Islam & Kristian dalam 1 Keluarga : Kisah benar dari En.Haji Julaihi Haji Suut.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kisah benar bagaimana hubungan diantara Agama di Sabah dan Sarawak lebih matang daripada 'sesetengah' tempat di Malaysia. Kisah ini diceritakan kepada En.Haji Julaihi Haji Suut.

Kisah Pertama dari AsQue Minie (bukan nama sebenar) : 
Dua orang kakak saya :telah memeluk Islam. Seorang daripada mereka sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan anak-anak dan suaminya. 

Oleh kerana kami bukan orang Islam, kami telah meminta bantuan pihak masjid untuk menguruskan pengkebumian dan buatkan Tahlil untuk arwah kakak. Pihak masjid segera hulurkan bantuan. Anak-anak arwah kakak masih kecil dan tekanan kerja bapa mereka pula banyak. 

Persatuan Perkasa merupakan Pertubuhan yang diharamkan di Sarawak. 
Jadi kami lah yang menguruskan persekolahan mereka. Ke kelas agama pun kami hantarkan. Kami dah anggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga kami, walaupun mereka Islam dan kami Kristian. Anak-anak arwah kakak semuanya dah dewasa hari ini. Anak yang sulung baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinannya. 

Kami lah juga yang menjadi wakil datang merisik. Anak yang kedua masih menuntut dalam bidang perubatan, sementara anak yang bongsu pula masih dalam Tingkatan Lima. Diharapkan semua mereka akan jadi orang yang berjaya, seperti pesanan dan doa emak mereka sebelum dia meninggal dunia. Seorang lagi kakak saya yang memeluk Islam sudah bermastautin di Melaka. 

Saya selalu menziarahi kakak di Melaka di musim Hari Raya. Mereka sekeluarga pun ada datang ke Sarawak bila tiba musim Gawai Dayak dan Hari Krismas. Makanan dihidangkan tiada yang haram.

Abang ipar saya, walaupun jenis yang warak, sudah faham dengan keadaan keluarga kami yang bercampur-campur. Bila dia hendak bersembahyang di masjid, seorang lagi kakak saya yang bukan Islam akan hantarkan. Bila abang ipar bersembahyang di rumah, kanak-kanak dilarang berbuat bising. 

Walaupun mereka masih kecil tetapi mereka semua faham bila kita tegur mereka. Di hari Ahad, ahli keluarga kami yang beragama Kristian akan pergi ke gereja. Balik dari gereja, kami akan makan bersama-sama dengan ahli keluarga kami yang Islam di rumah. 

Tidak pernah ada isu cuba memesongkan akidah di dalam keluarga kami. Kami sekeluarga hormat pada hak beragama masing-masing. Semua agama itu baik. Semoga kisah keluarga kami boleh menjadi satu inspirasi kepada keluarga lain.


____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Kenyataan daripada Jimmy Palikat yang Keluar daripada Pertubuhan "Rasist Malaysia" iaitu Perkasa.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam 1 Malaysia dan Salam Sejahtera dan juga Salam Kenyalang,

Kes Jimmy Palikat kini sangat giat diperkatakan di Sabah terutamanya para peminat beliau tetapi kehangatan meletus apabila Jimmy Palikat 'Masuk' dalam Pertubuhan Perkasa iaitu NGO yang pernah diharamkan di Sarawak. Setelah lebih seminggu 'perang siber' antara rakyat Warga Sabah amnya dengan facebook page Jimmy Palikat serta page Perkasa. 

Justeru itu Jimmy Palikat telah mengeluarkan kenyataannya dan juga penarikkan keluar daripada Perkasa seperti dibawah ini.

"Seperti yang tersebar dalam pelbagai media baru-baru ini, saya telah memohon menjadi ahli PERKASA. Niat saya adalah ikhlas, yakni memperkembangkan kerjaya seni saya melalui jaringan seni yang lebih luas dengan warga seni yg menjadi ahli pertubuhan tersebut. Saya sama sekali tidak ada niat melibatkan diri dalam perjuangan politik pertubuhan tersebut kerana saya bukan seorang ahli politik.

Malangnya permohonan saya menjadi ahli PERKASA telah disalah-tafsir sebagai menyokong pendirian pertubuhan tersebut dalam isu2 tertentu yang tidak disenangi oleh sebahagian masyarakat kita khususnya di Sabah & Sarawak. Saya faham & menghargai sensitiviti mereka. Sebagai 'orang Sabah' saya masih tetap & kekal berpendirian sebagai 'orang Sabah' yang memiliki toleransi tinggi dalam hubungan kaum & agama.

Saya telah meminta nasihat & pandangan sahabat handai, ahli2 keluarga & pemimpin2 Sabah yang saya kenali. Setelah menimbang semua pandangan, saya mengambil keputusan untuk MENARIK BALIK permohonan saya menjadi ahli PERKASA berkuatkuasa serta merta.

Perjuangan & kerjaya seni saya bermula di negeri Sabah. Walaupun kerjaya saya sudah berkembang ke seluruh negara tetapi negeri Sabah tetap negeri kesayangan saya. Saya bangga menjadi orang Sabah. Sokongan rakyat Sabah & Malaysia telah membantu saya berada ditahap kerjaya yang saya kecapi masakini. Saya terhutang budi kepada mereka yg menyokong kerjaya saya daripada mula hingga sekarang.

Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan & keputusan yang boleh dianggap sebagai tidak selari dengan aspirasi & harapan peminat2 & mereka yang telah menyokong saya. Malah saya menghargai semua teguran membina yang pasti membantu saya menjadi insan yang lebih baik. Saya juga tetap menjunjung tinggi seni-budaya & toleransi berbilang kaum & agama yg menjadikan amalan masyarakat Sabah. Saya tidak pernah lupa diri atau asal-usul saya."


Perkasa & ISMA umpama "Teloq yang kecut keluar setelah Obama balik".

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam Sejahtera dan Salam Amerika Malaysia Bersaudara.

"Selamat Tinggal Obama dan Sila datang lagi ke Malaysia.." hanya itu yang Mr.J mampu ucapkan di Twitter kepada Obama biarpun peratusan adalah di skala kecil kemungkinan Obama membacanya.

Baiklah, hari ini seperti yang dijangka setelah dianggarkan selama Dua hari para persatuan pengampu malaysia berdiam diri atas dari mengeluarkan kata - kata falsampah ternyata masa yang ditunggunya telah tiba hari ini, iaitu setelah Mr.President Barrack Obama bertolak melawat ke negara lain setelah lawatannya selama sehari lebih di malaysia tamat.

PERKASA: Obama hanya tambahkan ketegangan kaum - Malaysiakini
Peribahasa Sascarm pernah mengatakan "Teloq yang kecut keluar setelah obama balik"
Seperti dalam ramalan Mr.J , maka puak falsampah seperti Perkasa dan Isma memainkan peranan yang penting dalam institusi keruntuhan sosial serta kaamanan diantara kaum dan agama di malaysia ini. 

Tengahari ini kedua - dua GRO eh! NGO tersebut muncul seperti Laksamana Ludah kelangit apabila mengecam Obama dalam beberapa ucapan yang dikatakan agak diragui oleh sekumpulan Katak dan beberapa spesis mamalia berdarah suam kuku seperti Platipus ( sejenis mamalia pra-sejarah yang masih wujud dibumi ) .

Situasi politik serta pengampu politik di malaysia sekarang agak senang untuk diramalkan bukan sahaja Mr.J yang mengamalkan Ilmu Sihir bahkan anda juga mampu meramal siapakah yang akan mengembangkan teloq dahulu setelah kecut selama dua hari apabila kuasa besar Obama melawat ke malaysia.

Siapalah Perkasa hendak ajukan soalan kepada Obama sedangkan twitter pun terkial - kial hendak membuka akaun. Anda pengikut Perkasa dan ISMA haruslah berbangga mempunyai pemimpin seperti ini bahkan anda perlu rasa terharu yang amat sangat atas KEBERANIAN beliau 'menyoal' OBAMA.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan.."

- Mr.J

"Bukan Islam TAK BOLEH guna Bahasa Malaysia dalam Maljis di Gereja" kata NGO ISMA.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam Sejahtera dan Salam 1-Malaysia,

"satu cara untuk menghadapi orang bodoh adalah dengan memperbodohkan mereka sehingga mereka sedar bertapa bodohnya diri mereka di muka bumi ini" . - Mr.J

Hari ini Mr.J tertarik untuk melemparkan seguni kata - kata tapi kemungkinan apa yang akan Mr.J sampaikan kemungkinan akan mengakibatkan kepupusan spesis katak iaitu katak yang sering bersembunyi di bawah Tin Beer.

Sejak beberapa hari ini di Seremban keadaan cuaca selalu sahaja hujan , bila petang je mesti hujan bila hujan je mesti petang. Tapi setelah disiasat dan dikenalpasti penyebab utama hujan ini setelah terjumpanya spesis katak baru iaitu Katak ISMA dan ianya bukanlah penemuan spesis baru kerana spesis ini juga pernah ingin mencontohi saudaranya iaitu dalam nama saintifiknya "Abrahyince Altly Perthcassa" atau lebih empuk di sebut Perkasa.

Baiklah mari kita lihat rekod bersih Isma ini terlebih dahulu , selalunya Mr.J sering menggunakan gabungan kata kunci yang mungkin agak berbaur negetif seperti Isma bodoh , Isma Perkasa , Isma Umno ternyata rekod latar belakang Isma sedikit sebanyak diketahui . 

Adalah tidak mustahil sekiranya Isma ini ada kaitan dengan 'politik' , patutlah agak tidak menghairankan sekiranya prilaku Isma agak dikatakan seperti rumput lalang ditiup kipas angin maklumlah kicap cap kipas. 

Untuk rekod yang lain pula, kaum Isma pernah juga menghalau Warganegara Sabah dan Warganegara Sarawak keluar daripada Malaysia. 
Baca Kisah Lucu Cik Isma tersebut
Ternyata 'Saranan' Isma tersebut menjadi bahan ketawa oleh masyarakat Sabah dan Sarawak selama beberapa minggu dalam carta badut wanabe selepas kaum Perkasa yang telah pun diiktirafkan senarai hitam kemasukkan ke Negara Sarawak tempoh hari.

