Beret Hijau". Tapi sebelum itu Mr.J beri rating 8/10 Bintang, jalan cerita, episod demi episod yang cukup menarik.

Pelakon yang bertemakan 1Malaysia, satu babak yang paling Mr.J suka adalah apabila dalam satu episod dimana sekumpulan "Beret Hijau" apabila menjalani kursus `survival' atau Kelangsungan Hidup / Ikhtiar Hidup.

"Binatang Apa tu Joni?" - "Itu  Rahsia aku, itulah aku tak rasa lapar"
Budak Iban selalunya menjadi "penyelamat" atau "cikgu" dalam kursus `survival' atau Kelangsungan Hidup dari segi "makanan" kepada rakan mereka, bukan "memberi" makanan tetapi menjadi tempat pertanyaan tentang "boleh makan atau tidak boleh, beracun atau tidak dan sebagainya" kerana mereka seolah seperti telah di 'gazetkan' mengetahui segala - galanya tentang hutan. 

Ular, Biawak, Monyet, Ulat, bahkan "Budak IBAN" pandai mengenali pucuk sayur hutan. Dikala rakan yang lain kebingungan serta mati akal , Minda "Budak IBAN" seakan "automatik" seperti telah disetkan dalam keturunan mereka dan mereka "tahu" apa yang hendak dibuat di dalam Hutan. ( Sila Jangan ulas mengenai Halal & Haram di sini. )


Seakan satu Mesej tersirat dan terselit di dalam Klip video diatas,"Budak Iban sekarang bukan macam Budak Iban Dulu".

Apapun jangan salahkan Pelakon  yang membaca skrip bergitu dan Mr.J sebagai "Budak Iban" mungkin "mesej" tersirat itu adalah untuk menaikkan semangat masyarakat Iban bangkit serta lebih bersemangat seperti dahulu, dimana digeruni keberaniannya.

Bukan hanya dari segi "keberanian" tetapi dalam bidang pendidikan, perniagaan, perusahaan dan banyak lagi supaya mampu bersaing dengan yang lain. Yeah!! Agi Idup Agi Ngelaban" - Mr.J

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©