Anak IBAN menabur bakti bantu mangsa banjir di Pantai Timur Kelantan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Membaca perkongsian cerita dari lelaki yang bernama Syahril A. Kadir ini, membuatkan kami terasa berterima kasih kerana mengembali lagi rasa kemanusiaan dalam diri.

Dikala warga pantai timur dilanda musibah banjir, ada juga cerita-cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Kali ini, cerita mengenai seorang lelaki berbangsa Iban turut menghulurkan bantuan di pantai timur bagi membantu mangsa-mangsa banjir. Baca cerita yang dikongsikan oleh Syahril. Moga dapat membuka mata kita semua, membantu orang yang memerlukan bantuan, usah mengira bangsa dan agama. - Media Orang Kampung 

Bagi Mr.J pula, membantu serta memberikan bantuan tanpa mengira Agama, Bangsa serta Budaya sudah lahir sejak dari kecil lagi di jati diri anak - anak Sarawak. 

Ini dibuktikan dengan Negara Sarawak yang tidak pernah ada sengketa mengenai Agama bahkan masing - masing sangat bertolak ansur. 

Mungkin inilah sebabnya Pemimpin Sarawak sangat ambil berat tentang beberapa "NGO" yang bersifat "Ketuanan Bangsa" dan juga yang sering mengapi - apikan "Agama" yakni dari luar Sarawak kebanyakkannya di "haram" kan masuk ke Sarawak. - Mr.J 

Hero Gevinsa atau Jack adalah orang paling awal menyuarakan hasratnya untuk menjadi sukarelawan.
 ANAK IBAN MENABUR BAKTI.  - Oleh  Syahril Kadir 

Ketika kami sedang 'bergelut' mencari dana dan sumbangan sebelum bertolak ke Gua Musang kelmarin, Hero Gevinsa atau Jack adalah orang paling awal menyuarakan hasratnya untuk menjadi sukarelawan.

Katanya dia tak mampu nak sumbang lebih-lebih, tapi kalau setakat tenaga, dia janji nk bagi 110 peratus nk bantu mangsa banjir di Kelantan.

Mula-mula kami agak skeptikal juga, maklumlah Jack beragama Kristian, orang Iban, bertatu punyalah besor...takutlah dia susah nak menyesuaikan dirinya dengan budaya penduduk tempatan.

Namun bila sampai di zon bencana, Jack bertukar menjadi sangat LUAR BIASA, bekerja tanpa henti dari pagi membawa ke malam! Dia ibarat Rentap, pahlawan terkenal Iban, berjuang habis-habisan membantu mangsa banjir.

Perbezaan agama dan budaya dia tolak tepi dulu. Lumpur, semak, samun, banjir dia redah semacam. Syabas anak Miri, syabas anak Iban, oghang Saghawak pasti bagga! ‪#‎prayforpantaitimur.  -  Syahril Kadir 

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Telur Ayam Bakar? Resepi khas Apai Lipai, unik dari Kepulauan Borneo.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Apa khabar semua pembaca dan masih tidak terlambat untuk Mr.J mengucapkan Selamat Mengharungi Tahun 2015.

Telur Ayam Bakar menjadi pembuka bicara  yang pertama untuk permulaan tahun 2015 di dalam blog ini.

Lebih disebut dengan panggilan "Teluk Tunu" oleh Mr.J dan rakan sekampung. Beberapa hari yang lepas Mr.J berkunjung ke rumah rakan sekampung iaitu Remy yang juga merupakan DJ penyampai Radio di Bintulu FM dan lebih dikenali dengan nama samaran "Apai Lipai".

Membakar  / BBQ Telur Ayam mempunyai teknik tertentu bagi mengelakkan kejadian letupan - letupn yang tak diingini berlaku, maklumlah rupa telur ayam pun dah seakan sebutir bom tangan.

* komputer mr.j rosak jadi terpaksa post dari telefon bimbit.. :-(

LIMBANG : "Lawaaaaa Dek Uuuu..", Kisah Luang Si Pengumpul tin kosong.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kalau di Sarikei ada Leha seringgit, di Limbang pula ada nya seorang istimewa bernama Luang yang selalu memeriahkan suasana.

Beliau sering kelihatan merayau rayau di sekitar bandar limbang dengan memakai uniform yang kadangkala kelihatan seperti securiti guard, dan kadang - kadang boleh sampai ke Batu Danau yang jarak nya lebih kurang 20 kilometer dari Bandar Limbang dengan hanya berjalan kaki. 

"Lawa Dek You"
Luang dengan Slogan "lawa dek u' 
Walaubagaimanapun, Luang tidak pernah menggangu orang awam dan tidak juga meminta duit, bahkan kadangkala jika bernasib baik, Luang akan memberi sesiapa sahaja secara rambang Nombor Ekor 4D untuk di beli. Mengena atau tidak itu saya tak pernah siasat. 

Luang sering menghabiskan masa nya merayau rayau di bandar dengan mengumpul tin-tin kosong untuk di jual dan yang paling penting adalah Trademark atau Slogan Luang ialah :

Semoga Luang sentiasa sihat walafiat dan rezeki yang baik bagi membolehkan beliau menjalani hidup nya seperti org lain. Amen.

"Lawaaaa d uuuuu...!! hikhik.."  - #mizzDjp

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

HUKUM ADAT IBAN: "Ngintu Adat Jadi Mali" atau "Perkahwin Terlarang". - Ms.DJP

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Terlebih dahulu, sebelum mengupas cerita ini lebih lanjut, saya terpaksa berfikir beberapa jam samada hendak menulis artikel ini dalam Bahasa Iban atau melayu, ini kerana selepas membuat sedikit temuramah dalam bahasa iban bersama beberapa warga emas untuk mengorek cerita mengenai adat ini termasuk lah menemuramah ibu saya sendiri.

Ibu saya yang pernah menyaksikan adat ini dilakukan di kampung saya beberapa tahun lalu, tapi saya percaya, bukan hanya orang iban sahaja yg ingin tahu mengenai adat ini, tapi mungkin juga saudara dan sahabat kita yang lain nya berbangsa melayu, india  atau mungkin dusun dan kadazan dari sabah. Jadi, biarlah saya mengambil langkah yang adil untuk kefahaman semua.

'Jadi Mali' atau perkahwinan terlarang ini boleh kita definisikan sebagai perkahwinan di antara dua orang yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi mempunyai hubungan kekeluargaan yang sangat dekat seperti contoh : 
Ibu/bapa saudara yang hendak mengahwini anak saudara nya (anak kepada adik atau kakak/abang) dalam adat kaum iban, pada mulanya, apabila ahli keluarga mula mengetahui hubungan pasangan ini, langkah pertama ialah hubungan itu HARUS di tentang dan di halang terlebih dahulu. 
Namun, apabila keadaan menjadi tidak dapat di elak kan utk menghalang mereka dari berkahwin, sebagai contoh: si gadis sudah pun hamil maka adat ini harus di lakukan untuk mengelakkan semua bencana dan malapetaka yang di sebabkan oleh 'jadi mali' ini berlaku pada masa hadapan.