"Nang sik pernah naik belon sikda isma ia.." - Mr J

Tidak dinafikan ISMA mungkin Buta Sejarah bahkah lebih paloi seangkatan dengan Kaum Perkasa atau lebih dikenali sebagai Bapa Perkauman di Malaysia Borneo.

Baiklah, perengan diatas adalah isi penyedap rasa. Semalam iaitu Yang Dipertua ISMA cawangan Seremban Zamani Ibrahim berkata promosi terbuka ( Bunting Banner ) menggunakan bahasa itu dilihat mempunyai unsur memujuk golongan bukan Kristian untuk menghadirinya.

Mungkin ISMA ada agenda tersendiri seperti The New World Order atau paling tidak pun Ilmuniti nasi lemak segitiga Freemanson. ISMA kelihatan mahu mematenkan "Bahasa Malaysia" khusus untuk kegunaan orang Melayu dan juga kegunaan masyarakat Islam di Semenangjung Malaysia.

Maaf ayat ini agak berbentuk 'sarcasm' , siapa suka pergi clubbing tu mohon terasa.

Maljis Muzikal Easter tersebut dikatakan menggunakkan Bahasa Malaysia seperti perkataan yang kelihatan 'memujuk' seperti "Masuk adalah Percuma" .

Siapalah yang nak masuk dengar Maljis Muzikal Easter ini, ada ke orang melayu yang berminat kalau ada apalah salahnya boleh dapat telur Easter beraneka corak?. Setahu Mr.J yang "Muzikal Masuk Tak Percuma" sehingga melibatkan kematian tempoh hari akibat "overdose" dalam pengambilan dadah ramailah orang - orang anak mudah melayu masuk. oh ya , Mr.J sering bersangka baik mungkin orang melayu budhha. 

NGO Isma, ingin kelihatan bersikap kelihatan Pendekar yang memegang keris ketuan. Ternyata Isma terlalu banyak masa terluang dengan mencari apa yang betul di salahkan pada Agama lain. Memang tidak dinafikan Agama Kristian memang banyak aktiviti riadah bersama umat mereka sendiri, jadi mohon Isma lihat contoh tersebut.

Apa Isma perlu takut hanya maljis dalam Gereja menggunakan Bahasa Malaysia? takut terfaham atau terdengar ayat suci Agama Kristian?. 

Komen yang cukup membina di malaysiakini
Di Sarawak bila menjelang Hari Krimas boleh dikatakan seluruh shopping mall memainkan lagu rohani Kristian tak adapun Rakan Mr.J yang Islam mengelupur dan terus Murtad bahkan kami bersama - sama menyanyikan lagi merry christmas lagi.

Di Semenangjung Malaysia terdapat pelbagai NGO Islam, NGO Melayu macam Pekida, Perkasa dan sebagainya seumpama tumbuh meliar tanpa tujuan sebenar.

Mungkin sebab ini di Semenangjung Malaysia banyaknya Ajaran Sesat seperti Tuhan Harun , Ayah Pin dan lepas itu Rusuhan Kaum juga pernah berlaku. Kenapa semenanjung malaysia tidak boleh menjadi seaman Negara Sarawak?, Negara yang sering dicaci tinggal atas pokok, bercawat, tak bertamadun dan sebagainya.

Mungkin memang betul kata Bedah anak Pak Kasim sebelah kedai Pak Leman Penjual Tempe di bawah Stesen KTM Serdang pernah mengatakan "Sehina - hinanya Babi manusia lagi Babi sebab selalu menjual nama Babi".

Dum Spero Spiro,
- Mr.J

Katak 'Gagal' menipu rakyat Sarawak mengenai 'Penubuhan' Persatuan Perkasa di Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sebelum jari jemari Mr.J menari lebih ligat lagi di papan kekunci ini terlebih dahulu pernahkah anda menikmati sesuatu makanan yang boleh dikategorikan sebagai 'esotik' ataupun pelik bagi anda?. Katak, ramai yang geli dengan katak tetapi ianya merupakan makanan yang lazat bagi Mr.J.

Reputasi spesis haiwan amfibia tersebut yang mampu bernafas di air, darat serta di dalam tempurung kelapa sedikit sebanyak telah tercalar.

Ini kerana Duta Katak iaitu Ibrahim Ali tidak memberi banyak 'imej' positif kepada spesis amfibia tersebut, walaupun telah diberikan status Duta Katak oleh masyarakat malaysia yang prihatin.

Kalau tidak silap Mr.J iaitu dua hari yang lepas apabila Ketua Kumpulan Perkasa atau lebih dikenali sebagai Bapa Perkauman iaitu Ibrahim Ali telah berkata serta menyelar beberapa NGO di Sarawak yang mahukan Pertubuhannya itu di Halang masuk ke Sarawak.

Bagaimanapun Bapa Perkauman itu berkata dengan riak sekali bahawa kita ( Merujuk kepada Sarawakian serta NGO Sarawak ) ketinggalan maklumat kerana PERKASA telah wujuddi semua negeri sejak empat tahun lalu, termasuk bumi kenyalang , Sarawak.

