Membaca perkongsian cerita dari lelaki yang bernama Syahril A. Kadir ini, membuatkan kami terasa berterima kasih kerana mengembali lagi rasa kemanusiaan dalam diri.
Dikala warga pantai timur dilanda musibah banjir, ada juga cerita-cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama.
Kali ini, cerita mengenai seorang lelaki berbangsa Iban turut menghulurkan bantuan di pantai timur bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Baca cerita yang dikongsikan oleh Syahril. Moga dapat membuka mata kita semua, membantu orang yang memerlukan bantuan, usah mengira bangsa dan agama. - Media Orang Kampung
Bagi Mr.J pula, membantu serta memberikan bantuan tanpa mengira Agama, Bangsa serta Budaya sudah lahir sejak dari kecil lagi di jati diri anak - anak Sarawak.
Ini dibuktikan dengan Negara Sarawak yang tidak pernah ada sengketa mengenai Agama bahkan masing - masing sangat bertolak ansur.
Mungkin inilah sebabnya Pemimpin Sarawak sangat ambil berat tentang beberapa "NGO" yang bersifat "Ketuanan Bangsa" dan juga yang sering mengapi - apikan "Agama" yakni dari luar Sarawak kebanyakkannya di "haram" kan masuk ke Sarawak. - Mr.J
Hero Gevinsa atau Jack adalah orang paling awal menyuarakan hasratnya untuk menjadi sukarelawan. |
ANAK IBAN MENABUR BAKTI. - Oleh Syahril Kadir
Ketika kami sedang 'bergelut' mencari dana dan sumbangan sebelum bertolak ke Gua Musang kelmarin, Hero Gevinsa atau Jack adalah orang paling awal menyuarakan hasratnya untuk menjadi sukarelawan.
Katanya dia tak mampu nak sumbang lebih-lebih, tapi kalau setakat tenaga, dia janji nk bagi 110 peratus nk bantu mangsa banjir di Kelantan.
Mula-mula kami agak skeptikal juga, maklumlah Jack beragama Kristian, orang Iban, bertatu punyalah besor...takutlah dia susah nak menyesuaikan dirinya dengan budaya penduduk tempatan.
Namun bila sampai di zon bencana, Jack bertukar menjadi sangat LUAR BIASA, bekerja tanpa henti dari pagi membawa ke malam! Dia ibarat Rentap, pahlawan terkenal Iban, berjuang habis-habisan membantu mangsa banjir.
Perbezaan agama dan budaya dia tolak tepi dulu. Lumpur, semak, samun, banjir dia redah semacam. Syabas anak Miri, syabas anak Iban, oghang Saghawak pasti bagga! #prayforpantaitimur. - Syahril Kadir
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"