Adat ini bermula dengan pasangan pengantin harus di lakukan di sungai di mana mereka akan dimandi kan dengan Darah Khinzir (seperti dalam gambar). Pasangan pengantin di payungi dengan 'Pua Kumbu' oleh dua orang wanita dan kedudukan pasangan ini haruslah berada pada sebelah hilir sungai. 

Sementara dua orang lagi yang di ketuai oleh penghulu kampung dan ketua adat menyembelih seekor khinzir pada hala yang sama namun dari hulu sungai untuk membolehkan darah khinzir itu hanyut dan melalui pasangan pengantin yang duduk di sebelah hilir sungai. 

Sambil menyebut beberapa kata-kata 'sampi/doa' semoga kehidupan pasangan tersebut sentiasa selamat dan di lindungi dalam melayari alam rumah tangga. 

Adat mandi darah khinzir ini juga turut di sertakan dengan hukuman berupa sebuah kebuk, piring kaca, dan duit hukuman dalam jumlah RM200-300 mengikut berapa dekatnya jarak hubungan kekeluargaan di antara pasangan tersebut. Walau bagaimana pun perkahwinan di antara sepupu tidak termasuk dalam kategori 'mali' dalam masyarakat iban.


Setelah habis mengorek cerita mengenai acara adat jadi mali daripada ibu saya, saya juga turut bertanya, bagaimana jika adat ini tidak di lakukan, dan pasangan itu hanya meneruskan perkahwinan seperti biasa?

Info Tambahan:
Dahulu kalau, "Jadi Mali" ini boleh dikenakan hukum Adat lama iaitu kedua - dua akan dibunuh dengan buluh runcing.

"..nitih ke tusut, ukum iya kena bunoh kadua dua iko seduai ke ngaga penyalah nya, jalai munoh seduai ti jadi salah serak tauka jadi mali tu iya nya enggau buloh aur pantang ke udah di lancham tajam bendar lalu dipantang ka ba tubuh seduai ti di pegulai ka betangkup dalam siti lubang.." - Adat Bansa Iban Blog

Ibu saya menjawab, menurut kepercayaan nenek moyang dulu kala, perkahwinan yang terhasil daripada 'jadi mali' akan mengundang bencana besar seperti 'kudi' atau tanah runtuh. Kehidupan pasangan yang jadi mali juga tidak tenteram atau tidak sihat dan kurang mendapat rezeki dalam kehidupan seharian. Jika mereka di kurniakan anak, kemungkinan anak mereka akan lahir dengan cacat anggota badan atau otak.

Oleh itu, adat mandi darah khinzir di lakukan untuk membatalkan semua bencana tersebut. Bagaimanapun, seiring peredaran zaman yang semakin moden dan canggih adat ini sehingga kini masih di lakukan oleh masyarakat iban.

Namun saya percaya jika adat ini tidak di lakukan sekalipun, secara saintifik dan fakta dari aspek genetik dan biologi manusia, perkahwinan di kalangan sesama saudara terdekat adalah tidak di galakkan kerana tidak berapa elok perkembangan nya dalam melahirkan zuriat.

Namun, siapalah kita untuk menolak takdir kerana setiap kejadian adalah ketentuan kuasa Tuhan yang Maha Kuasa.

Panduan:
Sampi = Doa
Kebuk = Sejenis tajau yang bentuknya kecil.
Kudi = Bencana ribut kuat atau puting beliung.

P/s: Jika anda mempunyai info yang lebih mendalam mengenai adat ini boleh lah singgah di ruang komen. Komen anda amat di hargai. - #‎mizzDjp‬ 

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

KOMEN : "BABY HATCH".Pusat Perlindungan Bayi dikendalikan oleh OrphanCARE.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
.Pusat Perlindungan Bayi dikendalikan oleh OrphanCARE.
Bagi pandangan saya isu ni memang sensitif bagi semua pihak. Negara kita terdiri daripada rakyat yang 70% perihatin, 30% tidak perihatin, atau sebaliknya, jadi fikir sendiri diri kita di situasi mana. 

Tak semua anak gadis diluar sana JAHAT dan tidak bertanggungjawab, tak semua anak bujang diluar sana JAHAT dan tidak bertanggungjawab,dan juga tak semua ahli keluarga diluar sana tidak terima cucu yang bakal lahir dengan status anak luar nikah.Semua orang pernah buat silap ,saya pun selalu buat silap.

Kenapa Produk ni wujud hanya pengurus pusat ini sahaja tahu kenapa,mengapa dan buat apa?
  1. Adakah kerana niat yang baik
  2. Adakah kerana niat tidak baik
  3. Adakah kerana publisiti
  4. Atau tiada dalam senarai diatas

Bagi saya produk ni TIDAK perlu wujud dalam negara kita yang rakyatnya penuh dengan sifat bertimbang rasa,kasih sayang dan sebagainya.Lagi pun rakyat kita berbilang bangsa,kaum,adat,etnik,agama,toleransi dan sebagainya.
What the eerrmmm...... nak carut tak boleh,nak maki tak boleh, nak buat bodoh, nanti teman pulak yang jadi bodoh, nak diam rasa meroyan tu nak buat apa sekarang..cer kabo jap ehh..!!! "BABY HATCH" apa tu.. tempat menyimpan baby, ada ruang udara ke kat dalam tu, maunya lemas baby tu,udah isu kes bunuh pulak.
Anda diluar sana tahu tak statistik kemalangan yang berlaku di negara kita lebih tinggi berbanding isu anak ditinggalkan di sana sini. Kalau nak ikutkan setiap hari ada sahaja kemalangan maut yang berlaku, tapi isu anak HARAM ni,statistiknya lagi kurang daripada kes kemalangan.

Dan jangan cepat melatah menunding jari kepada anak HARAM, ada juga anak haram ni yang berjaya dalam hidup mereka,kerana TUHAN tidak akan menghukum seseorang tanpa sebab. 

Tahukah anda anak gadis yang ingin membuat "treatment" gugurkan kandungan di klinik atau hospital swasta, ke manakah JANIN tersebut dibuang, dibakul sampahkah? di beg plastikkah atau di buat produk kecantikan? anda tahu dimana? saya pun tak tahu dimana, tapi semua orang pernah buat silap, mana tahu pekerja dia dah tersilap buang JANIN tu dalam tong sampah, lalu dijumpai oleh orang awam, bila sebutan kes dibuat hanya dua tiga hari je,lepas tu senyap atau berapa orang yang perihatin di skrin kaca tv anda tertera "diperolehi dari pustaka". Sebab kita nampak yang jelas tapi tak nampak apa yang tersirat.

