Serba Salah Punca Segalanya. Apabila Isteri meluahkan perasaan di "fb" dan bukan kepada Suami.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sebelum saya luahkan apa yang telah terjadi kepada saya, terlebih dahulu saya terangkan apa yang perlu ada dalam diri masing-masing sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga. 

Ya, cinta sejati, sehati sejiwa dan setia.

Tetapi, tanpa pengorbanan, kesabaran dan kepercayaan dari diri masing-masing adalah sukar untuk terus bertahan sehingga memusnahkan apa yang telah kita usahakan selepas mendirikan rumahtangga.

Jadi, apa yang sedangberlaku kepada saya adalah akibat daripada kekurangan yang sayakatakan tadi. Kepercayaan, kesabaran, pengorbanan dan juga sikap bertolak ansur.

Pada mula-mula, sememangnya kata-kata cinta yang menjadi tunggak kepercayaan, kesetiaan dan kesabaran tetapi sampai bila? Sampai bila pulak pengorbanan itu harus berakhir? 

Tiada siapa yang tahu, itulah dugaan menguji kesabaran, kesetiaan dan kepercayaan seseorang itu. Seandainya, salah seorang daripadanya tergugat dengan kata-kata hasutan dan dorongan orang lain, maka berlakulah ketidaksefahaman sesama sendiri. 

Di situlah keteguhan dan keutuhan rumahtangga tergugat. Kepercayaan dan kesetiaan hilang sama sekali. Percayalah, ini telah berlaku kepada saya. Sehingga isteri yang selama INI saya cintai ingin mensia-siakan pengorbanan yang telah kami lakukan selama 5 tahun berakhir begitu sahaja Hanya Tuhan yang Maha mengetahui.

Kawan-kawan yang saya hormati, salah satu lagi penyebabnya adalah F.B. Jangan Di salahgunakan F.B, apa yang telah saya lalui amat lah menyeksakan hidup dan rumahtangga saya. Apabila si isteri ingin meluahkan perasaannya, hanya Di F.B, bukanlah dengan si suami.

Apalah gunanya bersuami isteri? Kalau luahan hanya lah di F.B, hanya akan mendatangkan rasa penantian perasaan. Yang tahu hanyalah kawan-kawan dan sesiapa saja yang membacanya. Di situlah prosses hasutan  hasutan dari pihak lain yang tidak tahu masalah sebenar yang berlaku.

Sehingga menyebabkan seseorang itu hilang kesabaran, kepercayaan dan pedoman hidup terus kepada syak wasangka terhadap si suami. Hingga menyebabkan keruntuhan rumahtangga serta berakhir dengan penceraian. Di situlah wujudnya serba salah seperti yang saya alami sekarang ini.

Akhir sekali, renungkan lah wahai kawan ku. Jika INI terjadi kepada sesiapa di antara kamu,bersabarlah. TUHAN MAHA pengasih dan penyayang.

Kepada sesiapa yang masih berjinak dengan F.B (Facebook), gunakan ia untuk kebaikan dan human untuk kemusnahan sesama manusia.

Terima kasih.

P/s Sampaikan luahan hati ini untuk kepentingan semua. Ini adalah kerana saya masih dalam duka dan kecewa.

- Artikel Kiriman Houward Ward


 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©