Kenapa UMNO tidak mahu Negara Sabah & Negara Sarawak menarik diri dari Negara Persekutuan Malaysia?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Untuk pengetahuan UMNO tidak dibenarkan oleh Kerajaan Sarawak untuk menyebarkan Ideologi "Dakwah" mereka jauh sekali bertapak kerana ianya dilihat kepada lebih bersifat "bangsa" simbolik "Keris" serta "Ketuanan Melayu".Tidak dapat melambangkan etnik lebih dari 40 kaum di Sarawak.

Mantan KM Sarawak berkali - kali pernah berkata "Pastikan Politik RASIS UMNO" tidak dibawa ke Sarawak.
Mari Kita lihat dari Presepsi Manakah UMNO tidak dibenarkan di Sarawak melalui rekod Arkid Berita

Melayu Sarawak harus bersatu- Utusan Borneo August 29, 2014 , Jumaat
Adenan yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, bukan sahaja parti pembangkang tetapi Sarawak turut tidak menerima kewujudan UMNO, yang juga merupakan parti berasal dari Semenanjung Malaysia, meskipun ia Barisan Nasional (BN).
1:  Ketua Menteri Sarawak yang LAYAK menjadi Perdana Menteri - Rujuk Sumber 12: Taib kata UMNO Parti RASIS - Rujuk Sumber 23: Sinisnya Kritikan Menteri Sarawak terhadap UMNO -Rujuk Sumber 3
Perlukah Umno ke Sarawak?
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan akan bersara pada 28 Februari ini (8 hari dari sekarang) selepas mempengerusikan mesyuarat BN Sarawak.

Beliau berkata jangan beri parti rasis, Umno bertapak di negeri bumi Kenyalang itu.Kenapa Taib begitu marah kepada Umno?

Dibawah ini adalah petikan berita harian 29/11/14 tentang individu yang bertindak menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan segelintir individu yang bertindak menghasut Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan hanya akan berunding dengan kumpulan kecil ini jika mereka mendesak isu royalti atau kuasa dibincangkan.

"Kita tidak akan sesekali biarkan isu Sabah dan Sarawak ini diperbesarkan.

"Apa yang penting, jika mereka fikir ada hak tertentu seperti royalti dan kuasa yang perlu dibincangkan, kita boleh runding tetapi untuk bawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia... kita tidak akan benarkan sama sekali," katanya pada sidang media selepas berucap pada sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Peningkatan & Kelantangan Kumpulan - Kumpulan "Bersuara" untuk "Keluar".
Mungkin ini adalah malapetaka kerana suatu ketika dahulu, ngo pro kerajaan pernah berkata "Jika tak suka Malaysia Sila keluar Malaysia!" , maka inilah simpulan bahasa termakan kata sendiri.

Dengan rasa sakit yang amat sangat dikalangan anak Sabah & Sarawak akhirnya satu demi satu, sikit demi sedikit akhirnya membentuk satu "Pengikut" yang kini dijumlahkan lebih puluhan ribu walau tiada angka rasmi dicatatkan bagi penyokong reforendum "Sabah Sarawak Keluar Malaysia". 

Dari Individu ke kumpulan, satu masa nanti bakal "mengoncang" dunia!.
Ini tidak dicampurkan sekali dengan beberapa pecahan kumpulan "Pro - Reforendum" di Sarawak contohnya Pertubuhan yang semakin menjadi sebutan rakyat Sarawak sekarang iaitu "S4S" ( Sarawak for Sarawakians ) , SAPA, dan beberapa lagi kumpulan lain. 

Dari dahulu lagi, Anak Watan Sarawak sudah merasakan akan "ditindas" jika bersama dalam Pembentukkan Malaysia.
Tujuan mereka nyata iaitu menuntut kemerdekaan buat kali kedua mutlak, kerana selama ini dalam pembentukkan malaysia tidak ubah seperti Sabah & Sarawak "dijajah" dalam pelbagai sektor bermula dari hasil minyak dan eko pelancongan sehingga ke jawatan pegawai dalam perkhidmatan awam. 

JADI PERSOALANNYA Kenapa UMNO tidak mahu Negara Sabah & Negara Sarawak menarik diri dari Negara Persekutuan Malaysia?

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©