Setiap perniagaan mesti ada saingannya untuk maju.,dan tidak mustahil JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT ( JKM ) pun ada saingan. produk ni walaupun dibuat oleh satu badan NGO tapi masih lagi berurusan dengan JKM.

Kalau ikut logiknya mampukah pengurus ni, nak bayar gaji cik kak cuci lantai dan pekerja didalam pusat ini,kalau tak ada satu sumber yang tolong nak majukan tempat ni. Boleh ke kerja sukarela, sanggup ke? Jadi produk ni dikeluarkan semua atas sebab WANG, kerana wang kita jadi leka, lalai dan tidak ada sifat perikemanusiaan. 

Mungkin isu ni dikeluarkan kerana pusat asuhan akhlak penuh, pusat anak yatim kurang dana dan JKM perkhidmatannya lambat.Jadi kita sendiri fikir apa tujuaan isu ni dikeluarkan,kalau kita marah,maki,bergosip sekuat mana pun, produk ni tetap dah ada di negara kita sekarang, jadi kita yang mampu bersuara tapi masih tak diendahkan. 

Hanya mampu tengok dan lihat atau usaha untuk mengelakkan benda yang macam ni keluar lagi di negara kita.Belum lagi mesin cuci pinggan mangkuk dipasarkan secara terbuka kat negara kita, mau bini2 en abang jadi QUEEN CONTROL sepenuh masa. Amacam cik kak marah? Dimana kita ,siapa diri kita,apa yang kita cari buatlah ikhlas untuk keluarga sendiri.

Jaga hati kita ,didik hati kita untuk bagi yang terbaik untuk semua orang kerana kejayaan itu datang dari hati,bukan IKUT HATI. saya salah seorang rakyat SEMENANJUNG dan SABAH SARAWAK..memang sedih, hiba bila dengar produk ni dikeluarkan kat negara kita. 
Sorry.. Mr.J saya terpaksa bagi komen yang panjang ni kat sini,kalau hantar kat email admin@pengerindu.com , takut kena ambik no ,lambat nak tunggu,sementara isu ni masih panas saya tulis kat sini ye, tak marah kan...huhuh.
Akhir kata dari saya tolong ambik tisu jap nak nangis...huhuhuhu..SALAM SAYANG dari saya untuk anda semua.

### Sue Nani ### 

SURAT adalah dimana para pengujung atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsikan pendapat, isu semasa, permikiran serta apa sahaja yang anda rasa ingin dikongsikan di WeBlog ini dengan menghantar ke email admin@pengerindu.com .
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Isteri mengeluh, suami berubah setelah apabila badan dari boroi berubah ke sasa.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SURAT adalah dimana para pengujung atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsikan pendapat, isu semasa, permikiran serta apa sahaja yang anda rasa ingin dikongsikan di WeBlog ini dengan menghantar ke email admin@pengerindu.com .

Dahulu suaminya gemuk, boroi maka si Isteri menyarankan kepada Suaminya untuk bersenam pergi Gym sebab isterinya minat cerita rindu awak 200% pelakonnya tampan dan sasa....suaminya malas sangat pergi gym tetapi atas desakkan Isterinya maka dia seminggu sekali pergi gym ..akhirnya telah menjadi Hobi suaminya ke gym.

Rakan-rakan Si Isteri memuji ketampanan serta tubuh suaminya yang sasa itu. Si Isteri mula gelisah, ketampanan serta tubuh sasa suaminya mengakibatkan suaminya menjadi pandangan umun di sekitar flat tempat tinggal apatah lagi berdekatan dengan kawasan rumah2 sewa pelajar universiti lebih lebih lagi anak - anak dara yang sentiasa mencuri mengintai ...malah ada yang 'mengoda' suaminya ketika suaminya memotong rumput diluar halaman rumah..

Kini, setiap kali si suami pergi ke gym...setiap kali itulah hati isteri gelisah.. samaada ke gym atau ...atau si isteri risau ...suaminya akan di ambil orang...isterinya mengeluh kerana menyesal serta menyuruhnya pergi ke gym dulu.. alangkah indahnya semasa suaminya boroi..bila isteri masak..suaminya makan semua masakan..sekarang suaminya dah pandai berkata makan itu tak boleh ini tak boleh kerna lemak...masa untuk bersama pun dah kurang sebab setiap petang pergi ke gym..kalau dulu setiap petang selalu dengan si isteri mandikan anak kuceng..

- Keluhan Persatuan tak official Isteri - Isteri Malaysia -

SURAT adalah dimana para pengujung atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsikan pendapat, isu semasa, permikiran serta apa sahaja yang anda rasa ingin dikongsikan di WeBlog ini dengan menghantar ke email admin@pengerindu.com .

Komunis dan Gerakan Kiri di Tanah Borneo. Penjajahan atau Perjuangan? - Comrade Dean

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SURAT adalah dimana para pengujung atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsikan pendapat, isu semasa, permikiran serta apa sahaja yang anda rasa ingin dikongsikan di WeBlog ini dengan menghantar ke email admin@pengerindu.com .

Comrade Dean - " IBAB Yang berbunyi..."
Selama kini aku tidak pernah ambil peduli tentang gerakan kiri ataupun komunism di Borneo. Jikalau tidak kerana komrad dari North Borneo menyuruh lakukan research maka aku masih lagi bebal dalam dunia komunism dan masih hanya tahu dan mengenali mereka yang didalam perjuangan menentang penjajah di Tanah Melayu ini sahaja, dan tidak satu sosok tubuh komrad pun yang aku kenal dan mengetahui kisah gerakan kiri dan komunis dari Borneo. Ini juga pengalaman bermakna bagi aku.

Salute Mi Familia.

Gerakan kiri dan komunis bermula tanggal 19 September 1971. Yang mana lokasi gerakan ini bertempat di Sarawak. Dinamakan Pasukan Rakyat Kalimantan Utara atau dengan panggilan PARAKU. Ia adalah sebuah parti politik di bawah North Kalimantan Communist Party sub sayap bersenjata. PARAKU ini diketuai oleh Wen Min Chyuan berbangsa Cina. Keanggotaan parti sayap bersenjata ini majority adalah dari etnik Cina. 

