SMS yang dihantar oleh ‘Madam’ (penyelia wanita), mengakibatkan seorang isteri dicekik suaminya.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
sekadar gambar hiasan
SIBU - “Saya cuba menjelaskan bahawa SMS itu adalah mengenai permohonan cuti yang dihantar oleh ‘Madam’ (penyelia wanita), tetapi lewat dibalas dan baharu diterima awal pagi tadi (semalam),” kata pengadu yang berasal dari Julau.

Kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Tiong Hua pada jam 3 pagi itu, pengadu, 37, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Sibu dikatakan sedang tidur apabila suaminya mengejutkan dan terus memarahinya.

Menurut pengadu, suaminya, 43, menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan seseorang di tempat kerja kerana memikirkan SMS tersebut dihantar oleh seorang lelaki. Akibat pergelutan itu, pengadu mengalami luka di muka dan lebam di dada dan berasa sakit di lengan kanan.

Pengadu berkata, dia memohon cuti daripada penyelianya kerana ingin berehat selepas bekerja syif selama 12 jam sejak dua minggu lalu.

Katanya lagi bahawa bukan kali pertama menimpanya sambil menceritakan bahawa dia pernah dipukul oleh suaminya di kepala menggunakan bangku yang menyebabkannya menerima lima jahitan pada Oktober tahun lepas. Bagaimanapun, katanya, dia tidak membuat laporan polis ketika itu kerana dia masih bersabar dan menghormati suaminya yang bekerja sebagai buruh.

Pengadu yang mempunyai enam orang anak berumur antara empat tahun dan 20 tahun turut mendakwa suaminya juga pernah membelasah anak lelaki ketiga mereka sehingga hampir pengsan semasa dia cuba menghalang ayahnya daripada memukulnya bertubi-tubi suatu ketika dahulu.

Bimbang berdepan dengan masalah sama pada masa akan datang, pengadu nekad untuk membuat laporan polis terhadap suaminya di Balai Polis Sentral pada jam 10 pagi semalam. Bertindak atas maklumat, pihak polis telah menghubungi suami pengadu untuk hadir ke balai bagi membantu siasatan kes.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©