PENDAPAT : SAPA vs SSKM vs SSM vs S4S - Lawan sesama sendiri. - Larry Emong Liang

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Buat petition sendiri, kumpul signature berasingan, caci-mencaci, saling mengkhianati, berlagak, mahu jadi hero dan lain-lain kebodohan. Terima kasih, sebab mengelirukan kami dan membunuh niat kami. Berpuak-puak dan mempunyai semangat assabiyah itu bukankah lebih kepada senario politik?

Yang nak sokong tu, tau-taulah perjuangan korang akan sampai ke mana. Jangan mudah terpedaya dengan posting, kedudukan dan cerita yang mereka bawa. Semua ada agenda tersendiri. Saya tidak anti kepada Agenda Borneo, Autonomi mahupun cerita merdeka, tetapi saya anti kepada NGO dan individu yang merosakkan perpaduan. NGO berdaftar ke tak, sama sahaja jika niat lebih kepada POLITIK dan mereka ini TEROVER daripada kaum pribumi.


Mungkin ada seorang dua yang benar-benar serius berjuang dan perjalanan nawaitu/niat mereka amatlah jauh dan tidak berpenghujung, disebabkan berpanji sama dengan NGO yg bodoh, tidak matang dan menolak sebarang bentuk penggabungan. Saya nampak ramai ahli politik yang suam-suam kuku menjadikan Agenda Borneo ini sebagai satu batu loncatan. Jika sudah hidup di rencah politik, maka perwatakan mereka juga berbaur hanyir politik.

Kadang-kadang kasihan melihat mereka (rakyat) yang terus diperalatkan, hanya disebabkan oleh dek emosi dan nurani yang telah dibutakan oleh semangat nasionalisme yang fanatik. BN atau PR tidak perlu gusar dengan kebangkitan ahli politik yang ber"agenda borneo" dan kumpulan badut FB ini, sebab mereka lebih kepada satu pertubuhan pelawak dan pencaci yang berdaftar.

Bagi saya, agenda borneo akan kita dapat capai atau autonomi bebas akan dapat kita kecapi sekirannya ada persafahaman diantara badut,pelawak dan pencaci berdaftar ini untuk berkongsi pentas. Malangnya, cuma ada satu dua yang sudi menghulurkan jari jemari persaudaraan dan yang lain-lain, lebih rela untuk memperjudikan harapan rakyat borneo dengan ego dan rentak politik mereka.

Jangan lupa, signature yang mereka kutip itu adalah AMANAH yang tidak harus dipolitikan. Juga, sekarang bukan zaman Rosli Dhoby untuk kita menghunus badik mematikan rentak lawan. Benar atau tidak perjuangan mereka, hanya akan ditentukan oleh nasib,takdir, kecekalan,semangat, perpaduan dan kehendak - NYA sahaja.

Tepuk dada, tanya minda.
Tepuk bahu, jangan tertipu.
Larry Emong Liang
12.43 PM/8.11.2014
Pandan Indah, KL

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©