Bagi membuat atau memasak daging katak yang empuk anda perlukan rempah yang sesuai bergitu juga apa yang dikatakan oleh Ibrahim Ali haruslah disokong sebulatnya oleh pengikutnya iaitu Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali juga berkata Perkasa sememangnya sudah bertapak di Sarawak sejak 2009 dan kini mempunyai lebih dari 3,000 ahli di negeri bumi kenyalang itu.

Kicap dan Halia juga perlu dicampur dalam masakan daging katak supaya aura wanginya naik. Nampaknya  kelibat bakal penganti kepada Ibrahim Ali sudah kelihatan disitu mungkin Syed Hassan Syed Ali calon yang sesuai.

Tetapi malang berganda menimpa Ibrahim Ali dan Syed Hasan khususnya Pertubuhan Perkasa apabila Pendaftar negeri Pertubuhan (ROS) memberi respon yang sangat memalukan iaitu Tidak ada Perkasa di Sarawak. 

"Sebagai satu sebagai rekod kami di ROS Sarawak, Perkasa tidak mempunyai cawangan di Sarawak." - ROS

Pejabat Pendaftar negeri Pertubuhan (ROS) menerima pelbagai pertanyaan ekoran kenyataan Perkasa yang mengatakan telah bertapak di Sarawak sejak tahun 2008 serta ahli seramai 3,000 orang.

Kehadiran 'Perkasa' tidak disenangi di Sarawak termasuk Kepimpinan Parti Komponen BN iaitu PBB.
'Perkasa' atau Pertubuhan NGO yang dikenali sebagai Pertubuhan Rasis atau juga Geng 'Bapa Perkauman' di Sabah dan Sarawak.

"Bagaikan minum Cap Apek tidak bertabas" itulah perumpamaan yang Mr.J dapat beri kepada Perkasa dalam isu ini. 

Sudahkah anda membaca Pantun Sentap yang dikhaskan kepada Ibrahim Ali oleh Masyarakat Sabah dan Sarawak?

- Mr.J

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Sarawak dan Sabah 'bakal' akan 'menarik diri' dari gabungan Persekutuan 'Malaysia' suatu hari nanti.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Beberapa bulan yang lepas rakyat Sarawak khususnya agak terkilan dengan 'ugutan' seorang wakil daripada Persatuan Isma yang berpangkalan di Semenangjung Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai Malaya dalam Tiga Wilayah ke atas Perkongsian 'Persekutuan Malaysia'. Tapi sebelum itu sudahkah anda membaca Pantun istimewa oleh rakyat Sabah serta Sarawak kepada bekas banduan iaitu Ibrahim Ali?.

Ini terjadi kerana pertikaian mengenai Isu pengunaan Perkataan 'Allah' tidak boleh digunakan oleh masyarakat Kristian di Malaysia tetapi tidak termasuk Sabah serta Sarawak , bagaimanapun 'Isma' mahukan keputusan tersebut terus ke Sabah serta Sarawak.

Sabah dan Sarawak Minta Cerai.
Sekiranya Masyarakat di Sabah dan Sarawak tidak bersetuju maka saranan daripada 'Isma' adalah dengan berkata "............Keluar dari Malaysia" . 

Bagaimanapun saranan keras tersebut bukanlah berbentuk ancaman kepada masyarakat Sabah serta Sarawak tetapi lebih kepada suatu 'penantian' yang sememangnya diingini oleh segenap masyarakat Sabah dan Sarawak.  Ini kerana terlalu banyak isu yang dibangkitkan oleh 'mereka' yang rata - ratanya daripada Wilayah Malaya ( Semenangjung Malaysia ).

Turut mendapat respon daripada Pemimpin di Sabah iaitu Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata kenyataan itu satu provokasi dan tidak patut diucapkan.

Mr.J tertarik dengan pendapat daripada salah seorang penduduk di Sabah yang diterbitkan di sebuah portal berita online .

“Itu yang sebaiknya. Keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Suruh Isma buat kertas cadangan. Hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” Harry Nelson J. Seliang.

Mr.J lebih kepada melihat sesuatu 'Isu' tersebut dengan lebih kehadapan atau cuba membayangkan apa yang akan berlaku kepada 'Persekutuan Malaysia' pada 100 tahun yang akan datang bahkan Mr.J tahu tentu anda akan mengatakan bahawa Mr.J cuma 'berangan' atau terlebih 'imaginasi'. Terpulang kepada pendirian masing - masing.

Hanya satu isu sahaja boleh menyebabkan 'Intergriti Nasional' diantara Sarawak serta Sabah kepada Malaya berlaku iaitu Isu 'Agama' padahal Isu Agama yang dimulakan diluar Sarawak serta Sabah tidak boleh dibawa masuk.

Ini berkaitan dengan "Perjanjian 18-20" yang telah dipersetujui dan ditangani oleh para ketua wilayah dalam Perjanjian Pembentukkan Negara Persekutuan 'Malaysia yang diangotai oleh 4 buah wilayah iaitu Malaya, Sabah, Sarawak serta Singapura bagaimanapun Singapura menarik diri pada tahun 1965 sekadar 2 tahun bersama Persekutuan Malaysia.

Adakah kemungkinan pada masa akan datang Sabah atau Sarawak mengikuti jejak Singapura? .

