Sarawak dan Sabah 'bakal' akan 'menarik diri' dari gabungan Persekutuan 'Malaysia' suatu hari nanti.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Beberapa bulan yang lepas rakyat Sarawak khususnya agak terkilan dengan 'ugutan' seorang wakil daripada Persatuan Isma yang berpangkalan di Semenangjung Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai Malaya dalam Tiga Wilayah ke atas Perkongsian 'Persekutuan Malaysia'. Tapi sebelum itu sudahkah anda membaca Pantun istimewa oleh rakyat Sabah serta Sarawak kepada bekas banduan iaitu Ibrahim Ali?.

Ini terjadi kerana pertikaian mengenai Isu pengunaan Perkataan 'Allah' tidak boleh digunakan oleh masyarakat Kristian di Malaysia tetapi tidak termasuk Sabah serta Sarawak , bagaimanapun 'Isma' mahukan keputusan tersebut terus ke Sabah serta Sarawak.

Sabah dan Sarawak Minta Cerai.
Sekiranya Masyarakat di Sabah dan Sarawak tidak bersetuju maka saranan daripada 'Isma' adalah dengan berkata "............Keluar dari Malaysia" . 

Bagaimanapun saranan keras tersebut bukanlah berbentuk ancaman kepada masyarakat Sabah serta Sarawak tetapi lebih kepada suatu 'penantian' yang sememangnya diingini oleh segenap masyarakat Sabah dan Sarawak.  Ini kerana terlalu banyak isu yang dibangkitkan oleh 'mereka' yang rata - ratanya daripada Wilayah Malaya ( Semenangjung Malaysia ).

Turut mendapat respon daripada Pemimpin di Sabah iaitu Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata kenyataan itu satu provokasi dan tidak patut diucapkan.

Mr.J tertarik dengan pendapat daripada salah seorang penduduk di Sabah yang diterbitkan di sebuah portal berita online .

Itu yang sebaiknya. Keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Suruh Isma buat kertas cadangan. Hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” Harry Nelson J. Seliang.

Mr.J lebih kepada melihat sesuatu 'Isu' tersebut dengan lebih kehadapan atau cuba membayangkan apa yang akan berlaku kepada 'Persekutuan Malaysia' pada 100 tahun yang akan datang bahkan Mr.J tahu tentu anda akan mengatakan bahawa Mr.J cuma 'berangan' atau terlebih 'imaginasi'. Terpulang kepada pendirian masing - masing.

Hanya satu isu sahaja boleh menyebabkan 'Intergriti Nasional' diantara Sarawak serta Sabah kepada Malaya berlaku iaitu Isu 'Agama' padahal Isu Agama yang dimulakan diluar Sarawak serta Sabah tidak boleh dibawa masuk.

Ini berkaitan dengan "Perjanjian 18-20" yang telah dipersetujui dan ditangani oleh para ketua wilayah dalam Perjanjian Pembentukkan Negara Persekutuan 'Malaysia yang diangotai oleh 4 buah wilayah iaitu Malaya, Sabah, Sarawak serta Singapura bagaimanapun Singapura menarik diri pada tahun 1965 sekadar 2 tahun bersama Persekutuan Malaysia.

Adakah kemungkinan pada masa akan datang Sabah atau Sarawak mengikuti jejak Singapura? .

Sepertimana yang kita tahu, rakyat Sarawak khususnya dan Sabah tidak suka perkara yang melibatkan 'Agama' mahupun Kristian ataupun Islam , toleransi agama yang kuat serta boleh duduk tinggal sebumbung dengan saudara berlainan Agama telah lama dipratikkan bahkan sebelum wujudnya 'Pembentukkan Negara Malaysia' dan juga sebelum Slogan '1Malaysia' diwar-warkan di media.

Berikut adalah petikan Pemimpin PRS iaitu sebuah Parti Sarawak dalam komponen Barisan Nasional mengenai 'seorang' pemimpin muda UMNO mengenai isu 'keluar malaysia' .

Beliau sedih dengan pemimpin Umno yang kerap bertanyakan soalan seperti: "Oh bila keluar Malaysia?" ketika berada di Kuala Lumpur atau Putrajaya ketika menghadiri mesyuarat."Saya katalah saya tidak tinggalkan Malaysia. Saya hanya terbang dari Kuching. Itu mungkin kecil, tetapi ia menunjukkan pemikiran mereka.

Petikan The Birth of Malaysia
Bukan itu sahaja yang menarik perhatian Mr.J serta rakyat Sarawak keseluruhannya tetapi iaitu bagaimana Tan Sri James Masing 'membidas' atau 'sarcasm' dan hanya mengatakan "Itu sombong!

Jawapan yang merujuk kepada Datuk Seri Nazri Aziz Menteri Pelancongan ataupun Bapa kepada anak yang bercinta dengan janda hot mama iaitu Nora Danish yang memberi amaran Kristian Sabah Sarawak tidak boleh menggunakan perkataan itu di Malaysia Barat.

Satu sahaja ancaman terhadap "Persekutuan Negara Malaysia" iaitu seandainya majoriti wakil rakyat atau menteri Sarawak bersatu dan bersepakat berkata "kami 'keluar' daripada Persekutuan Malaysia".

Persoalannya sekarang adalah , Bolehkah ianya berlaku?

Tidak mustahil ianya berlaku, cuma bukan sekarang atau esok tetapi 'suatu hari nanti' sekiranya banyak isu 'sensitif' Sarawak dimainkan oleh menteri-menteri dari luar Sarawak.

Hal ini kita boleh 'lihat' serta 'rasa' sendiri bahkan 'menteri' dari Sarawak juga kelihatan 'kurang selesa' dan mula bangkit dan bersuara bila sesuatu isu tersebut melibatkan Sarawak. Biarpun boleh dikatakan dalam 'Aliran' Politik yang sama tetapi persefahaman diantara sosio-politik diantara Sarawak dan S.Malaysia adalah sangat berbeza sekali.

Setakat ini sahaja pendapat serta apa yang mahu Mr.J kongsikan kepada pembaca semua, mungkin artikel yang Mr.J luahkan ini 'bakal' menyakitkan sebilangan pembaca tetapi itu adalah realiti apa yang berlaku di malaysia ketika ini.

- Mr.J
mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©