Wen Min Chyuan juga adalah ahli bagi Organisasi Komunis Sarawak dan pernah menganggotai Sarawak United People’s Party selama 4 tahun bermula dari tahun 1960. Bermulanya PARAKU ini adalah berpunca dari Konfrantasi Indonesia – Malaysia yang berlangsung selama 3 tahun, dimana dikala itu pegangan tampok pemerintahan Indonesia di bawah Bung Karno. Kala ini Bung Karno melihat Malaysia adalah sebuah boneka Colonial English walaupun dikala ini ia sudah Merdeka dari penjajahan. 

Bung Karno juga melihat apa yang cuba Tunku Abdul Rahman ungkapkan pada tahun 1961 Mei, dimana Tunku Abdul Rahman menyatakan gagasan MALAYSIA yang meliputi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa bertanyakan terlebih dahulu kepada penduduk-penduduk asal Kalimantan Utara dan mengibaratkan Kalimantan Utara ini milik penuh Persekutuan Tanah Melayu, telah mengakibatkan berlakunya penolakan penduduk. Dan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ini adalah semata - mata menjadi paksi Colonial English di Asia Tenggara ini. Bung Karno telah nampak akan hal ini dan menganggap dan percaya setiap rakyat di tanah yang mereka pijak layak menentukan kehendak mereka sendiri. 

Maka bermulanya gerakan kiri dan komunis di Sarawak, yang mana bertempat di kota- kota Sarawak. Kelompok – kelompok ini keahlian nya hampir kesemuanya adalah dari Cina dan kaum Iban. Dengan Kalimantan Utara dtumbuhi hutan dara yang unik maka mereka ini lah yang layak menjadi inti dalam perjuangan mengangkat senjata dan melaungkan “Ganyang Malaysia”.

Disember 8 1962, Syekh A.M Azahari kepimpinan Parti Rakyat Brunei telah mengproklaimkan berdirinya Negara Nasional Kalimantan Utara yang meliputi Sarawak, Sabah dan Brunei. Ini adalah kerana pada tahun 1962 telah berlaku revolusi Anti – Malaysia di Brunei. Ini adalah suatu tindakan yang bagus kerana, mereka melihat terlaksananya Federasi Malaysia segala sosio, budaya, agama dan politik akan dimanopoli oleh Persekutuan Tanah Melayu. Sekarang kita telah saksikan bagaimana Federasi Malaysia ini terbentuk apabila melihat perbezaan sosio dan politik diantara Semenanjung dan Tanah Borneo ini. 

Dan atas pembentukan Federasi Malaysia ini juga ribuan masyarakat Cina yang berfahamanan komunis telah lari meninggalkan Sarawak, dan yang tinggal adalah Pasukan Gerila Rakyat Sarawak atau dengan singkatan PGRS.
Pulau Borneo 

Proklaiman Syekh A.M Azhari terhadap Sarawak, Sabah dan Brunei telah mengakibatkan keteganggan diantara Tentera Nasional Kalimantan Utara yang ditubuhkan untuk mempertahankan Negara Nasional Kalimantan Utara dengan tentera Colonial English yang masih berpengkalan di Persekutuan Tanah Melayu walaupun dikala ini ia sudah Merdeka. Tetapi Syekh A.M Azahari tidak dapat menahan tekanan dari pihak English dan mempertahankan pemerintahan pusat di Kalimantan Utara maka ia memindahkan pemerintahan ke Manila dan kerajaan Indonesia memberi asylum politik kepada Syekh A.M Azhari bersama Panglima Abang Kifli ke Jakarta. 

Bibit – bibit tahun mendatang merupakan tekanan yang perlu dialami oleh Parti Komunis Sarawak, dimana mereka telah berpindah dari Kalimantan Utara ke Kalimantan Barat. Tiga tokoh iaitu Yap Chung Ho, Wong Ho, Liem Yen Hwa, dan Yacob dari Sarawak Advance Youth Association (SAYA) telah ditemukan dengan dua tokoh dari Parti Komunis Sarawak iaitu Wen Min Tjuen dan Wong Kee Chok di Kalimantan Barat pada tahun 63, demi membahas garis perjuangan dan akhirnya mendapat sokongan dan bantuan dari Syekh A.M Azahari dan Panglima Abang Kifli beserta dengan Tentera Nasional Kalimantan Utara nya.

Syekh A.M Azahari (Brubei), Kelompok Yap Chung Ho (Sarawak), dan Soebandrio (Indonesia) telah mengadakan pertemuan yang pertama di Sintang dan mengagaskan satu pasukan bersenjata yang diberi nama Pasukan Gerila Rakyat Sarawak (PGRS) dan Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) sub pecahan dari Tentera Nasional Kalimantan Utara. Basis pasukan ini dimulakan dengan sepuluh orang anak buah Yap Chung Ho yang dilatih di Bogor selama sebulan, kemudian nya kembali ke Asuangsang untuk melatih lagi seramai 60 pasukan yang menanti mereka tamat latihan di Bogor. 

Semasa episode “Ganyang Malaysia”, ramai sukarelawan yang membantu perang dengan Malaysia. Mereka terdiri dari para pelarian dari Sarawak, yang umumnya etnik Tionghoa dan partisipan komunis, juga sukarelawan dari Singkawang, Bengkayang, dan berbagai wilayah di Indonesia yang terdiri atas berbagai etnik seperti Melayu, Dayak, dan Tionghoa. Seramai 28 ahli dari Sarawak United People Party telah dilatih militer di Dodiktif 18 – Tandjungpura, Bengkayang pada Mei dan Jun 1964.

Bung Karno, Mantan Presiden Indonesia
Mereka ini adalah pelarian yang lari ke Kalimantan Barat. Paraku-PGRS bahu-membahu bersama TNI dan sukarelawan Indonesia untuk menghadapi pasukan Malaysia yang dibantu bala tentara Gurkha, English, dan Australia sepanjang masa konfrontasi. Wilayah perbatasan antara Kalimantan Barat dengan Kalimantan Utara menjadi garis depan medan pertempuran. Seorang peneliti Tionghoa, Benny Subianto, mengungkapkan kehebatan gerilawan Paraku - PGRS ketika melawan pasukan Gurkha English. 

Kedua pasukan itu hampir berhasil menghancurkan garnisun 1/2 British Gurkha Rifles dalam sebuah serangan terhadap distrik Long Jawi pada 28 September 1963. Dari fakta-fakta sejarah tersebut, Paraku - PGRS tampak menjadi pahlawan bagi Indonesia selama era konfrontasi.