Sepertimana yang kita tahu, rakyat Sarawak khususnya dan Sabah tidak suka perkara yang melibatkan 'Agama' mahupun Kristian ataupun Islam , toleransi agama yang kuat serta boleh duduk tinggal sebumbung dengan saudara berlainan Agama telah lama dipratikkan bahkan sebelum wujudnya 'Pembentukkan Negara Malaysia' dan juga sebelum Slogan '1Malaysia' diwar-warkan di media.

Berikut adalah petikan Pemimpin PRS iaitu sebuah Parti Sarawak dalam komponen Barisan Nasional mengenai 'seorang' pemimpin muda UMNO mengenai isu 'keluar malaysia' .

Beliau sedih dengan pemimpin Umno yang kerap bertanyakan soalan seperti: "Oh bila keluar Malaysia?" ketika berada di Kuala Lumpur atau Putrajaya ketika menghadiri mesyuarat."Saya katalah saya tidak tinggalkan Malaysia. Saya hanya terbang dari Kuching. Itu mungkin kecil, tetapi ia menunjukkan pemikiran mereka.

Petikan The Birth of Malaysia
Bukan itu sahaja yang menarik perhatian Mr.J serta rakyat Sarawak keseluruhannya tetapi iaitu bagaimana Tan Sri James Masing 'membidas' atau 'sarcasm' dan hanya mengatakan "Itu sombong!" 

Jawapan yang merujuk kepada Datuk Seri Nazri Aziz Menteri Pelancongan ataupun Bapa kepada anak yang bercinta dengan janda hot mama iaitu Nora Danish yang memberi amaran Kristian Sabah Sarawak tidak boleh menggunakan perkataan itu di Malaysia Barat.

Satu sahaja ancaman terhadap "Persekutuan Negara Malaysia" iaitu seandainya majoriti wakil rakyat atau menteri Sarawak bersatu dan bersepakat berkata "kami 'keluar' daripada Persekutuan Malaysia".

Persoalannya sekarang adalah , Bolehkah ianya berlaku?

Tidak mustahil ianya berlaku, cuma bukan sekarang atau esok tetapi 'suatu hari nanti' sekiranya banyak isu 'sensitif' Sarawak dimainkan oleh menteri-menteri dari luar Sarawak.

Hal ini kita boleh 'lihat' serta 'rasa' sendiri bahkan 'menteri' dari Sarawak juga kelihatan 'kurang selesa' dan mula bangkit dan bersuara bila sesuatu isu tersebut melibatkan Sarawak. Biarpun boleh dikatakan dalam 'Aliran' Politik yang sama tetapi persefahaman diantara sosio-politik diantara Sarawak dan S.Malaysia adalah sangat berbeza sekali.

Setakat ini sahaja pendapat serta apa yang mahu Mr.J kongsikan kepada pembaca semua, mungkin artikel yang Mr.J luahkan ini 'bakal' menyakitkan sebilangan pembaca tetapi itu adalah realiti apa yang berlaku di malaysia ketika ini.

- Mr.J
mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Pantun Sentap rakyat Sabah & Sarawak kepada Ibrahim Ali 'Ging Perkasa'. Mohon Terasa.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Tidak dinafikan bahawa khususnya rakyat malaysia bukan sahaja orang melayu malah orang bukan melayu juga pandai bermain dengan pantun. 

Hal ini terselah di facebook rasmi blog apabila Mr.J memberikan 'cabaran' atau 'kuiz' berbentuk Pantun tetapi harus mempunyai syarat iaitu setiap pantun harus ada perkataan 'Ibrahim Ali' .

Kreatif, rakyat Sabah dan Sarawak bijak bermain 'Pantun' .

Dibawah ini adalah beberapa pantun yang telah diberikan oleh 'likes' fb page pengerindu.com , hakcipta pantun adalah milik sepenuhnya individu tersebut sila kekalkan nama pencipta rangkap pantun tersebut.

Chakoi Chang K - 
Kura-kura dlm perahu,
anak buaya main congkak.
Kalau Ibrahim Ali katak nak tahu.
Bumi Sarawak bukan utk awak.... Katak....

Eillen I-
Lompat si katak lompat,
lompat lah tinggi-tinggi,
cepat lah adik cepat,
kita singkir kan Ibrahim Ali....

Oroci Maru - kanan kiri kanan kiri, fakyu ibrahim ali..

Gabriel K. U -
Budak hitam bermain api,
Katak dimasak didalam kuali,
Sapa tak kenal si Ibrahim Ali,
Memang patut PERKASA dikeji.

Harry Prince O - ibrahim ali a.k.a apai sali, apai sali a.k.a ibrahim ali.

GamanGudol J-
Ibrahim ali nama diberi,
Berkati kati katak kena sembelih,
Isu agama hobinya tak terperi
Perkaumannya siapa nak beli......

Ladde Rawing W -
dua tiga kuching berlari,
mana sama si kuching belang,
dua tiga si katak lompat,
baru sama dengan ibrahim ali.

Genesis D Lang -
Lompat si katak lompat,
lompatlah tinggi-tinggi,
hebat brahem ali hebat,
dipenjara pun xsampai sehari.

