INFO : Senarai nama & ciri - ciri jenis Babi mengikut dalam Bahasa Masyarakat Dayak Iban.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
INFO & Budaya, kali ini Mr.J berkongsikan sedikit sebanyak tentang jenis - jenis nama babi serta ciri di dalam kepercayaan Masyarakat Dayak Iban.

Empat huruf dalam satu perkataan dua huruf kembar dan dua huruf vokal iaitu BABI dan Mr.J pasti ramai yang akan cuba mengelak untuk menaip penuh nama haiwan tersebut kerana khuartir atas sebab tertentu selalunya menaip dengan tidak penuh atau menambahkan simbol seperti contoh "bab1 bab# b@bi".

Di Kepulauan Borneo terdapat berbagai - bagai jenis Babi serta bentuknya.
Tetapi yang menariknya ramai yang akan "menyeru" nama Babi apabila berada dalam satu keadaan "marah". Individu akan "menyeru" nama Babi tanpa disedari dan ianya berlaku tidak mengira agama, bangsa dan budaya individu tersebut.

Eh!, terlebih sudahhh..Mr.J tidak sihat beberapa hari ini tapi pembaca jangan risau, jari jemari Mr.J tetap ghairah untuk mendakap erat papan kekunci ini. Ok, berbalik kepada tajuk asal dan dibawah ini adalah beberapa jenis serta ciri babi oleh masyarakat Dayak Iban.

Babi Bandam 
Sejenis dengan Babi Babas atau Babi Kampung tetapi mempunyai Saiz yang sangat besar. Di dalam kepercayaan Masyarakat Dayak Iban, Babi Bandam adalah berpuaka kerana pada zaman dahulu Babi Bandam adalah tempat dimana "Hantu Garang" menyamar dan menyelongkar kubur.

"sebansa babi kampung ti pemadu besai. Dalam budaya Iban, Iban arapka babi tu berantu. Ku sida nya alai antu mangah ngarung diri dalam babi lalu bagas nyengkubang pendam kelia."

Babi Belang
Babi Belang iaitu Babi yang mempunyai corak bulu berwarna putih dah "Babi Belang" juga istilah Masyarakat Dayak Iban merujuk kepada Orang Putih pada zaman dahulu.

"ianya babi ti bebulu burak apus pia mega babi belang jaku kelaung dikena nyebut orang putih."

Babi Belingau : "babi ti rindu diau kediri ari raban, bebau belingau sereta enda nyamai diempa."
Babi Belingau, spesis babi yang suka menyendiri dari kawanan babi - babi yang lain menurut masyarakat Iban Babi tersebut tidak enak dan tidak sedap isi dagingnya.

Babi Bindu
Merujuk kepada Babi Betina atau disebut dengan nama Babi Indu oleh masyarakat Dayak Iban.

Babi Kampung / Babas "Babi ke idup siga dalam kampung."
Babi Kampung adalah spesis Babi yang hidup liar di dalam hutan tebal 

Babi Dupan "bagi babi ke ditupu tauka diinang tang nyau udah tuai."
Babi Belaan dalam sangkar atau kandang sehingga tua.

Babi Karau : "Babi iya ke kurang lebih sebulan"
Babi Karau panggilan kepada Babi yang berumur tidak lebih sebulan.


Babi Emperingat : "Babi ti baru beumur kurang lebih setaun"
Panggilan kepada Babi yang berumur tidak lebih 1 tahun.

Babi Ngelampai : "Babi ke beumur kurang lebih dua taun"
Panggilan kepada Babi yang berumur tidak lebih 2 tahun.

Babi Sepa : "Babi Indu ti udah beranak"
Babi yang telah beranak.

Babi Tunggal : "Babi ti siko-siko aja di puak kampung enda bergulai enggau babi bukai"
Babi yang tunggal adalah saiz yang agak besar dengan taring yang panjang serta bermuka bengis sering bergerak bersendirian.

Babi Kambau
Babi Kambau adalah sejenis babi hutan yang sangat jarang ditemui, mampu membunuh beberapa ekor anjing pemburu apabila diancam serta melawan sekiranya tersempak dengan anjing.

Babi Kambau "sebansa babi kampung ti jarang ditemu, bauh munung sereta bebau isi ke enda tentu nyamai diempa, mangah lebuh disalak uduk."

Babi Menua :  babi tupi ke dagin iya diempa. selalu diguna kelebih agi maya bisi ngintu gawai asal."
Babi Menua adalah babi yang kebiasaannya dibela oleh Masyarakat Dayak Iban di Rumah Panjang, babi tersebut sering digunakan dalam upacara tradisional seperti korban untuk sambutan Hari Gawai Dayak.

Babi Sambas : "sebansa babi ditupi ti besai, idup makai sum, disemelih ngulihka dagin ke empa."
Babi belaan yang membesar dengan diberi makan "sum" dan dibela untuk daging.

Babi Nyadi : "babi ti bisi tanah begumpal ba iku, betaring begelung muntat. Jarang ditemu".
Babi Nyadi merujuk kepada Babi yang kelihatan tidak "semulajadi" kelihatan "Jadian", mempunyai gumpalan tanah di bahagian ekor serta taring yang bergelung - gelung dan sangat jarang ditemui.

Babi Sanggul : "sebansa babi kampung ti besai munung sereta besanggul gaya."
Babi Sanggul, sama spesis dengan Babi babas atau hutan tetapi bahagian leher belakang yang besar dan kelihatan "bersanggul".

Babi Tuduh : "jako reti iya begenselanka dua iku manuk ke ganti siku babi."
Merujuk kepada dua ekor ayam yang dikorbankan sebagai ganti seekor babi atas sebab - sebab tertentu

Nah, itu hanyalah sebahagian yang Mr.J tahu dan mungkin ada banyak lagi, sekiranya ada yang mahu menambah bolehlah tinggalkan di ruangan komen.

Keunikkan serta Pemahaman Budaya di Sabah & Sarawak harus diperbanyakkan di dalam persekolahan malaysia kerana di malaysia tidak hanya ada Cina, India dan Melayu bahkan anda harus tahu lebih daripada 30 etnik di Sarawak dan di Sabah bergitu juga Bahasa.

Mr.J sewaktu Perayaan Hari Gawai Dayak 2013 di Rumah Panjang
Agak "menjanggalkan" sekiranya masih ada yang mengangap masyarakat di Sarawak tinggal di dalam gua atau atas pokok serta yang paling "tempurung kelapa" sekali bila ada yang mengatakan Orang di Sarawak memakai cawat dan makan orang.

Populasi Dayak kini berselerak ke seluruh negeri di Tanah Melayu atau dikenali Semenangjung malaysia, Johor adalah diantara negeri yang paling banyak Masyarakat Dayak dari Sarawak yang kini telah bermastautin tetap disana bahkan tertubuhnya Persatuan Dayak Iban Johor dan wujudnya Market Borneo dan sebagainya.

- Mr.J

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©