Kelicikan Pemerintah Indonesia, melalui BPI (Badan Pusat Intel), membuat “kisah” PGRS - PARAKU tidak menjadi hebohan publik pada tahun 1963 - 1965 (sebelum G 30 S). Seperti yang dihuraikan L.H. Kadir, saksi sejarah, mantan Wakil Gabenor Kalbar 2003 - 2008, pada masa konfrontasi bekerja sebagai pegawai negeri di Putusibau (1963 - 1965) dan Mahasiswa APDN (1965 - 1968):
“Sekitar tahun 1963 - 1964 tidak ada pernyataan dukungan Indonesia terhadap PGRS/PARAKU. Masyarakat hanya tahu bahwa ada pergolakan rakyat di perbatasan. Setahu saya setelah peristiwa G 30 S baru ada di koran berita tentang PGRS/PARAKU. Sebelum itu yang dikenal sukwan... Sewaktu masih di Putusibau, saya pernah mengantar sukwan dari Putusibau untuk berlatih di perbatasan. Saya dengan speed ke Semitau diperintah Dandim Hartono supaya mengantar. Orang-orang yang saya antar Cina semua waktu itu. Mereka bawa senjata, ada pula amoi-amoi, banyak perempuan. Ada juga dokter dua orang, mereka latihan di Badau.”
Dan bermulanya era hitam PARAKU – PGRS apabila konfrantasi Indonesia – Malaysia berakhir dengan pendamaian dan kata sepakat. Kata sepakat yang menyatakan bahawasanya PARAKU – PGRS di cop sebagai CT atau Communist Terrorist. Setelah mereka bergadai nyawa dan membantu, berganding bahu bersama – sama TNI akhirnya apa yang terjadi pada gerakan kiri dan komunis di Persekutuan Tanah Melayu berlaku jua pada PARAKU – PGRS. 

Dan akibat telah di cop sebagai CT maka, gerakan memburu mereka telah bermula. Meletus berbagai peperangan diantara TNI dan PARAKU – PGRS dimana TNI dikala itu dibantu oleh Malaysia – English, dan salah satunya adalah yang terjadi di Pangkalan Udara Sanggau Ledo, Bengkayang, Kalimantan Barat. Di masa ini juga PARAKU – PGRS mendapat jolokan baru iaitu Gerombolan Tjina Komunis (GTK). Semenjak itu berlaku Operasi Sapu Bersih 1, 2 dan 3 bermula pada April 1967 hingga Desember 1969 dibawah komando Brigadir Jenderal AJ Witono.

Peristiwa Mangkok Darah terjadi apabila pelaksanaan Operasi Saber I tidak memuaskan. Faktor-faktor kegagalan disebabkan kurangnya tenaga tempur, dan pihak PGRS - PARAKU lebih mengenal keadaan medan dan dapat menarik simpati kaum pribumi yaitu suku Dayak setempat. PGRS - PARAKU juga mudah berpecah dan menyusup ke dalam masyarakat untuk menghilangkan diri dari dikesan. 

Hal itu disebabkan masyarakat dan kampung-kampung Tionghoa tersebar luas sampai ke daerah pendalaman seluruh Kalimantan Barat. Dalam Operasi Saber, terjadi peristiwa Mangkok Merah pada bulan Oktober - November 1967. 

Mangkok Darah
Peristiwa Mangkok Merah dipicu oleh terjadinya penculikan dan kekerasan yang dialami Temenggung Dayak di Sanggau Ledo. Tahun 1967, seorang guru orang Dayak ditemukan dibunuh di Sungkung, Kecamatan Siding, Kabupaten Bengkayang. 3 September 1967 ada sembilan orang Dayak diculik di Kampung Taum dan baru ditemukan tidak bernyawa oleh masyarakat dan TNI pada 5 September 1967. TNI mempropagandakan kekerasan itu dilakukan oleh GTK alias Paraku - PGRS. 

Propaganda diperkuat penemuan sembilan mayat oleh Rejimen Para Komando Angkatan Darat (RPKAD) yang disahkan sebagai mayat tokoh-tokoh Dayak. Gerakan pembasmian PGRS - PARAKU pada 14 Oktober 1967 dikenal dengan sebutan “Demonstrasi Suku Dayak”. Gerakan ini kemudian menyebar luas menjadi luapan emosi etnik Dayak, hingga upacara mangkok merah diadakan.

Gerakan ini menjadi sentimen rasial dengan mengfokuskan etnik Tionghoa sebagai anggota PGRS - PARAKU dan menjadi korban gerakan demonstrasi. Gerakan ini mengakibatkan pengusiran besar-besaran etnik Tionghoa menuju ke Kota Pontianak, menimbulkan masalah beban perkongsian di kota-kota penampungan, derita psikis yang dialami keluarga korban pembantaian, dan lumpuhnya sirkulasi perdagangan di daerah pedalaman Kalimantan Barat. 

Setelah gerakan Suku Dayak, kegiatan-kegiatan PGRS - PARAKU mulai menurun. Tekanan-tekanan Pasukan Indonesia menyebabkan PGRS - PARAKU semakin tersepit. Putusnya jalur logistik dengan mengusirnya ribuan orang Tionghoa menyebabkan banyak anggota PGRS - PARAKU yang menyerahkan diri. Presiden Soeharto dikala itu, dalam pidato kenegaraan 16 Agustus 1968, secara khusus mengucapkan terima kasih kepada Suku Dayak di Kalbar yang telah membantu pemerintah menumpas sisa-sisa gerombolan PGRS - PARAKU di Kalbar.

Maka dengan ini, kita dapat menyimpulkan perjuangan gerakan kiri dan komunis di Sarawak ini telah dinodai dengan bibit hitam kelicikan pemerintahan dua negara Malaysia dan Indonesia. Setelah dipergunakan, akhirnya dihapuskan demi kerakusan atau lebih sesuai dikatakan ketakutan pemerintah Malaysia dan Indonesia keatas PARAKU – PGRS ini kerana parti ini dengan cepat melebarkan sayap nya. Maka SOP perlu dilaksanakan iaitu penghapusan terus menerus hingga kebanyakan ahli - ahli PARAKU – PGRS ini menyerah diri sepenuhnya. 

Sesuatu yang kita maklum ini akan berlaku, tetapi yang menyedihkan kita apabila, sejarah sebenar itu dimanipulasikan tanpa menghuraikan hal – hal yang sebenarnya. Hal – hal dimana para perjuang gerakan kiri dan komunis ini di salah erti kan oleh generasi sekarang. Setelah mereka berjuang demi Negara Nasional Kalimantan Utara ini dari Federasi Malaysia, akhirnya mereka telah dikhianati kembali. Pengakhiran yang cukup menyedihkan. Sesuatu yang memang dijangka akan berlaku bagi setiap gerakan kiri dan komunis di mana – mana sahaja. 

Gerakan kiri dan komunis akan di pandang serong biarpun mereka telah berjuang dengan nyawa demi matlamat dan ambisi yang mungkin sama dengan sekutu – sekutu nya, tetapi dikhianati juga oleh sekutu –sekutu nya apabila mereka telah dapat apa yang mereka inginkan. Keinginan untuk MEMERINTAH dan BERKUASA.

