EKSKLUSIF :Kubur Temenggong Datuk Kanang ak Langkau diabaikan tanpa nama & batu nisan oleh Kerajaan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
"Saya cukup sedih dan geram bila melihat kubur beliau tampa bernisan dan nama tiada penghormatan seperti yang dicakapkan.berapa lama lagi nak buat kubur pahlawan negara ini? kami anak kanang tak minta harta tak mengemis meminta bantuan harta benda rumah dan sebagainya untuk kepentingan kami....kami minta kubur ayah kami dibuat sebaik mungkin seperti yang dijanjikan...rasa nak NGAYAU pun ada rasanya hati ini!!!!" ujar Koperal Langgi anak Kanang.

Koperal Langgi dengan Potret Ayahnya.
Koperal Langgi anak Kanang iaitu anak kepada Perwira Negara Malaysia yang disegani serta dihormati oleh Masyarakat Dayak di Sarawak dan juga keseluruhan Malaysia khasnya iaitu Temenggong Datuk Kanang anak Langkau.

"Perkataan yang cukup saya ingat!! Memang betul Datuk Temenggong Kanang anak Langkau ini ayah kamu tetapi Badannya adalah Hak Kerajaan......segala urusan pengebumian beliau kerajaan akan urusan termasuk kubur beliau...jangan risau!!!" ujar Koperal Langgi anak Kanang 

Ya, Badannya adalah Hak Kerajaan tapi adakan Jasad seorang Perwira Negara di perlakukan sedemikian seolah - olah dimasukkan di dalam peti dan diletakkan sesuka hati tanpa nama dan tanpa berbatu nisan. Sepanjang hidupnya Beliau taat setia kepada Negara dan berjuang hingga titisan darah terakhir biarpun berpuluh - puluh peluru menuju Beliau.
Keadaan Kubur Mendiang Datuk Temenggong Kanang ak Langkau
Mendiang Datuk Temenggung Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981. Tidak terfikir dek fikiran setempat bahawa kubur seorang penerima anugerah daripada Sultan sebegitu rupa.

Tindakkan ini mungkin akan lebih menguatkan presepsi "AK" (iaitu merujuk kepada "anak" di kad pengenalan) dalam Masyarakat Dayak iaitu sentiasa "Akan Dikemudiankan" dalam apa jua sektor dalam kerajaan atau istilah lain iaitu "dianaktirikan" bergitu juga presepsi "bangsa" oleh kerana Mendiang Rakyat Sarawak dan tidak berbangsa Melayu maka cukuplah sekadar 'ala kadar' .

Jadi itulah apa yang sedang bermain dan menjadi tanda tanya oleh masyarakat di Sarawak sekiranya pembaca khususnya rakyat luar Sarawak ingin tahu.

Luahan Koperal Langgi anak Kanang juga turut di suratkhabar berbahasa Iban di Sarawak.
Mr.J sempat berbual dengan Koperal Langgi anak Kanang melalui 'facebook' dan tertarik dengan satu mesej daripada beliau iaitu "Sesingkang enda surut ama mansang agi idup agi ngelaban!" yang membawa maksud Selangkah tidak pernah berundur terus mara selagi hidup selagi ku lawan

Jadi, semoga Pihak yang sepatutnya terlibat yang mengendalikan urusan ini haruslah lebih Peka dan jangan sampai Koperal Langgi anak Kanang rasa mahu "Ngayau".

Menurut Koperal Langgi anak Kanang, terdahulu beliau sendiri hendak mengendalikan kuburnya tetapi kalau mereka (kerajaan) tidak berjanji mahu menyiapkan kubur tersebut memang kami tidak mahu mendiang diletakkan di Kuching dan seharusnya di tempatkan di Daerah Simanggang iaitu bersebelahan Kubur Isteri Mendiang atau Ibu Koperal Linggi.

Kami tidak menangih simpati atau kekayaan kepada Kerajaan tapi kami hanya minta kubur beliau diperelokkan dengan sepatutnya

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©