Junior Darius -
Bumi borneo bumi kami,
ibrahim ali boleh blaah.
Jangan main sama kami,
hilang kepala jangan menyesal.
Perkasa sampah buat semak,
slogan palsu mcam tai.
Baik balik duduk diam,
jangan kacau kami disini.    "macam sajak saja pula perserta ini . :)" - Mr.J

Mincda S -
Dulu pas sekarang pekasa
ITU dia Ibrahim Ali
Sabah sarawak sori saja ba
Ko punnya ideologi kami tak sudi

Chris L -
Lelaki PERKASA lemah dan lesi,
Imbangkan tenaga dgn tongkat ALI.
Ngo PERKASA perkauman basi,
BORNEO bangkit mengharamkan IBRAHIM ALI.

-MizzDjp-
Mantera Tok bomoh tersalah baca,
Nujum pak belalang tersilap jampi,
Ibrahim ali kalo tak nak hilang kepala,
Jgn mimpi nak datang negara kami.

Vhertsz Panggau Libau - 
Burung kuncit terebai tinggi..
Tinggi nimpai pun keladan...
Datai kitu mh d ibrahim ali...
Enti ke nyepi leka sembilan... kahkahkah    "Steady akih pangau libau! Wakaka- Wynchester Unyau "

Didi N -
Ibrahim ali, si katak sombong,
Bapa perkauman, berbau racist,
Kalo berani datanglah sekarang,
badan ko habis di siat-siat.

Avean Freda G -
Katak dimasak di dalam kuali ,
Ibrahim ali u mari u mati.

Agi idup agi ngelaban ,
Makin dik mansang makin dilaban.

Leka dabai dibelah dua,
Dik kitu sigi dibelah tiga.

James Rikah - 
Ibrahim Ali dipotong potong,
Dipotong Guna Parang Ilang,
Kalau Berani janganlah datang,
nanti dipotong Kepala pun Hilang.

Boy Zack -
Tua-tua ibrahim ali,
Rumah kata pergi,
Kubur kata mari,
Ngam la tu kau jadi BABI!

Mincda S -
Ibrahim Ali sia sudah bilang
Jangan ko datang kami sik pandang

Di sabah bikin pusas
Di Sarawak gaga ka tabas

Geeluke Lee - Kacang putih kacang merah Piiiraaahhh ibrahim ali..

Sekudan Tuai Dz -
Bumi borneo nama diberi
Kaya dgn ektniknya yg bersatu hati
Hentikan saja hasrat kau ibrahim ali
Kalau tak nak kepala kau hilang

Richie M - 
Awal pagi gALI Perigi,
Perigi digALI pakai Mandi,
Tua tua Si Ibrahim Ali,
Datang sini lu Langsi.

Prakhakpak Brooktook -
Anak cina mencari tali
Tali disimpan didalam peti
Jgn kau cuba2 ibrahim ali
Pijak borneo lu mati.

Tony Yesudas J -
hari hujan katak menyanyi,
katak menyanyi di dalam kuali
piiraahh kaw ibrahim ali,
haram jadah kaw masuk ke negara kami.

Pengandai Tuai II -
Dari bintulu hendak ke miri,
Membeli durian untuk pak ucu,
Kalau nak tahu siapa hantu,
Itu lh dia Ibrahim Ali.

Patrick Daim N-
Cari katak dimalam hari,
Katak dimasak di dalam kuali,
Ibrahim ali memang aku benci,
Pijak borneo pasti mati.

Bujang Sebindang -
Gagah PERKASA di malam hari..
Buat persediaan si pengantin lelaki..
Lainlah pula PERKASA si Ibrahim Ali...
Terlalu RACIST dan mementingkan diri..

Wil Fred Sweden -
kalah tidak dpt penalti,
Ibrahimovich score 2 gol mlm td,
Macam bodo je mcm bodo je ibrahim ali,
Hari hari katak kena maki
makan nyamai gulai maggi.

Nail L-
pgi2 ibrahim ali makan magie.
.mkan magie guna jari..
tahap bodo ibrahim ali
mkin menjadi..
bodo dia mkan tahi..

Sentew C-
Negara sarawak perkasa dan kebal,
semua rakyat bersatu hati,
IBRAHIM ALI kata nak bakar BIBLE,
pijak tanah sarawak je dia mesti mati.

Kate C-
Ibrahim ali si katak gelaran dibagi , sudahlah lali jangan sampai pas ni kena gelar babi..

Anderson T-
tua2 makin menjadi..
itulah dia ibrahim ali..
ni kau pekak ke kau tuli..
org bg chan sruh pegi nak mati

Anderson T-
pg2 minum kopi..
minum kopi tomgkat ali..
jangan berani2 kau ibrahim ali


Seluruh Ketua Parti Komponen Barisan Nasional di Sarawak termasuk Parti Taib Mahmud iaitu PBB menyuruh Ibrahim Ali supaya 'GET LOST' dari Sarawak.

Tidak semestinya rakan kongsi BN setuju semua perkara terutamanya bila melibatkan 'Agama' serta keharmonian lebih dari 30 etnik di Sarawak. 