Salute Mi Familia untuk semua pendokong gerakan kiri dan komunis, khusus nya untuk para pejuang gerakan kiri dan komunis di Tanah Borneo.

- Comrade Dean - " IBAB Yang berbunyi..."
- Reff : world wide web



SURAT adalah dimana para pengujung atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsikan pendapat, isu semasa, permikiran serta apa sahaja yang anda rasa ingin dikongsikan di WeBlog ini dengan menghantar ke email admin@pengerindu.com .


SURAT : Apa Khabar BABI?. Sifat Babi yang harus dijadikan Contoh. - Ocha Vozvyshennyy

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SURAT adalah dimana para pengujung atau sesiapa sahaja yang ingin berkongsikan pendapat, isu semasa, permikiran serta apa sahaja yang anda rasa ingin dikongsikan di WeBlog ini dengan menghantar ke email admin@pengerindu.com .

....peribadi luaran babi itu sendiri banyak yang perlu kita teliti dan fahami,sifat rendah dirinya....

 by Ocha Vozvyshennyy
Semua bahan bacaan yang aku jumpa tentang BABI adalah berbentuk mengheret penghinaan terhadap binatang itu,ini hanya kerana mahu membenarkan kitab-kitab agama mereka yang bercerita tentang BABI.

Aku faham kau mencari bukti terhadap kebenaran-kebenaran kitab dari agama yang dipegang masing-masing,tetapi kita perlu juga lihat bagaimana cara penyampaian yang kita sampaikan, agar tidak ketahap penghinaan terhadap binatang tersebut,ia cuma binatang yang diciptakan tuhan,atas apa segala yang telah tuhan ciptakan datang dari hasil tangan tuhan,sudah pasti ianya suci,apakah tuhan yang anda percaya membenarkan penghinaan terhadap benda-benda ciptaanNya? sekalipun batu, pokok, babi, anjing dan sebagainya.

Masalah ini telah lama wujud,kita boleh lihat penghinaan terhadap binatang babi ini telah menular sekian lama dalam gaya percakapan sesebuah masyarakat,kita juga boleh menilai masyarakat mana yang mempunyai sifat hormat kepada babi ini dan masyarakat yang tidak hormat kepada babi. apakah gelaran-gelaran binatang seperti babi dan anjing ini yang digelarkan(mencarut) pada manusia lain itu satu perkara terhormat? atau ianya secara tidak langsung menghina binatang tersebut,dan terus gelaran-gelaran ini di bawa turun temurun?

Bayangkanlah berapa lama kita semua telah menghina ciptaan-ciptaan tuhan yang kita percaya ini sejak sekian lama,oleh kerana kita sering mencari sudut negatiflah kita menjadi negatif terhadap sesuatu yang kita cari,

Seperti contoh sifat babi yang tiada perasaan cemburu jika pasangan seksualnya 5 minit yang lepas melakukan hubungan seksual bersama babi lain pula selepas 5 minit berikutnya,ya ini tidak berlaku pada binatang-binatang yang lain yang mempunyai perasaan cemburu, jika kita melihat ianya dari sudut negatif sudah pasti kita berfikir tentang gaya hidup bertukar-tukar pasangan yang jijik,bagaimana pula jika kita memandang dari sudut positif bahawa tiada sifat cemburu sesama mereka dan diterapkan dalam nilai-nilai murni insan kita,hapuskan sifat cemburu dan kurang pergaduhan sesama sendiri seperti babi,kita ikut cara babi,tuhan menciptakan alam dan kehidupan sekeliling kita dengan sifat mereka masing-masing untuk manusia melihat dan belajar.

Begitu juga nilai-nilai dan sifat babi yang lainya seperti gaya hidup berkumpulan, menyayangi keturunan masing-masing dan banyak lagi yang perlu kita pelajari tentang sifat-sifat mulia babi. peribadi luaran babi itu sendiri banyak yang perlu kita teliti dan fahami,sifat rendah dirinya dengan makan tahi sendiri,macam aku cakap tadi,jika kita membaca sesuatu dengan nilai positif makan positif la diri kita, fizikal babi yang memandang kehadapan tanpa toleh itu juga antara sifat yang perlu dipegang,memandang kehadapan dengan cita-cita kita tanpa menangguh-nangguh pekerjaan yang kita ingin lakukan dengan menyibuk tentang hal-hal lain di kiri dan kanan, dengan itulah antara cara kita mahu mencapai sesebuah kejayaan.

Banyak lagi perkara kita boleh meneliti kembali akan gaya dan layanan kita terhadap perkara dan benda-benda kita keji selama ini, cuma kita diri sendiri mahu mencari dan menilainya bagaimana,ini juga boleh diterapkan pada pandangan kita terhadap sesama insan,sekali lagi aku tekankan, jika kita berfikir positif tehadap sesuatu,maka positiflah diri kita dan jika kita menilai negatif terhadap sesuatu maka negatif jugalah diri kita.

"Babi Itu Suci"
- Ocha Vozvyshennyy -

Serba Salah Punca Segalanya. Apabila Isteri meluahkan perasaan di "fb" dan bukan kepada Suami.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sebelum saya luahkan apa yang telah terjadi kepada saya, terlebih dahulu saya terangkan apa yang perlu ada dalam diri masing-masing sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga. 

Ya, cinta sejati, sehati sejiwa dan setia.

Tetapi, tanpa pengorbanan, kesabaran dan kepercayaan dari diri masing-masing adalah sukar untuk terus bertahan sehingga memusnahkan apa yang telah kita usahakan selepas mendirikan rumahtangga.

Jadi, apa yang sedangberlaku kepada saya adalah akibat daripada kekurangan yang sayakatakan tadi. Kepercayaan, kesabaran, pengorbanan dan juga sikap bertolak ansur.

Pada mula-mula, sememangnya kata-kata cinta yang menjadi tunggak kepercayaan, kesetiaan dan kesabaran tetapi sampai bila? Sampai bila pulak pengorbanan itu harus berakhir? 

Tiada siapa yang tahu, itulah dugaan menguji kesabaran, kesetiaan dan kepercayaan seseorang itu. Seandainya, salah seorang daripadanya tergugat dengan kata-kata hasutan dan dorongan orang lain, maka berlakulah ketidaksefahaman sesama sendiri. 

Di situlah keteguhan dan keutuhan rumahtangga tergugat. Kepercayaan dan kesetiaan hilang sama sekali. Percayalah, ini telah berlaku kepada saya. Sehingga isteri yang selama INI saya cintai ingin mensia-siakan pengorbanan yang telah kami lakukan selama 5 tahun berakhir begitu sahaja Hanya Tuhan yang Maha mengetahui.

