Sipnopsis SUMPAHAN PERJANJIAN 1963 - Cinrta Palsu MAT LAYA, terhadap madunya SARAH WATTS, SHALVAL & SII NGA FUA.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SUMPAHAN PERJANJIAN 1963 - Kisah hidup Pemuda yang bernama Mat Laya dan tiga madunya iaitu bernama SARAH WATTS, SHALVAL & SII NGA FUA. kini tidak lagi seakrab seperti dahulu , tetapi sebelum Mr.J menceritakan selebih lanjut kisah mereka disini Mr.J memperkenalkan siapa Pemuda yang bernama Mat Laya

Sebelum itu Mat Laya mempunyai tiga orang isteri iaitu yang ketiga adalah bernama SII NGA FUA seorang gadis kerdil dan comel . Pada 16 September 1963 mereka membentuk sebuah keluarga bernama 'Malaysia' .

Cik SII NGA FUA. kini lebih selesa dan berjaya berbanding SARAH WATTS, SHALVAL 
Tetapi hubungan Mat Layadengan Isteri ketiga iaitu SII NGA FUA hanya bertahan selama dua tahun iaitu tahun 1963 hingga 1965 sahaja ekoran SII NGA FUA telah mengetahui bahawa Mat Laya tidak menyintainya sepenuhnya dan hanya mempergunakan dia ini kerana Mat Laya  tahu bahawa SII NGA FUA adalah seorang gadis yang cerdik akal .

SII NGA FUA menasihati madunya yang lain iaitu SARAH WATTS, SHALVAL tetapi mungkin kerana pujukkan si Malaya menyebabkan  SHALVAL dan  SARAH WATTS yang ketika itu masih mentah lagi terus lena dengan rayuan Mat Laya.

Sekarang sudah 50 tahun Perkahwinan Mat Laya dengan SHALVAL dan SARAH WATTS , pelbagai kontroversi dicetuskan oleh Mat Laya dan mungkin inilah yang dinamakan 'habis madu sepah dibuang' .

Segala harta pusaka SHALVAL dan SARAH WATTS telah banyak dilaburkan untuk Mat Laya  membuka perniagaannya seperti Petrokadas dan sebagainya.

Sekarang Mat Laya dengan lantang mencemuh untuk menukar segala 'status' HALVAL dan SARAH WATTS dan pelbagai hinaan serta cacian juga dileparkan kepada mereka berdua , andai mengetahui SHALVAL dan SARAH WATTS  mempunyai 'harta' maka mereka disayang kembali.

Bagaimana dengan nasib bekas isteri Mat Laya iaitu  SII NGA FUA. ?  SII NGA FUA kini tampak lebih berjaya dan membangun dengan berdiri di atas kaki sendiri tanpa 'ganguan' daripada orang lain bahkan  SII NGA FUA. menjadi lebih dikenali kerana kebijaksanaannya dalam menguruskan perbelanjaan serta perniagaannya sendiri dan menguruskan segalanya lebih 'terlus' dan 'tanpa rasuah' .

Umpama menangisi sebuah 'kematian' , SHALVAL dan SARAH WATTS terus dihina , dipinggir bahkan dipergunakan untuk mengaut keutungan berganda kepada Malaya sedangkan SHALVAL dan SARAH WATTS terus dibiarkan sehelai sepingan.

16 September adalah bukan lagi tarikh ulangtahun yang mengembirakan kepada SHALVAL dan SARAH WATTS  kerana ianya telah berubah menjadi sebuah tarikh 'berkabung' daripada tarikh perkahwinan.

Sebelum itu , SHALVAL dan SARAH WATTS telah membuat surat 'akujanji' yang meliputi pelbagai aspek sebanyak 20 Perkara tetapi ternyata ianya seperti melepaskan batuk ditangga .

Keinginan SHALVAL dan SARAH WATTS untuk bercerai dengan Suami mereka semakin melonjak ekoran terlalu banyak 'parasit' seperti spesis katak dan yang lain menjangkiti Suami mereka MAT LAYA , sering mengabaikan Nafkah yang seharusnya diberi kepada Isteri-Isterinya.

- Mr.J

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©