“We are much better off without them (Perkasa),”. - Tan Sri James Masing

Perkasa “is not welcome in Sarawak”. - PBB

"Sebarang percubaan oleh kumpulan-kumpulan dari luar negeri, terutamanya mereka yang mempunyai sikap perkauman dan radikal, akan merebak ke negeri ini dan mengganggu keharmonian yang sedia ada di kalangan penduduk tempatan hendaklah dihentikan dari awal lagi." - T.Sri Mawam Ikom

“Abrahyince Altly Perthcassa spesis katak berbahaya dan harus dimandulkan supaya tidak beranak-pinak". - Mr.J

Wajib baca  ➳  Apa Itu "Abrahyince Altly Perthcassa"

- Mr.J


  mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Wajib Baca: Abrahyince Altly Perthcassa spesis mamalia yang dilarang dibawa masuk ke Sabah & Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hari ini jiwa Mr.J meronta - ronta hendak berkata dan kali ini adalah berkenaan dengan spesis mamalia bertanduk dua berkaki satu dan lidah bercabang dua ataupun dikenali dengan nama saintifik iaitu Abrahyince Altly yang juga ketua kepada Bangsa Perthcassa .

Abrahyince Altly spesis baru katak liar yang wujud di malaysia.
Di Eropah , masyarakat menyebut spesis tersebut dengan pangilan 'Abraham Elly' manakala di Malaysia pula ianya lebih dikenali sebagai 'Ibrahim Ali' manakala di tempat Mr.J iaitu Sabah dan Sarawak ianya lebih terkenal sebagai 'Bapa Perkauman' iaitu pencetus kepada keruntuhan toleransi antara agama dan juga merupakan pelopor semangat rasist di malaysia barat.

Di Malaysia barat, Ibrahim Ali banyak menimbulkan pelbagai isu yang banyak melanggar sensiviti masyarakat lain dan kalau tidak silap Mr.J pada awal tahun ini iaitu 2013 dia mengancam masyarakat Kristian di malaysia akan mengadakan Maljis Pembakaran Kitab Injil yang dijadualkan bertempat di Pulau Pinang. Baiklah kita tinggalkan kisah yang lepas, biarkan si Ibrahim Ali khayal dengan dunia fantasinya.

Lucu tapi Seram Protes Kemasukkan Ibrahim Ali ke Sabah dan juga Sarawak.
Bapa Perkauman Ibrahim Ali bakal berlepas terbang ke Sabah pada 23 November ini iaitu untuk 'merasmi' acara lompat katak, tetapi program kehadirannya telah dihidu oleh masyarakat Sabah yang sering mengikuti aktiviti 'tidak sihat' beliau itu sehinggakan ada masyarakat Sabah 'menyerang' facebook page yang tak seberapa popular beliau dengan kata - kata kutukkan serta pelbagai sumpahan.

Bagaimanapun , iaitu katak kacukan yang diberi nama 'Sid Curttalk Artly' yang terhasil daripada proses ibu tumpangan komodo menafikan gelaran 'rasist' yang diberi kepada mereka . Sid Curttalk Artly juga menyatakan bahawa Bumiputera Kristian Sabah menyertai PERKASA kerana pendirian mereka mempertahankan hak Bumiputera. Nampak tak permainannya disitu .

Disini kita sudah dapat melihat dengan jelas dimana Pertubuhan Perthcassa tidak 'berpendirian' serta seperti sebuah pertubuhan yang mempergunakan seberapa banyak agama untuk mendapatkan sokongan masyarakat.

Tidak Berpendirian dan syok sendiri.  Di Sabah dia mengatakan bahawa Perkasa ada ramai ahli Kristian tetapi di Malaya wajarkah dia mengancam masyarat Kristian membakar Bible sedangkan di Sabah dia 'tunduk malu' kepada rakyat Sabah yang majoriti adalah penganut agama Kristian . 

Mungkin juga Ibrahim Ali harus berjumpa dengan Ketua Agama di Sabah serta Sarawak untuk mendapatkan berkat doa di Gereja supaya masyarakat kristian di Sabah dan Sarawak terbuka hati mereka untuk menjadi Ahli Perthcassa.

Tentangan di Sarawak .
Di Sarawak senarionya pula adalah lebih berbeza dimana ketua - ketua parti komponen Barisan Nasional di Sarawak seperti (SPDP) Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) , Parti Rakyat Sarawak serta beberapa NGO terkecuali dilihat lebih lantang bersuara dan mengkritik.

Tan Sri James Masing kurang selesa dengan Isu Perkataan "Allah".
Senior State Minister dan juga President SPDP, Tan Sri William Mawan berkata di akhbar tempatan Sarawak bahawa TIDAK sama sekali menyokong atau membenarkan 'Bapa Perkauman' Ibrahim Ali ataupun Pertubuhan Perkasa bertapak di Sarawak kerana di Sarawak sudah aman, harmoni dengan berbilang bangsa , kaum dan agama. 

Bukan sahaja Tan Sri William Mawan bahkan State Minister for Land Development iaitu Tan Sri James Masing yang juga merupakan (PRS) President Parti Rakyat Sarawak juga menyelar dan berkata  “We are much better off without them (Perkasa),”.