Kawan-kawan yang saya hormati, salah satu lagi penyebabnya adalah F.B. Jangan Di salahgunakan F.B, apa yang telah saya lalui amat lah menyeksakan hidup dan rumahtangga saya. Apabila si isteri ingin meluahkan perasaannya, hanya Di F.B, bukanlah dengan si suami.

Apalah gunanya bersuami isteri? Kalau luahan hanya lah di F.B, hanya akan mendatangkan rasa penantian perasaan. Yang tahu hanyalah kawan-kawan dan sesiapa saja yang membacanya. Di situlah prosses hasutan  hasutan dari pihak lain yang tidak tahu masalah sebenar yang berlaku.

Sehingga menyebabkan seseorang itu hilang kesabaran, kepercayaan dan pedoman hidup terus kepada syak wasangka terhadap si suami. Hingga menyebabkan keruntuhan rumahtangga serta berakhir dengan penceraian. Di situlah wujudnya serba salah seperti yang saya alami sekarang ini.

Akhir sekali, renungkan lah wahai kawan ku. Jika INI terjadi kepada sesiapa di antara kamu,bersabarlah. TUHAN MAHA pengasih dan penyayang.

Kepada sesiapa yang masih berjinak dengan F.B (Facebook), gunakan ia untuk kebaikan dan human untuk kemusnahan sesama manusia.

Terima kasih.

P/s Sampaikan luahan hati ini untuk kepentingan semua. Ini adalah kerana saya masih dalam duka dan kecewa.

- Artikel Kiriman Houward Ward


Bagaimanakah Masyarakat Melayu & "Bukan Melayu" yang beragama Islam menyambut ''Merry Christmas" bersama Kristian Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Berikut dibawah adalah pengalaman penulis iaitu Mohammad Nazrin Hatta iaitu seorang penganut Agama Islam di Sarawak. 

Masyarakat Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan menurut statistik, Sarawak mempunyai penduduk yang majoriti beragama Kristian yang ramai terdiri daripada kaum Bumiputra BUKAN Melayu seperti bangsa Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Orang Ulu, Bisaya dan Lun Bawang. 

Agama Islam adalah agama kedua terbesar. Saya sebagai seorang Muslim dari Sarawak tidak merasa apa-apa ancaman walaupun berasal dari tempat yang majoriti penduduknya beragama Kristian. 

Christmas visit to the house of the Lord Bishop of Southeast Asia, Rt. Revd. Datuk Bolly Lapok at St. Thomas` Cathedral (Anglican Diocese) Kuching City, SARAWAK KINGDOM
Melihat paderi, biarawati, mubaligh Kristian di sana sini sudah menjadi kebiasaan buat kami umat Islam di Sarawak. 

Ramai ibu bapa yang beragama Islam di Sarawak menghantar anak mereka ke sekolah Kristian, salah seorang daripada para pelajar Muslim yang bersekolah di sekolah Kristian adalah saya sendiri. 

Senarai sekolah Kristian yang ada di Kuching, Sarawak adalah St. Thomas` School, St. Mary`s School, St. Joseph`s School, St. Theresa`s School, Catholic English School, St. Paul`s School, dan banyak lagi sekolah mubaligh Kristian. Namun tiada kes pelajar Islam murtad apabila bersekolah di sekolah Kristian di Sarawak.

Mr.J juga adalah bekas pelajar sekolah Mubaligh Kristian iaitu SMB Sacred Heart Sibu, Sarawak.
Sambutan Krismas di Sarawak adalah paling meriah berbanding dengan tempat lain di Malaysia. Sebulan lebih sebelum Krismas, banyak shopping complex telah dihiasi dengan hiasan seperti pokok Krismas, lampu dan yang paling bestnya, lagu Krismas yang tidak berhenti dimainkan. 

Namun, itu tidak memberi impak dan issue kepada kami umat Islam di Sarawak. 

Pada Hari Krismas, kami umat Islam berkunjung ke rumah rakan kami yang beragama Kristian atas dasar persaudaraan dan penyatuan antara agama. Rakan kami yang beragama Kristian di Sarawak juga mengetahui sedikit sebanyak tentang halal/haram menurut perspektif agama Islam kerana kami saling berkongsi ilmu tentang agama Islam kepada mereka, sama juga dengan mereka. 

Juga berkongsi ilmu tentang agama Kristian kepada kami umat Islam di Sarawak tetapi atas dasar ilmu, bukan untuk murtad atau memurtadkan sesiapa. 

Saya pernah mengunjungi rumah rakan kepada ibu saya yang beragama Kristian Katolik berbangsa Iban semasa Hari Krismas. Jika anda ingin tahu, makanan yang dihidangkan kepada kami memang 100% HALAL kerana yang memasak lauk2 hidangan semasa rumah terbuka Hari Krismas rakan ibu saya itu adalah jirannya, yang merupakan seorang Muslim. 

Rakan ibu saya yang beragama Kristian Katolik ini memberi upah memasak lauk kepada jirannya yang Muslim ini utk hidangan ketika rumah terbuka Hari Krismas beliau. Bahan untuk memasak dibeli oleh rakan ibu saya sendiri cuma jirannya yang beragama Islam ini tolong memasak lauk utk dihidangkan ketika rumah terbuka Hari Krismas tersebut dengan menggunakan bahan - bahan yang telah dibeli tadi. 

Semua masakan dimasak di rumah jirannya yang Muslim itu. Apabila sudah habis dimasak, lauk itu dihantar dalam perkakas ke rumah rakan ibu saya yang beragama Kristian Katolik ini untuk dihidangkan kepada para tetamu semasa rumah terbuka Hari Krismas keesokan harinya. 

Kesimpulanya, kami masyarakat Sarawak tiada issue antara satu sama lain kerana kami telah belajar dan diajar untuk BERTOLERANSI dan MENGHORMATI AGAMA LAIN sejak kami masih kecil lagi. Dan itulah uniknya tentang Sarawak. 

Oleh Saudara Mohammad Nazrin Hatta @ Naz Ryan Winchester Hatta ~ Anak Negara Sarawak ~

- Mr.J, memang patut Ibrahim Ali Ngo Pertubuhan Perkasa Perjuang 'Melayu' dihalang masuk ke Sarawak kerana boleh mengugat keharmonian di Sarawak.

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

XPDC BROGA HILL @ BUKIT BEROGA : 15 Jun 2013 by Alvin Harrison Paulus.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
XPDC ke BROGA HILL @ BUKIT BEROGA B34 Tarikh: 15 Jun 2013.

"Sudahkah anda Vote untuk Blog ini? Jika Belum Sila Klik disini."

Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih (kordinat GPS E: 101 54.088, N: 2 56.345) 


Perjalanan: 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. (kira-kira 1 jam perjalanan dari kuala lumpur) 

Sesi fotografi matahari terbit tetapi sesi fotografi tidak berjalan lancar akibat jerebu. (pandangan lensa kamera DSLR amat terhad) , mencuba untuk mendaki bukit broga berketinggian 400 meter dari aras laut. 

Menjejakkan kaki sendiri di bukit Broga. (dahulu hanya tahu nama bukit broga) 

Tersalah jalan walaupun menggunakan GPS menyebabkan perjalanan dari Petaling Jaya ke bukit broga mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit berbanding 1 jam jika tidak tersalah jalan. 

Bayaran meletak kenderaan akan dikenakan sebanyak RM 2 untuk sekali kemasukan & tiada had masa ditetapkan. Jangan terkejut kerana tempat meletak kenderaan di kaki bukit broga kelilingi oleh pokok sawit & pokok getah. Tempat meletak kenderaan juga di awasi oleh pihak penjaga tempat letak kenderaan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kejadian kecurian & vandalism 


Sekiranya anda sampai di kaki bukit broga keadaan masih lagi gelap & anda terlupa membawa lampu suluh, jangan risau kerana telah ada gerai-gerai kecil yang menjual lampu suluh yang disertakan dengan bateri, air minuman, tongkat, tuala kecil & berbagai lagi keperluan asas untuk pendakian bukit yang ringan. 

Pendakian dari kaki bukit broga ke puncak bukit broga mengambil masa kira-kira 2 jam. (sebab aku banyak sangat berhenti rehat, semput daaa...) 

Sekumpulan Rombongan Sarawak turut kelihatan.

Bertemu dengan sekumpulan orang-orang Sarawak yang pelbagai bangsa & berasal dari hampir kesemua daerah di Sarawak. Mereka juga membawa bendera Sarawak untuk dikibarkan ketika mereka berada di puncak bukit broga. Setelah berbual sedikit dengan kumpulan orang-orang Sarawak tersebut.

Cik Elda Elizabeth & DeaSenorita Joseph

Saya difahamkan yang mereka adalah kumpulan muda-mudi dari sebuah Gereja di Kuala Lumpur. Terdapat juga orang-orang Sabah di dalam kumpulan tersebut kerana dari 'slang' mereka berbual sesama sendiri, saya agak yakin yang mereka adalah orang-orang sabah.


Artikel Daripada Rakan PengeRindu.com : Lagi Gambar Menarik di Fb:  Alvin Harrison Paulus.

Bersama Kami di Facebook Page.


1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Gambar Seksi Rozita Che Wan kian tersebar.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.

Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.


Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.

Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).


Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.

“Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.
“Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?” katanya.


“Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya,” katanya.

Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.


“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.


“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya.


Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Bahagian Tubuh Lelaki yang menarik perhatian wanita. 18sx .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
18sx. Adakah anda berumur kurang daripada 18? jika ya anda dinasihati tidak meneruskan bacaan dibawah.

Artikel ini adalah sumbangan salah seorang pembaca setia pengeRindu.com dan artikel ini adalah maklum balas kepada artikel Mr J yang pernah diterbitkan dahulu .

Wanita bergitu menarik pada pandangan lelaki , wau mesti ramai para pembaca wanita diluar sana dah mula tersenyum sendiri , senyum boleh tapi jangan terlebih senyum haha.. ok kenapa Mr J berani membuat Statment "Kamikaze" seperti itu . Sebab Mr J alami sendiri dan ini bukannya kajian hipotesis dan pembolehubah sains tetapi fakta bahawa telah diuji oleh Mr J sendiri sebagai Seorang Lelaki .

Read more: http://www.pengerindu.com/2009/11/wanita-bergitu-menarik-pada-pandangan.html



Bukan sahaja lelaki tertarik pada tubuh badan wanita, wanita juga tertarik pada tubuh badan lelaki. Sebagai isteri, tubuh badan suami juga dapat menarik perhatian dan membangkitkan rasa ghairah, dan ini berguna bagi memberi kepuasan dan kebahagiansuami isteri. Bahagian-bahagian tubuh itu ialah:

Pinggul
Pinggul suami yang pada berisi serta kukuh dianggap amat menarik. Ia melambangkan kukuhnya kukuhnya urat-urat yang berada dalam pinggul itu dan ini membawa erti kekuatan yang bakal membawa wanita ke alam kepuasan.

Bahu dan Dada
Dada yang bidang membusung serta bahu yang sederhana adalah lambang keberahian bagi wanita kerana dada dan bahu itu bakal bergeseran dengan tubuh, dada dan payudara wanita.



Pinggang
Ada wanita yang berahi dan gemarkan lelaki yang berpinggang besar, dan ada pula yang gemarkan lelaki berpinggang kecil. Wanita yang gemarkan suami berpinggang besar menimbangkan perihal keempukan gerak goyang pinggang itu ketika jimak. Malah ada yang suka jika suaminya berperut buncit kerana memikirkan bahawa perut yang penuh lemak dan daging yang empuk itu bakal menyejukkan perasaannya tatkala perut suaminya bertemu perutnya. Wanita yang sukakan suami yang berpinggang ramping berpendapat bahawa pinggang tersebut mudah bergerak dan menggoyang.

Hidung
Pada sebahagian wanita, lelaki yang berhidung mancung lebih menarik hatinya kerana pada pipi wanita terdapat bahagian yang menghendaki hidung dibenamkan padanya, memberi ciuman yang dasyat dan memuaskan wanita. Walaupun begitu, ada juga wanita yang yang tidak suka kepada suami yang berhidung mancung.

Lidah
Wanita lebih gemar lelaki yang berlidah lonjong panjang kerana ia mampu menerokai langit-langit wanita, mengawal seluruh isi mulut dan ini bakal membangkitkan nafsu yang sangat hebat pada wanita.

Bibir
Lelaki yang nipis bibirnya disukai oleh wanita kerana bibir yang nipis membawa rasa yang lembut nyaman, punca kesedapan bagi wanita.



Zakar
Secara umumnya zakar terbahagi kepada 2 jenis. Yang besat tetapi pendek dan yang sederhana tetapi panjang. Zakar yang besar dan sekaligus panjang jarang ditemui, walaupun inilah yang diharapkan oleh sebahagian wanita. Dikatakan biasanya zakar yang besar dan pendek itu lemah dan yang kecil tetapi panjang itu kuat. Namun kuat atau lemahnya zakar lebih banyak bergantung kepada kesihatan lelaki berkaitan.

Penulis : Cik E.
Artikel daripada pembaca pengerindu.com di Facebook Fan page .
Anda boleh juga menyumbangkan artikel kepada kami disini.



Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN ◼http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©