Kenyataan daripada Jimmy Palikat yang Keluar daripada Pertubuhan "Rasist Malaysia" iaitu Perkasa.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam 1 Malaysia dan Salam Sejahtera dan juga Salam Kenyalang,

Kes Jimmy Palikat kini sangat giat diperkatakan di Sabah terutamanya para peminat beliau tetapi kehangatan meletus apabila Jimmy Palikat 'Masuk' dalam Pertubuhan Perkasa iaitu NGO yang pernah diharamkan di Sarawak. Setelah lebih seminggu 'perang siber' antara rakyat Warga Sabah amnya dengan facebook page Jimmy Palikat serta page Perkasa. 

Justeru itu Jimmy Palikat telah mengeluarkan kenyataannya dan juga penarikkan keluar daripada Perkasa seperti dibawah ini.

"Seperti yang tersebar dalam pelbagai media baru-baru ini, saya telah memohon menjadi ahli PERKASA. Niat saya adalah ikhlas, yakni memperkembangkan kerjaya seni saya melalui jaringan seni yang lebih luas dengan warga seni yg menjadi ahli pertubuhan tersebut. Saya sama sekali tidak ada niat melibatkan diri dalam perjuangan politik pertubuhan tersebut kerana saya bukan seorang ahli politik.

Malangnya permohonan saya menjadi ahli PERKASA telah disalah-tafsir sebagai menyokong pendirian pertubuhan tersebut dalam isu2 tertentu yang tidak disenangi oleh sebahagian masyarakat kita khususnya di Sabah & Sarawak. Saya faham & menghargai sensitiviti mereka. Sebagai 'orang Sabah' saya masih tetap & kekal berpendirian sebagai 'orang Sabah' yang memiliki toleransi tinggi dalam hubungan kaum & agama.

Saya telah meminta nasihat & pandangan sahabat handai, ahli2 keluarga & pemimpin2 Sabah yang saya kenali. Setelah menimbang semua pandangan, saya mengambil keputusan untuk MENARIK BALIK permohonan saya menjadi ahli PERKASA berkuatkuasa serta merta.

Perjuangan & kerjaya seni saya bermula di negeri Sabah. Walaupun kerjaya saya sudah berkembang ke seluruh negara tetapi negeri Sabah tetap negeri kesayangan saya. Saya bangga menjadi orang Sabah. Sokongan rakyat Sabah & Malaysia telah membantu saya berada ditahap kerjaya yang saya kecapi masakini. Saya terhutang budi kepada mereka yg menyokong kerjaya saya daripada mula hingga sekarang.

Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan & keputusan yang boleh dianggap sebagai tidak selari dengan aspirasi & harapan peminat2 & mereka yang telah menyokong saya. Malah saya menghargai semua teguran membina yang pasti membantu saya menjadi insan yang lebih baik. Saya juga tetap menjunjung tinggi seni-budaya & toleransi berbilang kaum & agama yg menjadikan amalan masyarakat Sabah. Saya tidak pernah lupa diri atau asal-usul saya."


 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©