Pendirian kedua - dua pemimpin tersebut turut membuatkan rakyat di Sarawak sedikit lega bahkan mengenai isu pengunaan perkataan 'Allah' juga Ketua Menteri Sarawak iaitu Taib Mahmud menyelar 
Perkara 1: Agama
Walaupun terdapat tiada bantahan kepada Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia harus ada agama Negeri di Borneo (Sarawak & Sabah), dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan agama Islam dalam Perlembagaan Malaya tidak boleh diguna pakai di Borneo.
Tindakkan mengharamkan pengunaan perkataan 'Allah' ( bukan kalimah ) ke Sabah & Sarawak telah melanggar 'Perjanjian Perkara 18-20 Pembentukkan Malaysia' iaitu Perkara Pertama yang melibatkan Agama.

Disini Mr.J hendak jelaskan bahawa Budaya Sabah serta Masyarakat Sarawak adalah sangat berbeza sekali dan sebarang pertubuhan yang lebih kepada Pro sesuatu kaum adalah tidak diterima sama sekali bahkan adalah kelihatan ganjil sekiranya wujud individu seperti 'Ibrahmi Ali' di Sarawak. 

Mr.J cadangkan adalah lebih baik Ibrahim Ali menguruskan persatuannya itu semenangjung malaysia kerana ditempat asalnya cumalah ada Tiga bangsa utama sahaja dengan itu dia boleh lebih fokus untuk menyatukan silahturahim antara mereka inikan pula hendak 'bertelur' di Sabah dan Sarawak yang mempunyai lebih daripada 50 etnik serta berbagai Budaya dan Agama yang telah hidup harmoni selama ini.

Walaubagaimanapun rata - rata rakyat Sarawak khasnya akan terus 'memerhatikan' bagaimana Kerajaan Sarawak dalam 'menyekat' virus berbahaya Ibrahim Ali ke Sarawak . Mr.J cuma boleh memberi pendapat , pendapat Mr.J ini juga mewakili penduduk Sarawak yang kebanyakkan mahu Ibrahim Ali di 'Senarai Hitam' untuk memasukki Negara Sarawak.

Ibrahim Ali tidak akan membawa kebaikkan seandainya bertapak di Sarawak bahkan membawa kehancuran kepada keamanan serta keharmonian rakyat penduduk Sarawak.

Kita tahu bahawa Agama di Sarawak bukan Isu dan juga Masyarakat Sarawak tidak kira Penganut Agama Islam mahupun Kristian di sana sangat akrab biarpun Majoriti Penganut di Sarawak adalah Kristian tetapi tidak pernah ada isu sensitif seperti menghalang 'azan' , baling kepala babi serta bakar rumah ibadat penganut lain.

Yang jelas dilihat serta nyata kebanyakkan berlaku ditempat Ibrahim Ali iaitu semenangjung Malaysia , maaf kepada anda yang berasal daripada s.malaysia  ini kerana Mr.J berpendapat berdasarkan fakta apa yang pernah berlaku di malaysia khususnya s.malaysia dalam isu agama.
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini dihukum penjara sehari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menghina mahkamah berhubung satu artikel berkaitan seorang hakim yang disiarkan dalam laman web Perkasa. Utusan Online
Taniah juga kepada Ibrahim Ali 'berjaya/bakal' menjalani hukuman Penjara selama satu hari, kepada ahli perkasa adakah ini contoh kepimpinan ketua anda? .

- Mr.J
mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

Rakyat Sabah tampil membuat Laporan Polis dibawah 4 (1)(B) Akta Hasutan 1948 terhadap Ketua Perkasa Ibrahim Ali.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sebentar tadi iaitu jam 8 malam bertarikh 20 Oktober 2013, seorang rakyat asal Sabah yang prihatin terhadap keamanan telah bertekad membuat satu laporan Polis terhadap Ibrahim Ali iaitu Ketua Pertubuhan Perkasa di Balai Polis Luyang, Kota Kinabalu , Sabah.

Ini adalah rentetan daripada beberapa kisah Ibrahim Ali yang tidak menghormati Agama masyarakat Kristian yang merupakan Majoriti Penganut di Sabah serta Sarawak. Terdahulu Ibrahim Ali pernah mencetuskan 'ketegangan' apabila pernah menyeru untuk membakar Kitab Suci Kristian tetapi malangnya seolah-olah tiada apa tindakan dibuat .

Salinan Laporan Polis yang dimuat dalam facebook milik James Ligunjang.

Sememangnya kita tahu bahawa Ketua Perkasa iaitu Ibrahim Ali amat 'lantang' berkata dan akan memilih untuk 'bersidang' bila waktu isu-isu 'tertentu' .

Taniah kepada warga Sabah yang prihatin , pastinya rakyat Sabah akan terus mengikuti Isu Laporan ini. 

Walaubagaimanapun menurut nujum ahli hujan , kejadian Hujan Lebat yang sering berlaku di negara ini tidak ada kaitan dengan Katak mahupun yang sewaktu dengan spesis katak bawah tempurung.

Info Sarscam : Ketua Perkasa juga lebih dikenali dan diberi nama jolokkan sebagai 'Bapa Perkauman' di Sabah dan 'agak' sinonim dengan 'katak' di malaysia walaupun tiada sumber yang jelas dapat memberitahu bila serta bagaimana katak mendapat nama, ternyata di laman sosial sering merujuk kepada 'katak' apabila waktu 'hujan' tiba.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabah | liputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN ◼http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©