DRAMA & FILEM : (VIDEO) Official MTV DRAMA "IBAN TAIKO" & sedikit ringkasan menarik.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
IBAN TAIKO, sebuah Drama Iban yang bergenre aksi, mendebarkan, serta bakal membuat para penonton khususnya masyarakat di Sarawak dan Sabah teruja dan pastinya tidak akan melepaskan mahupun ketinggalan untuk menonton setiap episodnya.
Sila Kunjungi FB Page ((( IBAN TAIKO )))untuk mengikuti perkembangan semasa.
AKANG DATANG TVi 180 Astro RTM ( Klik untuk Tonton Online ). Pelbagai mesej yang hendak disampaikan kepada penonton dalam drama ini dimana masyarakat luar selalu memandang rendah keupayaan masyarakat pendalaman seperti penghuni rumah panjang khususnya golongan muda bergitu juga sering dikatakan "ketinggalan zaman".

Ketua Kongsi Gelap "Taiko Joseph" di lakonkan oleh Bruce S Walker dan kiri kuncunya iaitu Jackz Sparrow .
Mampukah Freedie mempertahankan Rumah Panjang serta Tanah Pusakanya daripada di "beli" oleh "Taiko Joseph" dan mampukah penduduk serta penghuni Rumah Panjai bertahan daripada "erangan dan nganguan kumpulan - kumpulan samseng upahan Sindiket tersebut?.

Pastinya Drama ini akan memberi impak yang mendalam kerana disebalik pelbagai babak gengsterism, penyeludupan, pelacuran, ugutan sehingga penonton akan dibawa menyelami beberapa situasi mencemaskan.

Drama Iban Taiko ini banyak menerapkan nilai keakraban serta nilai bersatu teguh diantara penghuni Rumah Panjang.

Tertangkap atau Lolos? Mr.J melakonkan watak Cha Bu. 
Episod yang seterusnya bakal menyebabkan para penonton bermain dengan teka - teki bahkan persoalan mengenai "Labuh Pengerindu" , wajar atau tidak segalanya terjawap di Drama Iban Taiko.

Walaupun genre drama ini adalah aksi tetapi setiap episodnya penuh dengan nilai moral tersendiri, contohnya sifat tamak, mata duitan dan banyak lagi.

Tanpa belas kasihan. Shalena sebagai Stacy  ditampar oleh Carlos yang dilakonkan oleh Julio.
Pelbagai mesej yang hendak disampaikan kepada penonton dalam drama ini dimana masyarakat luar selalu memandang rendah keupayaan masyarakat pendalaman seperti penghuni rumah panjang khususnya golongan muda bergitu juga sering dikatakan "ketinggalan zaman".

Perebutan Cinta atau Perangkap Cinta? (kiri) Zenna sebagai Melisa
Pastikan anda menonton Drama Iban Taiko, ini kerana Mr.J yakin drama ini bakal menjadi satu fenomena baru di Sarawak khususnya bagi masyarakat Dayak Iban.

Di bawah ini adalah Musik Video "MTV DRAMA IBAN TAIKO" dan di dalam MTV tersebut pembaca boleh melihat sedikit babak ataupun adegan Para Pelakon Drama Iban Taiko.


Tajuk Lagu : IBAN TAIKO
Penyanyi : Kumpulan LA PROJECT
Pencipta Lagu & Lirik : Jesley Jabu / Mathius Mambang
Terbitan : Allen Tinggie Trading Sdn Bhd (ATTSB)

Jangan lupa kunjungi Facebook Rasmi Drama Iban Taiko supaya anda boleh mengikuti perkembangan semasa.

Sipnosis Drama Iban Taiko :

Donny Lang sebagai Freedie
Ianya Mengisahkan Seorang Pemuda Iban bernama Freddie yang bertarung nyawa melawan samseng samseng yang dihantar oleh seorang peniaga kaya.

Perniaga yang mengaut keuntungan dari kegiatan haram yang mana peniaga tersebut berminat dengan kampung beliau yang mempunyai kayu balak bermutu tinggi dan tanah yang strategik untuk kawasan penanaman sawit serta pembangunan hartanah.

Freddie trepaksa menempuh banyak rintangan serta berhadapan dengan maut sekiranya beliau terus berani mempertahankan tanah pusaka peninggalan nenek moyang nya.

_________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©